Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:10 PM

Hari ini dalam Sejarah: 20 Ogos

Tawaran Tun Razak kepada Kelantan
PADA 20 Ogos 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein menawarkan kepada kerajaan Kelantan untuk membuka tanah seluas kira-kira 100,000 hektar di negeri itu dalam Rancangan Malaysia Kedua.Walaupun demikian terpulang kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk menerimanya ataupun tidak.Menurut Tun Abdul Razak, pembukaan tanah tersebut akan menyerupai rancangan tanah di Johor Utara dan Jengka Tiga Segi di Pahang.ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
[*]20 Ogos 1971
Pengurus Besar MAL, Saw Huat Lye mengumumkan layang-layang Kelantan atau wau akan menjadi simbol Penerbangan Malaysia (MAL).
[*]20 Ogos 1972
TV Malaysia akan membayar $60 seminit bagi siaran langsung bola sepak Sukan Olimpik antara Malaysia dengan Jerman Barat di Munich pada 27 Ogos ini.
[*]20 Ogos 1984
Rashid Sidek menumbangkan juara Badminton Remaja Asia, Beben Supendi sekaligus membuka jalan Malaysia menumbangkan Indonesia 4-1 pada final badminton sekolah-sekolah ASEAN.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel infocenter@mediamulia.com.my

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:11 PM

Edited by Tinot7 at 20-8-2021 01:27 PM

https://hariinidalamsejarah.com/peristiwa/
PERJANJIAN DAMAI DAN PERSAHABATAN SELANGOR-INGGERIS

20/08/1825


Pada hari ini dalam tahun1825, Sultan Selangor, Sultam Ibrahim Shah telah menandatangani perjanjiandamai dan persahabatan dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diwakili olehJohn Anderson. Perjanjian ini ditandatangani bagi menyelesaikan persengketaankerajaan Selangor dan Perak yang telah wujud sejak sekian lama. Melaluiperjanjian tersebut, beberapa perkara telah ditetapkan. Antara perkara-perkarayang ditetapkan ialah:
1)    -Sungai Bernam menjadi sempadan di antara negeriSelangor dan negeri Perak2)    -Sultan Ibrahim berjanji tidak akan melanggar negeriPerak3)    -Selangor tidak lagi mencampuri dalam hal ehwalnegeri Perak4)    -Sultan Hasan akan dikeluarkan dari negeri Perakdengan segera
Sesungguhnya dengantermeterainya perjanjian damai dan persahabatan Selangor dan Inggeris ini, makapersengketaan antara Perak dan Selangor serta perebutan kuasa antara Inggerisdan Siam dapat diselesaikan.

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:31 PM

UNDANG-UNDANG TANAH KEDAH PERTAMA
20/08/1906

Pada hari ini dalam tahun 1906, Undang-undang Tanah Kedah telah diperkenalkan bagi menggantikan Undang-undang Tanah yang lama.


Walau bagaimanapun, ia hanya dikuatkuasakan pada tahun 1911 apabila amalan buruh paksa dan bayaran cukai tanah yang dikenakan ke atas rakyat dihapuskan.


Undang-undang ini kemudiannya disusuli pula oleh Undang-undang Pungutan Cukai Tanah, Undang-undang Konsessi, Undang-undang Dokumen Pendaftaran, pemilikan tanah sementara dan lain-lain pembentukan Undang-undang.


Akhirnya pada tahun 1914, Undang-undang ini tidaklah mengandungi satu kod tanah yang baharu tetapi di dalamnya terkandung satu sistem yang agak lengkap bagi panduan pada sistem yang terdapat pada masa itu.


Undang-undang ini telah dapat membantu dan melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di Kedah.


Ciri utama Undang-undang Tanah Kedah ialah surat putus ataupun dokumen sah yang merupakan sebuah geran yang kekal.


Sebelum Undang-undang ini diumumkan pemilikan tanah adalah berasaskan kepada surat putus yang dikeluarkan oleh DYMM Sultan Kedah.
Ia merupakan surat kebenaran dari Hakim kepada tuan yang berhak untuk memegang kuasa tanah tertentu. Bila ia diturunkan tanda mohor dan ditandatangani oleh DYMM Sultan ia menjadi surat yang sah kepada pemilik tanah tersebut.


