Raline Publish time 20-8-2021 08:43 PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan kaleng-kaleng

Mula Kerjaya Sebagai Peguam Di Usia 25 Tahun, Kini PM Ke 9 Malaysia

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2021/08/04-9.jpg
AKHIRNYA terjawab teka teki! Kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumum sebagai Perdana Menteri ke sembilan Malaysia.

Jawatan nombor satu negara itu kini digalas beliau setelah perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan, Isnin lalu.

Dengan itu, SinarPlus kongsikan biodata ringkas Ismail Sabri yang juga dikenali sebagai Pak Long itu.


1. Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bangau pada 1967.

2. Kemudian menyambung pengajian di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan (1973), Sekolah Menengah Teknik Kuantan (1976) dan pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik.

3. Melanjutkan pengajian di Universiti Malaysa dalam bidang undang-undang.

4. Memulakan kerjaya sebagai seorang peguam pada 1985 di usia 25 tahun, kemudian beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996.

5. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tenggara Pahang (DARA) pada 1995 serta menjadi Ahli Lembaga Promosi Perlancongan Malaysia pada tahun yang sama.

6. Sebelum memasuki Parlimen pada 2004, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Kompleks Sukan Negara.

7. Ahli Parlimen Bera itu berkahwin dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan empat anak.

8. Kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Bera dan menang dengan majoriti 18,051 undi, sekali gus terus diangkat menjadi Menteri Belia dan Sukan oleh Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

9. Pernah menggalas Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar danWilayah.

10. Pada 7 Julai 2021, Ismail Sabri diangkat ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan, oleh Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali gus menjadi individu pertama yang melangkaui jawatan Timbalan Presiden dan Presiden UMNO untuk menduduki kerusi nombor dua negara.

Anugerah dan gelaran;

1. Melaka

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2004)

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2020)

2. Pahang

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2005)

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Datok’ Sri (2008)

3. Sabah

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2020)

Selamat menjalankan tugas Datuk Seri Ismail Sabri!

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my

Raline Publish time 20-8-2021 08:59 PM

8nQ2vQu8Wfo

KIM.K Publish time 20-8-2021 09:01 PM

Mak ayah PM keje apa

otai_g Publish time 20-8-2021 09:03 PM

Tpm yg paling pantas jd pm :lol:

Taniajingga Publish time 20-8-2021 09:21 PM

Edited by Taniajingga at 22-8-2021 11:20 PM

Selamat mjalankan tugas :$

Burong_Hantuk Publish time 21-8-2021 03:49 AM

All the best

bioessence Publish time 22-8-2021 08:13 AM

Lawa nya mak dafi

bioessence Publish time 22-8-2021 08:15 AM

Jovian bakal menchallenge tokriz

bioessence Publish time 22-8-2021 08:16 AM

Jap lagi jovian akan keluar di kompas Indonesia

babyshun Publish time 16-10-2021 10:59 AM

all th best!

mamichik Publish time 21-10-2021 11:55 AM

KIM.K replied at 20-8-2021 09:01 PM
Mak ayah PM keje apa

katanya orang kampung kerja kampung saja. penoreh getah.. kira ni lah PM Malaysia yg paling marhaen
Pages: [1]
View full version: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan kaleng-kaleng


ADVERTISEMENT