Syd Publish time 22-8-2021 02:48 PM

Pelanggan dari neraka dikecam netizen

Pelanggan dari neraka dikecam netizen

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
22 Ogos 2021, 2:06 pm

PETALING JAYA – Gelagat seorang pelanggan yang mempersoalkan tindakan pengawal keselamatan menghalangnya daripada memasuki sebuah gedung terkenal di Kota Tinggi, Johor kerana tidak memenuhi syarat lengkap vaksinasi mengundang kecaman ramai baru-baru ini.

Klip video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan lelaki terbabit meninggikan suara dan tidak mempedulikan penerangan pengendali premis yang berulang kali memberitahu pihaknya hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara berkenaan.

“Kenapa dia satu dos dia boleh kerja di sini. Dia periksa saya punya (aplikasi) MySejahtera satu dos tidak boleh masuk.

“Bos boleh tanggung ke dia boleh terus sihat dan tidak jangkit kepada pelanggan,” ujarnya dalam video tersebut.

Video yang dimuat naik pemilik akaun Twitter bernama Penglipur Lara itu ditonton lebih 500,000 kali namun pemilik asalnya tidak diketahui.

Ramai netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang disifatkan menyusahkan orang lain selain ada yang melabelnya sebagai pelanggan dari neraka.

“Pelanggan dari neraka. Orang sudah kata dua dos sahaja boleh masuk. Faham-faham sendirilah dua dos hanya mengurangkan risiko engkau sakit teruk kerana virus,” komen Megat Sharezman.

“Bencinya pelanggan begini. Dia ingat sengaja ke tidak bagi dia masuk dan kami tidak mahu buat jualan. Setakat ini banyak dah tolak rezeki. Aku pun ada kena marah dengan pelanggan sebab perkara begini,” kongsi Faa.

“Pekerja buat ujian calitan setiap minggu. Ada yang selang tiga hingga lima hari. Sebab itu walau satu dos staf boleh bekerja kerana syarikat tahu status kesihatan mereka,” jelas Lady Shilzz.

“Kalau semua hendak tunggu dapat dua dos sampai sudah tidak boleh buka mana-mana perniagaan. Ideanya untuk menolong pemilik bisnes. Bukan hendak mempertikaikan saja. Kalau tidak engkau saja jadi jaga, berdiri sana,” kata pemilik akaun @pandaiisnotpanda. – K! ONLINE

CiliPadiSedap Publish time 22-8-2021 03:22 PM

ada 2 teori akan muncul :

> kalau tiada kematian maksudnya vaksin berjaya
> kalau ada kematian dosage ketiga diperlukan

kalau blh elakkan pg tempat umum .

Skuau Publish time 22-8-2021 03:27 PM

Edited by Skuau at 22-8-2021 05:17 PM

SOP 1:1dos boleh kerja.
SOP 2:1 dos tak boleh masuk.
kesimpulan:ko datang yg bawa 'penyakit'.....Aku...benar2 pasti tak bg ko 'penyakit'...walau kita sama 1 dos.....:lol:

Skuau Publish time 22-8-2021 03:32 PM

Syukur {:1_545:} tempat Aku..1 dos pon dorang/mall bg msk dgn syarat ketat....chek suhu...ngn mysejahtera profilelow risk..no symptom.

otai_g Publish time 22-8-2021 03:38 PM

Mn2 customer yg degil x nak dgr ckp tu tikam je la terus perut dia. Bnyk bunyik plk.

Kang sbb ko sorang abes 1 pasaraya kena covid. Elok ko mati sorang drp rmi org lain yg akan mati.

gorjeous Publish time 22-8-2021 03:57 PM

Org-org yg yakin diri sentiasa betul... bodoh sombong!

edayildiz Publish time 22-8-2021 04:04 PM

ala kesian jgk kalau yg az mcmana?

hareeeesah Publish time 22-8-2021 04:10 PM

most company skarang staff kena buat rtk or pcr every few days kan. Fikir la guna otak before nak hentam je segala benda..

Skuau Publish time 22-8-2021 04:12 PM

edayildiz replied at 22-8-2021 04:04 PM
ala kesian jgk kalau yg az mcmana?

tu..la pasai..yakin drng...yg datang tu akn bg penyakit...yg dlm tu(pekerja) konfom nau x de/bg orng penyakit.

edayildiz Publish time 22-8-2021 04:51 PM

Skuau replied at 22-8-2021 04:12 PM
tu..la pasai..yakin drng...yg datang tu akn bg penyakit...yg dlm tu(pekerja) konfom nau x de/bg or ...

kaka i pening la gini..kata xpaksa..tp skrg serupa org yg xvaksin tu blh sebarkn virus pulak gayanya..setau i kalau pakai mask ikut sop blh jer ok jer kan..pening la gini..tp i dah cucuk dua dose..cuma i rasa xsetuju bab yg xbg org xvaksin masuk kedai..

krustykrab Publish time 22-8-2021 04:59 PM

edayildiz replied at 22-8-2021 04:51 PM
kaka i pening la gini..kata xpaksa..tp skrg serupa org yg xvaksin tu blh sebarkn virus pulak gayan ...

Itu hak dia nk impose apa2 rules sb kedai dia..

Normabaru Publish time 22-8-2021 05:02 PM

hareeeesah replied at 22-8-2021 04:10 PM
most company skarang staff kena buat rtk or pcr every few days kan. Fikir la guna otak before nak he ...

Yakin ke semua majikan bt?

Yg dh gelang merah pon siap kena g keje..valid je question org tu pada kaka...trust no one..haaa gittuh

hareeeesah Publish time 22-8-2021 05:45 PM

Normabaru replied at 22-8-2021 05:02 PM
Yakin ke semua majikan bt?

Yg dh gelang merah pon siap kena g keje..valid je question org tu pa ...

That’s why iolls cakap most.. majikan pun manusia biasa, antivac ke provacs ke semua manusia biasa, semua ada perasaan selfish dalam diri masing-masing nak hidupkan…

nakkomenjugak Publish time 22-8-2021 05:57 PM

haihhhhh...
kan da diwartakan
dua dos je boleh masuk apa2 premis...

missus_meow Publish time 22-8-2021 06:06 PM

sian ke pak guard tu ... dia cuma ikut arahan je ...

Tinot7 Publish time 22-8-2021 06:07 PM

Masuk kedai pun dah tak voley ka? Ingatkan dine in jahh tgk dos beksin

MissyMolly Publish time 22-8-2021 06:08 PM

Ni sbb dia rs dia betul. Kurang rs hormat pd pekerja jua.. jgn la pndg rendah sgt kt org tu. dia buat keje dia kot.. kalau beri kang dia plak ne bambu dgn boss

alieyrina Publish time 22-8-2021 06:22 PM

Kalau ada org degil mcm ni panggil ja superior turun jawab..ada stgh mall 1 dos pun boleh. Ikut laa

spicygirl3 Publish time 22-8-2021 06:38 PM

Aduii sampai bila nak macam ni?!!

aderaderker Publish time 22-8-2021 06:56 PM

Kesian guard and staff yg kena menjawab dekat org2 yg cenggini. Tetambah lagi kalau guard tu mmg ada kelemahan berbahasa dgn baik.

Puak2 ni mulalah ambik kesempatan memprobok dan memaki.
Pages: [1] 2 3
View full version: Pelanggan dari neraka dikecam netizen


ADVERTISEMENT