R2D2 Publish time 20-8-2021 08:23 PM

Tiga pelajar IPT buka business pisang goreng cheese 13 PERASA - coklat, Nutella,

mstar.com.my
Eksperimen bisnes tiga pelajar IPT di kampung mereka menjadi! Jual pisang goreng cheese, laptop ‘wajib’ ada di gerai
Jumaat, 20 Ogos 2021 8:00 PM
4-5 minutes

SELAIN banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar, pandemik Covid-19 turut menyebabkan ramai individu kehilangan pekerjaan mereka.

Namun, situasi berbeza bagi tiga pelajar universiti ini apabila mereka memanfaatkan masa terluang sejak tahun lalu dengan menjalankan perniagaan pisang goreng cheese yang dikenali sebagai Pishangking di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Muhammad Haiqal Hakimi Yusri, Shaidil Haq Ahamad Pakhrurazi dan Nik Muhammad Asyran Nik Mazri, masing-masing berusia 22 tahun mula bersahabat sejak berusia 14 tahun dan kini menyambung pengajian dalam bidang berlainan di tiga universiti berbeza.

Mewakili trio itu, jejaka yang mesra disapa Haiqal memperincikan kisah perjalanan mereka sebagai usahawan muda ketika dihubungi mStar.

"Saya belajar dalam bidang Perniagaan Tani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka. Asyran pula dalam bidang Seni Bina Dalaman di UiTM Puncak Alam, Selangor dan Shaidil belajar bidang Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam.

"Kami mula berniaga pada Ogos tahun lepas. Kami bermula di Dataran Mara, Kota Bharu. Selepas itu operasi perniagaan waktu malam tak dapat dijalankan, jadi kami beralih ke gerai tepi jalan di Pengkalan Chepa.

"Shaidil yang keluarkan idea untuk berniaga. Jadi kami mula buat eksperimen, tengok apa yang orang Kelantan suka. Alhamdulillah sekarang pisang goreng kami ada 13 perisa. Paling laris perisa coklat, Nutella dan karamel," ujarnya.

Menurut Haiqal, bukan mudah untuk mereka bertiga menjalankan perniagaan gerai di tepi jalan, dengan kebimbangan utama tentunya cabaran cuaca.

Malah katanya, dia juga berasa kekok pada peringkat awal, namun menganggap perniagaan itu sebagai satu proses pembelajaran buat dirinya.

"Kami hanya berniaga tepi jalan, belakang gerai ada khemah saja. Kalau hujan lebat dan angin kencang, memang kami akan basah.

    Bawa laptop ke gerai untuk buat assignment adalah benda biasa.
    HAIQAL

"Masa awal-awal kami berniaga, memang struggle sebab orang takut nak keluar kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tambahan pula kami buka di tempat baharu.

"Masa pertama kali berniaga di Dataran Mara, ada timbul rasa segan. Tapi lama-lama kami dah terbiasa berurusan dengan pelanggan, kami makin seronok. Dapat pengalaman jumpa pelbagai jenis orang," ujarnya.

Menurut Haiqal lagi, dia dan dua sahabatnya perlu bijak menguruskan masa memandangkan mereka turut diberi pelbagai tugasan oleh pensyarah universiti masing-masing.

"Kami kena bahagikan masa sebaiknya. Kalau sesiapa ada peperiksaan online, yang lain kena tolong cover.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/08/20/1259956.jpg
Pisang goreng cheese air tangan tiga jejaka itu.

"Bawa laptop ke gerai untuk buat assignment adalah benda biasa. Itu antara pengorbanan yang kami lakukan," jelasnya.

Kini, usaha tiga sahabat dari SMK Ismail Petra itu bagaikan membuahkan hasil apabila video bisnes Pishangking tular di TikTok sehingga membawa pelanggan-pelanggan baharu buat mereka.

"Beberapa hari lalu video kami tular di TikTok, ramai yang datang, mereka kata kenal kami melalui TikTok. Ramai juga yang kongsi di Instagram masing-masing.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/08/20/1259957.jpg
Mereka memulakan perniagaan pada tahun lalu.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi doa walaupun kita tak mengenali antara satu sama lain. Ramai yang bagi sokongan," ujarnya.

Selain Haiqal, Shaidil dan Asyran, mereka turut membuka peluang kerja kepada dua lagi rakan yang lain iaitu Muhammad Za'im Imadi Asri dan Muhammad Khairul Anas Khaidir sebagai rider bagi khidmat penghantaran makanan.

