Kena Merangkak Nak Masuk Warung, Kalau Runtuh Macam Mana?
Edited by CARI-MAL at 19-8-2021 10:42 PMSebuah warung tepi pantai di kota Jogjakarta menjadi tular di media sosial kerana keunikannya yang berada di celahan batu besar sehingga memaksa pelanggan yang ingin menjamu selera merangkak untuk masuk, lapor portal berita Liputan 6 hari ini.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, laluan masuk ke warung di Pantai Sadeng tersebutsempit dan memerlukan pengunjung untuk merangkak dan menunduk.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/19/224005fzzfqelz7onze3oq.pngKreedit foto: TikTok
“Ada warung yang dibina di bawah batu. Perlu merangkak jika ingin masuk,” kata keterangan video tersebut.
Selepas masuk ke bahagian dalam, barulah pengunjung boleh berdiri seperti biasa dan duduk menikmati makanan yang sering dijual di tepi pantai.
Video yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima lebih tiga juta tontonan dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum dan takut melihatkan keadaan warung tersebut.
6974102359236447489
“Tidak dapat dibayangkan jika tiba-tiba ia runtuh,” komen seorang pengguna.
“Di Indonesia, semuanya boleh. Di darat, laut, gunung atau udara,” komen seorang lagi.
Sumber: Kosmo! smpai je kt dlm dh kenyang dgn pasir msuk mlut Makan kenyang2 lepastu x larat nak menunduk time keluar nanti :lol: Mungkin ada pintu lain juga kut tak? Kesian org gemok x dpt merasa makan kat situ :lol: ni yg org kata...nak makan pun susah.. Pelik2 aje..janji viral.. Aneh2 je tempat makan tersebut, kalau Port main sabung ayam lain cerita kt indo byk kedai yg pelik2...
seronok gi jjcm kt indo.. Wahai batu belah batu bertangkup telanlah aku, aku kempunan nak makan telur ikan tembakul;P{:1_555:} Mcm meriah jahh Mcm meriah jahh gigih benar ni
Pages:
[1]