Pada tahun-tahun sebelumnya beberapa bentuk undang-undang telah diluluskan dengan bertujuan untuk mengutip cukai. Setiap rakyat yang mampu membayar cukai, dibebaskan dari menjadi buruh paksaan. Walau bagaimanapun, apabila pindaan pada cukai tanah ini dikuatkuasakan, di mana rakyat tertentu dikecualikan dari membayar cukai, secara tidak langsung,amalan buruh paksa ini dipraktikkan semula. Untuk menggantikan undang-undang yang lama inilah maka pada hari ini dalam tahun 1906, Undang-undang Tanah Kedah diperkenalkan supaya pentadbiran tanah dapat dikemaskinikan

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:33 PM

JEPUN MENYERAHKAN NEGERI-NEGERI UTARA TANAH MELAYU KEPADA THAILAND
20/08/1943

Pada hari ini dalam tahun 1943, satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dengan Perdana Menteri Thailand, Field Marshall Pibulsonggram.


Perjanjian ini adalah mengenai penyerahan negeri-negeri utara Tanah Melayu (Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua Wilayah Shan, dari pihak pentadbiran Tentera Jepun kepada pihak Pentadbiran Tentera Thailand.


Penyerahan enam buah wilayah tersebut telah dilakukan kerana Jepun merasa terhutang budi kepada Thailand di atas bantuan sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Thailand dalam usahanya untuk menakluki Tanah Melayu.


Jepun juga pernah berjanji untuk menyerah kembali negeri-negeri Melayu dan dua wilayah Shan itu yang dahulunya kepunyaan Thailand kepada Kerajaan Thailand sekiranya Jepun diberi bantuan dan kerjasama dalam usaha-usaha penaklukan Tanah Melayu.


Perbincangan mengenai kedudukan wilayah-wilayah tersebut pertama kalinya telah diadakan pada 4 Julai 1943 di dalam satu pertemuan di antara Perdana Menteri Jepun, Jeneral Hideki Tojo dan Perdana Menteri Thailand, Field Marshall Pibulsonggram semasa Perdana Menteri Jepun itu melawat Thailand.


Berikutan itu satu perjanjian telah ditandatangani untuk menyerahkan enam buah wilayah (empat buah di utara Tanah Melayu iaitu Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis; dan dua buah wilayah Shan, Selatan Thailand); kepada Pentadbiran Tentera Thailand.Mengikut perjanjian yang ditandatangani itu terdapat enam fasal yang telah dipersetujui:


FASAL 1: Jepun mengakui wilayah-wilayah Thailand seperti Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis termasuk pulau-pulaunya dipunyai oleh negeri tersebut.


FASAL 2: Jepun juga mengakui wilayah-wilayah Shan iaitu Kentung dan Mongpan kepunyaan Thailand.


FASAL 3: Jepun akan menyerahkan pentadbiran di dalam wilayah-wilayah tersebut dalam masa 60 hari tarikh perjanjian itu dibuat.


FASAL 4: Sempadan wilayah-wilayah di dalam Fasal 1 dan 2 adalah mengikut sempadan negeri-negeri itu sebagaimana pada tarikh perjanjian itu ditandatangani.


FASAL 5: Perkara-perkara detail untuk pelaksanaan Perjanjian itu akan ditentukan melalui tolak-ansur atau nasihat-nasihat di antara kedua-dua negeri itu.


FASAL 6: Perjanjian itu akan diikuti oleh satu rombongan yang akan menandatangani tarikh penyerahan wilayah-wilayah tersebut.Mulai daripada 18 Oktober 1943 secara rasminya negeri Kelantan, Kedah, Trengganu dan Perlis telah diletakkan di bawah kawalan Pentadbiran Tentera Thailand yang berpusat di Alor Setar, Kedah.


Walau bagaimanapun, pihak Jepun masih lagi mempunyai kuasa di bidang ketenteraan, serta berhak untuk mengambil pemuda-pemuda Melayu untuk berkhidmat di dalam pasukan Tentera Jepun.


Negeri-negeri Utara Tanah Melayu telah dikuasai oleh pentadbiran Tentera Thailand selama dua tahun.