Tambah Haiqal lagi, perniagaan itu mungkin akan diuruskan oleh ahli keluarga atau rakan-rakan terdekat selepas mereka kembali ke kampus masing-masing apabila situasi pandemik mula reda di negara ini.


mijot Publish time 21-8-2021 06:07 AM

bagus anak muda..
tp tekak aku tak leh trima sgt pisang goreng urban ni...
yg biasa tu jugak yg palaing sedap...

kakikuDibibirmu Publish time 21-8-2021 04:45 PM

Tak kenalah pisang dengan cheese, muntah rasa:mad:

edayildiz Publish time 21-8-2021 07:09 PM

Edited by edayildiz at 21-8-2021 07:10 PM

i suka cheese tp kdg beli pisang tu xsdp so x masuk mcmtu bila dh letak cheese..
btw bagus la adik ni:)

jas7512 Publish time 22-8-2021 01:33 PM

Ooi..brp byk kalori ni...sesekali mkn blh lah. Tetiap hari mau semput jantung

MeghanK Publish time 22-8-2021 01:34 PM

ke arah obesiti

mclaren Publish time 22-8-2021 02:38 PM

mijot replied at 21-8-2021 06:07 AM
bagus anak muda..
tp tekak aku tak leh trima sgt pisang goreng urban ni...
yg biasa tu jugak yg pa ...

Sama. Macam kembang rasa tekak dengar pisang goreng cheese. Dah goreng, cheese lagi.

Lain orang lain taste.

dua_chzy Publish time 23-8-2021 12:12 AM

kakikuDibibirmu replied at 21-8-2021 04:45 PM
Tak kenalah pisang dengan cheese, muntah rasa

Kena lah. Tapi kena tambah susu pekat manis kasik masin2 manis. Tapi memang muak la makan.

kyozsamurai Publish time 23-8-2021 09:31 AM

muak benda nih tambah2 kalau makan tiap hari...ak makan 2-3 hari straight pastu terus tak beli lansung dah...teringat pon muak...hahha

lurve82 Publish time 23-8-2021 09:42 AM

Maaf..pisg gorg biasa yg mak2 uwan2 kita gorg lg sedap…tp bbnu suka agaknya…skrg musim cempedak gorg pula…

R2D2 Publish time 23-8-2021 10:10 AM

belum jumpa lagi cempedak cheese ka cempedak leleh ka
semua masih goreng style lama

imanjannah Publish time 23-8-2021 01:27 PM

makanan hipster kesukaan anak muda, tapi bgus adik2 ni,kena bijak cari peluang sekrg ni, best of luck

Artemesiaa Publish time 23-8-2021 05:34 PM

Golongan pelajar suka makan makanan jenis macam ni

missus_meow Publish time 23-8-2021 06:05 PM

bagus dik ... semoga jd usahawan berjaya ...

Meiizu Publish time 23-8-2021 07:33 PM

Eloklah korang buat mniaga...skrg dah takde persaingan sebab peniaga lain buat masa viral je.lama dulu

cmf_jeangrey Publish time 24-8-2021 06:02 AM

Pernah rasa sikit dulu2 masa tgh hype...tp xleh masuk...iols lagi suka pisang goreng sambal kicap...ni mmg sedap

kakikuDibibirmu Publish time 24-8-2021 11:56 AM

lurve82 replied at 23-8-2021 09:42 AM
Maaf..pisg gorg biasa yg mak2 uwan2 kita gorg lg sedap…tp bbnu suka agaknya…skrg musim cempedak go ...

Akak lagi suka McFlurry cempedak:$

lurve82 Publish time 24-8-2021 12:19 PM

kakikuDibibirmu replied at 24-8-2021 11:56 AM
Akak lagi suka McFlurry cempedak

Sedap eh sis..blm try lg..

Cece1234 Publish time 24-8-2021 09:23 PM

I xske grg pisang urban..mahal n xberbaloi..pisang grg biasa lagi sedap..lg2 kalo yg tepung rangup..sedapnya..

Reira77 Publish time 26-8-2021 01:43 AM

Errr utk makan seketul dua okay la. Kalau nak habiskan sebekas tu muak. Cempedak goreng iols prnh beli yg seringgit seketul pastu menyesal huhu
Pages: [1] 2
View full version: Tiga pelajar IPT buka business pisang goreng cheese 13 PERASA - coklat, Nutella,


ADVERTISEMENT