R2D2 Publish time 21-8-2021 10:49 PM

Rumah dua tingkat di Meru guna dua kontena perkapalan

Rumah kontena murah, minimalis
Muhamaad Razis Ismail

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rumahkontenaxx1webb_1629500410.jpg
ZAIZUL Azri bersama isteri di hadapan Kotak Teduh.

Rumah kontena antara kediaman alternatif yang dibina sepenuhnya menggunakan kontena perkapalan.

Siapa sangka kontena yang digunakan untuk meletakkan barang boleh diubah menjadi rumah yang selesa dan mampu milik untuk didiami.

Rumah kontena biasanya menjadi pilihan kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding dengan rumah biasa apatah lagi boleh dibina mengikut cita rasa pemiliknya.

Bagaimanapun, perlu diingat, pemiliknya juga perlu mengambil kira penjagaan dan penyelenggaraan mengikut tempoh masa tertentu.

Zaizul Azri Mohamad Mahayudin, 39, dan isterinya, Hamizah Baharuddin, 34, antara yang yang memilih kontena sebagai kediaman.

Mereka teruja dapat merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri yang dinamakan sebagai Kotak Teduh di Meru, Klang pada 2017.

Kotak Teduh yang berkeluasan 30 x 60 kaki persegi ini mendapat perhatian ramai, apabila berjaya mengubah dua kontena menjadi sebuah kediaman yang unik dan menarik.

Dari luar, kediaman dua tingkat ini seperti rumah teres biasa, namun siapa sangka ia diperbuat daripada kontena yang dilengkapi ruang tamu, ruang kerja, dapur, dua tandas, dua bilik tidur, ruang santai dan balkoni.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rumahkontenaxx10_1629500428.jpg
RUANG kerja yang ringkas dan selesa.

Bukan itu sahaja, rumah ini turut mempunyai sebuah taman mini dinamakan Hutan Kecil yang menempatkan pelbagai pokok termasuk Fiddle Fig, Monstera Deliciosa, Monstera Adansonii, Ruby dan sebagainya.

Zaizul Azri atau mesra disapa Apit berkata, pada mulanya dia sudah merancang untuk membina rumah dengan konsep Scandinavia namun terpaksa mencari alternatif lain kerana kos yang tinggi.

"Kemudian saya berbincang dengan isteri sebelum bersepakat memilih untuk membuat rumah kontena kerana kos lebih murah dan minimalis.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rumahkontenaxx12_1629500424.jpg
DAPUR menggunakan konsep industri.

"Idea ini tercetus menerusi televisyen dan internet yang banyak memaparkan rumah berkonsepkan rumah kontena di dalam serta luar negara," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, selepas membuat carian, mereka nekad membeli dua kontena kapal berharga RM14,000 sebelum kerja pengubahsuaian dibuat di tapak operasi kontena di Pelabuhan Klang.

"Proses pembinaan bermula dengan penyediaan tapak rumah dengan bantuan jiran.

"Pembinaan kontena mengambil masa lebih kurang dua minggu manakala pembinaan bahagian lain mengambil masa empat minggu. Kami juga banyak menggunakan bahan terpakai yang dapat menjimatkan kos," katanya.

Jelasnya, untuk hiasan dalaman mereka memilih penataan minimalis untuk penjimatan ruang, sederhana, ringkas dan mudah diselenggara.

"Saya menggunakan perabot yang minimum berwarna natural dengan susun atur bertepatan dengan konsep minimalis.

"Di dapur dan pagar, saya menerapkan konsep industri dengan penggunaan bata merah dan besi. Semua rekaan, kami lukis dan cipta sendiri," katanya.

Zaizul Azri bijak menyeimbangkan karakter kontena yang sifatnya keras itu dengan menanam tumbuhan hijau.

"Kami memiliki taman mini Hutan Kecil bagi menempatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai terapi," katanya.

Mengulas lanjut, ramai yang tersalah anggap bahawa rumah kontena lebih panas berbanding rumah biasa.

"Sebenarnya, rumah kontena tidak menyimpan haba seperti rumah konkrit.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rumahkontenaxx6_1629500416.jpg
HUTAN hujan menempatkan pelbagai tumbuhan.

"Untuk sistem pengaliran udara sempurna saya menggunakan kipas pengudaraan, pendingin hawa, bata merah dan tumbuhan hijau di sekitar rumah," katanya.

Tambahnya sejak tular di media sosial, ramai mula membuka mata dan minat untuk memiliki rumah kontena sendiri.

Ditanya perancangan masa hadapan, guru di sebuah sekolah rendah ini berhasrat membuat penambahbaikan dengan struktur binaan lebih kreatif.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rumahkontenaxx9_1629500432.jpg
‘SOSMED Space’ menjadi tumpuan tetamu untuk bergambar.