Dengan kekalahan Jepun di tangan pihak Berikat dan penyerahan kuasa tentera Jepun kepada Tentera Inggeris di Tanah Melayu pada akhir tahun 1945 maka berakhirnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


Dengan tidak secara langsung Negeri-negeri Utara Tanah Melayu kembali semula jatuh ke tangan penjajahan Inggeris.

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:35 PM

DEWAN RAKYAT MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG MALAYSIA
20/08/1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Malaysia yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein.


Objektif utama Rang Undang-undang ini adalah untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu menjadi sebuah negara Persekutuan yang merdeka.


Rang Undang-undang ini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia berasal daripada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 setelah dibuat beberapa pindaan untuk disesuaikan dengan kemasukan negeri-negeri tersebut. Ianya adalah hasil daripada cadangan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.


Rang Undang-undang ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara penting seperti Parlimen, imigrasi, kewangan, kehakiman, bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam, keselamatan, agama Islam, hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak serta kewarganegaraan.


Sesungguhnya, Rang Undang-Undang ini amat penting kerana ia merupakan asas kepada terbentuknya Malaysia.

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:38 PM

SEMINAR PERTUBUHAN PERKUMPULAN WANITA YANG PERTAMA (W.I.)
20/08/1964

Pada hari ini dalam tahun 1964, Seminar Pertubuhan Perkumpulan Wanita yang pertama telah diadakan di Ibu Pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.


Seminar ini telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Ampuan Selangor.


Seramai kira-kira 100 orang wakil setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah menghadiri seminar tersebut. Turut hadir ke seminar ini ialah YB Datin Fatimah Hashim, Datin Thompson, Cik Lily Majeed, Puan Navaratnam dan beberapa orang tokoh wanita lain.


Menteri Kebajikan Am, Tuan Hj. Abdul Hamid Khan menyeru dalam ucapannya supaya pertubuhan wanita dan sukarela sentiasa mengeratkan kerjasama, menyemak hala tuju masing-masing dan menilai kejayaan yang telah pun dicapai.


Melalui pertubuhan seperti ini, kaum wanita dapat belajar dan menimba pengalaman mengenai urusan pentadbiran persatuan dan lain-lain yang berkaitan.


Sesungguhnya, Seminar Pertubuhan Perkumpulan Wanita yang pertama ini diharap dapat memberi kesedaran untuk mendalami ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemampuan perjuangan demi menegakkan kepentingan kaum wanita di negara ini.

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:39 PM

PERJANJIAN PERLANTIKAN UNITED MALAYAN BANKING CORPORATION (UMBC) SEBAGAI AGEN SAHAM AMANAH NASIONAL BERHAD (ASNB)
20/08/1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah melantik United Malayan Banking Corporation (UMBC) sebagai satu lagi agen pelaburannya.


Bercakap selepas upacara menandatangani perjanjian tersebut, Tun Ismail Mohamed Ali selaku Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyatakan peningkatan jumlah pelaburan dan para pelabur amat menggalakkan dan ASN terpaksa menambahkan lagi agennya.


Selain UMBC yang baru dilantik, agen ASN yang lain ialah Bank Bumiputera, Malayan Banking, Bank Pertanian, United Arab Bank, Perwira Habib Bank dan juga Pejabat Pos.


Sesungguhnya pelantikan UMBC ini memudahkan penyelarasan pelaburan dan memberi peluang kepada lebih ramai bumiputera untuk melabur dalam ASN melalui agen.

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:40 PM

MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN RUMAH PUSPANITA KEBANGSAAN
20/08/1992

Pada hari ini dalam tahun 1992, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah PUSPANITA Kebangsaan bertempat di Lot JKR 571 & 572, Jalan Hose, Kuala Lumpur.


Tan Sri Ahmad Sarji juga telah memaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan untuk mengiktiraf semua aktiviti Persatuan Suri dan Anggota Wanita Pentadbiran Awam (PUSPANITA) sebagai aktiviti rasmi Kerajaan.


Pengiktirafan itu membuktikan bahawa Kerajaan menghargai peranan wanita dalam pembangunan negara.


