Raline Publish time 19-8-2021 05:30 PM

Bank Rakyat tawar kad kredit kadar terendah

Bank Rakyat tawar kad kredit kadar terendah


https://assets.bharian.com.my/images/articles/bankrakyat_1629364098.jpg
Bank Rakyat

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan promosi kad kredit dengan keuntungan antara yang terendah di pasaran iaitu antara lapan hingga 10 peratus setahun bergantung kepada baki tertunggak bulanan pelanggan.

Promosi itu ditawarkan menerusi kempen 8%.GOV.MY bermula 20 Ogos ini hingga 31 Ogos 2024 dengan tempoh kadar keuntungan sah selama tiga tahun selepas tarikh penyertaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, berkata tawaran itu adalah inisiatif untuk mempromosikan tawaran baharu kepada kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang layak.

"Penawaran kadar keuntungan yang lebih rendah berbanding kadar keuntungan sedia ada iaitu 18 peratus setahun bukan saja dapat memenuhi keperluan kewangan pelanggan, malah memberi penjimatan serta lebihan tunai bagi menguruskan perbelanjaan peribadi harian mereka.

"Manakala bagi kakitangan kerajaan dan GLC yang sudah memiliki Kad Kredit-i, mereka boleh memohon untuk mendapatkan tawaran ini dengan membalas SMS yang dihantar atau melalui e-mel kepada kkredit@bankrakyat.com.my," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya tawaran 8%.GOV.MY terbuka untuk kemudahan pindahan baki kad kredit dari pengeluar kad kredit yang lain.

Menurutnya, pada waktu pandemik, Kad Kredit-i Bank Rakyat giat menawarkan diskaun dan rebat menarik bagi meringankan perbelanjaan serta memenuhi cita rasa gaya hidup pelanggan menerusi kerjasama dengan pelbagai jenama seperti L'occitane, Bloom.com.my, SK Magic, Zalora, byhisdaisy, Tanamera, Natura, Shawl Publika, The Body Shop, SofeaRose, UMMA, So.lek Cosmetics dan Flower Chimp.

"Bank Rakyat mempunyai pelbagai pilihan Kad Kredit-i bagi menepati setiap keperluan individu seperti Platinum Explorer, Muslimah, Platinum dan Emas.

"Antara ciri-ciri utama Kad Kredit-i yang ditawarkan antaranya tiada yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing dan perlindungan takaful secara percuma atas jumlah baki tertunggak," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

CiliPadiSedap Publish time 19-8-2021 07:17 PM

time covid ni swipe kad kredit sista vokuru lg berbaloi:lol:

belilies Publish time 20-8-2021 07:37 AM

Sebut psl bank rakyat ni teringat ada kenalan iols yg ambil loan utk sijil komoditi crude palm oil for 9-10yrs. Sheols byr 1.7k sbln. Nilai sijil tu 150k masa dibeli, esok lusa kalo sheols jual blh dpt 240k. Interest personal loan gov servant under bank rakyat 7 or 9%, iols xtengok btul2 aritu xsure sgt or izzit 4%?

Iols tak arif psl benda camni, tapi berbaloi ke? Mata iols tertancap kat jualan tu byk jugaklh untungnya. Anyone care to comment on this?

adila39 Publish time 20-8-2021 10:29 AM

amboi bank, amek kesempatan ni haa

mijot Publish time 29-8-2021 05:57 AM

bank2 kegemaran acik2 gomen :lol:
diorg rajin kol offer loan/cc...
senang apply..
nasib baik tak terjebak :lol:

Meiizu Publish time 6-9-2021 04:17 PM

Edited by Meiizu at 6-9-2021 04:18 PM

Bank ni utk govmnt stafff je kan...memang policy gitu ke.Takpenah lagi dgr kawan2 private loan kete rumah cc dgn bsn

Pages: [1]
View full version: Bank Rakyat tawar kad kredit kadar terendah


ADVERTISEMENT