Catpaw Publish time 19-8-2021 12:00 AM

Berbelanja Istimewa kepada Ahli Keluarga pada Hari Asyura 10 Muharam.


Bulan Muharam antara bulan istimewa yang diraikan umat Islam. Ada beberapa amalan yang menjadi sunnah kepada umat Islam antaranya berbelanja kepada ahli keluarga pada 10 Muharam selain berpuasa sunat pada tarikh tersebut.

Pada hari ini, umat Islam dianjurkan menyediakan hidangan istimewa dan layanan istimewa kepada ahli keluarga masing-masing. Isteri masak masakan istimewa yang suami belikan, hantar juga kepada saudara-mara yang terdekat. Sekiranya berpuasa, hidangan tersebut menjadi hidangan berbuka.

Ganjarannya amat besar, Allah akan meluaskan dan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.

Jom belanja ahli keluarga masing-masing

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:02 AM

Selain itu, kita juga digalakkan bersedekah tetapi tidaklah sampai menyusahkan diri.

Jika tidak mampu, hendaklah mempertingkatkan akhlak pada hari tersebut dengan berbuat kebaikan niat kerana Allah Taala.

makiting Publish time 19-8-2021 12:09 AM

Kalam Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz

*Tajuk : Hari Asyura*

Antara kekhususan Hari Asyura, *Rasulullah saw menganjurkan kepada kita untuk berpuasa dan terdapat juga didalamnya sunnah-sunnah dan keutamaan yg banyak.*

Dari fadhilat berpuasa pada hari asyura adalah Allah akan mengampunkan dosa setahun yang lalu dan barang siapa berpuasa pada hari asyura juga seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun.

Kemudian *Rasulullah saw juga menganjurkan untuk bersedekah kepada ahli keluarga pada hari tersebut dan dijanjikan kepada sesiapa yg bersedekah kepada ahli keluarganya Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun tersebut.*

Dilapangkan rezeki untuknya kerana dia telah memberi ahli keluarganya harta yang halal, menyenangkan hati mereka dan mengembirakan mereka.

Disebutkan dalam riwayat Sayyidina Ali bahwasanya "barang siapa yang membaca "qul huwallahhu ahad" (surah al-ikhlas) pada hari asyura 1000 kali Allah akan memandang rahmat kepadanya dan barang siapa yg mendapat pandangan rahmat dari Allah swt niscaya tidak akan disiksa selamanya.."

Oleh kerana itu datang kesunnahan dari para ulama' dianjurkan solat 4 rakaat lalu membaca disetiap rakaat 50 kali surah Al-Ikhlas setelah Al-fatihah.

Hendaknya (di Hari Asyura) juga seseorang tidak meninggalkan :
1) menziarahi orang-orang alim
2) menziarahi orang sakit
3) menyambung tali silaturrahim
4) mengusap rambut anak yatim

"barang siapa yg mengusap rambut anak yatim dengan lemah lembut, cinta dan kasih sayang maka setiap rambut yg diusap tangannya akan mendapatkan satu tingkat di syurga akan diraih kebaikannya atas apa yg telah dilakukan oleh tangannya dengan mengusap rambut anak yatim.."

Dan semua sunnah-sunnah yg telah dianjurkan oleh Nabi saw hendaklah kita cuba untuk tidak meninggalkan.

makiting Publish time 19-8-2021 12:11 AM

Kita blh lakukan amalan mana yg seboleh yg mungkin kan, yg penting kita kejar ganjaran pahalanya.

Sib baik mak ada anak yatim, dapat juga peluang raih pahala dgn mengusap kepala dia.

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:16 AM

makiting replied at 18-8-2021 04:09 PM
Kalam Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz

*Tajuk : Hari Asyura*


T. kasih makiting berkongsi ilmu, sayang makiting

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:17 AM

makiting replied at 18-8-2021 04:11 PM
Kita blh lakukan amalan mana yg seboleh yg mungkin kan, yg penting kita kejar ganjaran pahalanya.
...