Namun, Puspanita juga diingatkan supaya mengutamakan kepentingan pejabat dan urusan rasmi pejabat serta sebarang penggunaan kemudahan tersebut mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Rumah PUSPANITA tersebut yang nilai kontraknya sebanyak RM5.2 juta dijangka siap pada tahun 1993, juga akan turut digunakan oleh dua buah badan kebajikan wanita yang lain iaitu BAKTI dan PERKEP.


Antara matlamat utama pembinaan rumah tersebut ialah sebagai kegiatan PUSPANITA di mana dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti yang membina untuk ahli dan juga anak-anak ahli di samping menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua kaum.


Sesungguhnya dengan pembinaan rumah PUSPANITA diharap PUSPANITA akan dapat memainkan peranan ke arah membentuk masyarakat yang positif di samping menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:42 PM

PERASMIAN TASIK PUTRAJAYA
20/08/2002

Pada hari ini dalam tahun 2002, YAB Perdana Menteri, DatoSeri Dr. Mahathir bin Mohamadtelah merasmikan Tasik Putrajaya.


Tasik buatan manusia itu terletak kira-kira 21 meter di atas paras laut dan mempunyai tebing tasik dengan panjang keseluruhan 32 kilometer.


Ia juga turut merangkumi kawasan paya seluas 197 hektar iaitu 13 peratusdaripada kawasan keseluruhan Putrajaya.


Tasik Putrajaya terletak di sepanjang Sungai Chua dan anak-anak sungai utama yang menghala ke arah Putrajaya.


Di majlis tersebut, Perdana Menteri secara simbolik menanggalkan kepingan besi di empangan sementara yang membolehkan air pada Fasa 1B mengalir masuk ke Fasa 1A untuk membentuk keseluruhan Tasik Putrajaya yang berukuran 570 hektar.


Dengan perasmian ini, Tasik Putrajaya bakal menjadi pusat sukan air dan riadah yang menarik untuk dikunjungi orang ramai.


Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia





Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:46 PM

PENGISYTIHARAN BENDERA DAN LAGU BARU WILAYAH PERSEKUTUAN
20/08/2006

Padahariinidalamtahun2006, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Jamaluilail berkenan mengisytiharkan bendera dan lagu baru Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka.


Pada majlis tersebut bendera baru Wilayah Persekutuan telah dinaikkan dengan diringi dengan nyanyian lagu rasmi Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera oleh kumpulan koir kebangsaan Malaysia.


Bendera baru ini menerapkan tiga warna asas Jalur Gemilang iaitu kuning, merah, biru dengan lambang tiga bintang di bawahnya.


Pengisytiharan bendera dan lagu baru Wilayah Persekutuan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu untuk mewujudkan satu bendera dan lagu bagi majlis rasmi seperti mesyuarat dan temasya sukan untuk mewakili ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.


Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


PfNkPsDau7A



Tinot7 Publish time 20-8-2021 01:48 PM

PERASMIAN DATARAN PANGLIMA TENTERA DARAT
20/08/2008

Pada hari ini dalam tahun 2008, Dataran Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.


Upacara perasmian yang penuh gilang-gemilang itu dimulakan pada jam 8.08 malam atau 20:08 dalam sistem 24 jam, simbolik kepada tarikh hari ini dan tahun 2008.


Dataran Panglima Tentera Darat mempunyai keluasan 4,000 meter persegi dan dilengkapi dengan dewan, sistem bunyi terkini dan sistem kamera litar tertutup.


Dataran ini juga mempunyai 30 tempat duduk di Pentas Hormat Diraja, 220 tempat duduk kenamaan dan 1,924 tempat duduk untuk orang ramai.


Pembaharuan dan pembinaan lain yang terdapat di dataran tersebut antaranya pintu gerbang yang unik, kemudahan bekalan elektrik yang lebih besar bagi menampung pencahayaan untuk aktiviti waktu malam dan Dewan Panglima Tentera Darat yang boleh memuatkan 1,000 orang pada satu-satu masa.


Dengan perasmian ini, menambahkan lagi satu mercu tanda negara terutama bagi Angkatan Tentera Malaysia.


Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Pages: [1]
View full version: Hari ini dalam Sejarah: 20 Ogos


ADVERTISEMENT