"Kami mahu mengetengahkan konsep seolah-olah seperti sedang bercuti dan kafe dengan menaik taraf hiasan dalaman serta luaran," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 21, 2021 @ 7:00am

nakkomenjugak Publish time 21-8-2021 11:44 PM

alahaiiii sukanyaaa iol bab2 rumah ni

bintangct Publish time 21-8-2021 11:51 PM

nmpk mewah

cmf_premierleag Publish time 22-8-2021 12:08 AM

iols tgk rumah dia ni tadi kt Sq Ft tv3
stp mggu aku akan tgk rcgn ni ms tgh lunch ;P
lama2 terus rs nk stay dlm rumah tiny mcm ni
plg aku suka skali ms episod rumah kat tasik biru kundang.sbb halaman rumah besar and design scandivanian

apalancut Publish time 22-8-2021 01:42 AM

semoga tahan dgn bahang kepanasan di siang hari

gorjeous Publish time 22-8-2021 04:01 PM

Cantik dan kemas...

~boolean Publish time 22-8-2021 09:05 PM

alhamdulillah bukan jiran aku..tak nak aku tinggal setaman dengan jiran yang buat rumah ikut suka..:lol:

tapi interior cantik lah juga..

R2D2 Publish time 22-8-2021 11:06 PM

cmf_premierleag replied at 22-8-2021 12:08 AM
iols tgk rumah dia ni tadi kt Sq Ft tv3
stp mggu aku akan tgk rcgn ni ms tgh lunch
lama2 terus...

dh lama aku tak layan TV
lepas ko ckp pasal SQFT
aku google dlm YouTube
jumpa episod ni
ni ka?

AIuCsdl9EVA

dua_chzy Publish time 23-8-2021 12:10 AM

~boolean replied at 22-8-2021 09:05 PM
alhamdulillah bukan jiran aku..tak nak aku tinggal setaman dengan jiran yang buat rumah ikut suka..: ...

Uols kata gini baru perasan rumah tu di kawasan rumah teras. Alahai ingatkan private land tadi.

cmf_premierleag Publish time 23-8-2021 12:15 AM

R2D2 replied at 22-8-2021 11:06 PM
dh lama aku tak layan TV
lepas ko ckp pasal SQFT
aku google dlm YouTube


Ha ah yang ni
One more episod yg rumah kt melaka tu..Rumakici..tgh2 ada swiming pool

cmf_premierleag Publish time 23-8-2021 12:17 AM

R2D2 replied at 22-8-2021 11:06 PM
dh lama aku tak layan TV
lepas ko ckp pasal SQFT
aku google dlm YouTube


Rcgn ni stp hari sabtu kt tv3, 1pm
So ms tgh lunch,iols layan la rcgn ni
Lama2 dh jd acara wajib stp sabtu :lol:
Byk rumah best2
Kecik,minimalis,x serabut

miznora Publish time 23-8-2021 12:27 AM

Aku suka jgk tgk sqft ni. Kecik2 je umah teratur. Kot macam aku camne la buku sepah sana sini :lol:

Pdpr tak bawak buku budak balik pun. Tapi buku kitorg bedua kejap je susun kang nak guna tarik sana sini jugak :sweat3::sweat3:

miznora Publish time 23-8-2021 12:31 AM

Banyak sudut dia tanam2 pokok. Cantikla kalau nk bergambar. Tapi aku perasan laki dia cakap buat semua ni sbg hadiah kpd isterinya.

Wife dia kanser. Dia minat pokok2 so itu sebagai terapi kepada isterinya

R2D2 Publish time 23-8-2021 12:33 AM

mYWIQUOiij0

imanjannah Publish time 23-8-2021 01:30 PM

cantik.. tapi iols kurang berkenan kontena2 ni,tapi shuben iols.. alahai.. sukanya la dia..

SedihPedih Publish time 23-8-2021 03:16 PM

suka garden kecik tu....

dekmieDandy Publish time 23-8-2021 03:37 PM

wahhh kereta pun nissan cube! comel je

teringin nak pakai kereta ni tapi mahal

white_musk Publish time 23-8-2021 03:44 PM

Tiny House Bryce dari new zealand yang jadi host lagi akak puas hati berbanding yang versi malaysia ini....
tetaplah orang malaysia mahu rumah besar luas juga walaupun sedaya upaya claim tiny ;P

white_musk Publish time 23-8-2021 03:46 PM

imanjannah replied at 23-8-2021 01:30 PM
cantik.. tapi iols kurang berkenan kontena2 ni,tapi shuben iols.. alahai.. sukanya la dia..

Cuaca di tanah air ini mungkin ada batasannya jika mahu gunakan kontena Kontena lama lama juga berkarat....

jika adik2 berminat buatlah rumah biasa yang saiz dan nampak saparti kontena

Artemesiaa Publish time 23-8-2021 05:04 PM

Wah menarik hasilnya
Pages: [1] 2
View full version: Rumah dua tingkat di Meru guna dua kontena perkapalan


ADVERTISEMENT