Burong_Hantuk Publish time 22-8-2021 11:43 AM

Nenek baru lulus lesen motosikal terkejut terima 20 saman

CARDIFF: Seorang nenek terkejut apabila menerima hampir 20 saman kerana menunggang motosikal melebihi had laju di Swansea, selatan Wales baru-baru ini.
Nenek itu, Karen Goode, 59, pada mulanya menyangka ia hanyalah gurauan apabila menerima saman itu yang dihantar melalui pos daripada pihak polis.
Ibu yang mempunyai dua anak dan empat cucu itu menganggap begitu kerana dia tidak pernah menunggang motosikal Honda sehingga ke Swansea.

Goode dari Blistworth hanya menunggang motosikalnya itu di kampungnya tetapi menerima saman tersebut kerana menunggang lebih 80 kilometer sejam (km/jam) di kawasan had laju kurang 49 km/ jam di Swansea.
Pada awal bulan ini, dia menerima amaran akan dihadapkan ke mahkamah kerana menunggang motosikal melebihi had laju.
Goode yang lulus ujian menunggang motosikal pada Disember tahun lalu mengesyaki bahawa nombor pendaftaran motosikalnya telah diklonkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Polis Wales Selatan ketika dihubungi portal berita Wales Online menyatakan pihak syarikat GoSafe yang bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana ia mengendalikan kamera mengesan had laju itu.
Jurucakap syarikat itu menyatakan bahawa jika terdapat aduan tentang nombor pendaftaran kenderaan diklonkan, pihaknya akan menyiasatnya dengan lebih lanjut.

https://img.astroawani.com/2021-08/51629599331_Nenekterkejutada.jpg
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

Tinot7 Publish time 22-8-2021 12:22 PM

Bahaya betui.. deme takde cctv ka?

nakkomenjugak Publish time 22-8-2021 06:22 PM

laaaaa... kesian nek tu

gideoncross Publish time 22-8-2021 09:28 PM

Caya lh nek tpi bukn psl saman tu lh tpi psl brani naik motor.

imanjannah Publish time 23-8-2021 01:31 PM

sian nenek tu.. huhu

Artemesiaa Publish time 23-8-2021 05:32 PM

Kantoi sudah orang yang palsukan tu.Kalau tidak sampai bila tak ada siapa tahu perbuatannya tu.
Pages: [1]
View full version: Nenek baru lulus lesen motosikal terkejut terima 20 saman


ADVERTISEMENT