Alhamdulillah, semoga mendapat reda Allah, amin

makiting Publish time 19-8-2021 12:19 AM

Catpaw replied at 19-8-2021 12:16 AM
T. kasih makiting berkongsi ilmu, sayang makiting

Sama2 kita kongsi manfaat kan.

Kupucandy Publish time 19-8-2021 12:19 AM

Blh sapa2 share niat puasa asyura?

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:27 AM

Kupucandy replied at 18-8-2021 04:19 PM
Blh sapa2 share niat puasa asyura?



Berikut Niat Puasa Tasu'a (9 Muharram):نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُوْعَاءَ سُنَّةً لِلهِ تَعَالىNawaitu Shouma Taasuu'aa Sunnatan Lillahi Ta'ala."Aku niat berpuasa Tasu'a (hari kesembilan Muharam) sunnah karena Allah Ta'ala".Setelah melaksanakan puasa Tasu'a, dianjurkan untuk mengerjakan puasa Asyura 10 Muharram. Puasa Asyura ini disebut penghulunya amal di Bulan Muharram.Berikut bacaan Niat Puasa Arafah:نويتُ صومَ عرفة سُنّةً لله تعالىNawaitu Shouma Arofah Sunnatan Lillahi Ta'aala“Saya niat puasa Arafah, sunnah karena Allah ta’ala“.

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:28 AM

makiting replied at 18-8-2021 04:19 PM
Sama2 kita kongsi manfaat kan.




Terus terasa nak cari anak yatim nak usap kepala dia huhu... anak. Anak yatim non muslim boleh ke..

makiting Publish time 19-8-2021 12:30 AM

Catpaw replied at 19-8-2021 12:28 AM
Terus terasa nak cari anak yatim nak usap kepala dia huhu... anak. Anak yatim non muslim bol ...

Tak pasti pulak.. kena tanya pd yg lbh arif. Takut salah beri info.

Kupucandy Publish time 19-8-2021 12:31 AM

Catpaw replied at 19-8-2021 12:27 AM
Berikut Niat Puasa Tasu'a (9 Muharram):&#1615 ...

Maaf mod, niat puasa tasu’a ngan asyura sama ke?

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:36 AM

Kupucandy replied at 18-8-2021 04:31 PM
Maaf mod, niat puasa tasu’a ngan asyura sama ke?

Lain sikit, sebab yang tu 9 Muharam, esok yang 10 muharam. yang amat dianjurkan tu 10 Muharam hari Asyura.


Nabi puasa juga 9 Muharam tu sebab pada 10 Muharam tu Yahudi pun ada perayaan dia, tu sebab Rasulullah berpuasa juga pada 9. Kalau dah terlepas puasa yang 9 Muharam tu, dianjurkan juga puasa pada 11 Muharam. Ni apa yg saya faham la... Maaf terkurang lebih mana2...

makiting Publish time 19-8-2021 12:41 AM

Tambahan ilmu..

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah SAW: “Benar!
Allah SWT telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura,
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Asyura;
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Asyura;
dan Allah SWT menyelamatkan dari api neraka pada hari Asyura;
dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura;
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura;
dan Allah SWT memberi taubat kepada Adam pada hari Asyura;
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura;
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura;
dan akan terjadi Kiamat pada hari Asyura.

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:42 AM

Kupucandy replied at 18-8-2021 04:31 PM
Maaf mod, niat puasa tasu’a ngan asyura sama ke?

Tengok yang ni Ustaz Dr. Abu Anas Madani yg ada Yayasan Pondok Sungai Duriantu.

makiting Publish time 19-8-2021 12:43 AM

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:43 AM

makiting replied at 18-8-2021 04:41 PM
Tambahan ilmu..

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain- ...



Indahnya hari Asyura ni kan. Banyak nak kena belajar lagi fasal hari Asyura.

Catpaw Publish time 19-8-2021 12:44 AM

Edited by Catpaw at 18-8-2021 04:48 PM

Ni antara puasa2 bulan Muharam. Tarikh bulan Masihi tu yang lama punya, jangan ikut pula heehe

makiting Publish time 19-8-2021 12:52 AM

Edited by makiting at 19-8-2021 06:11 AM

Solat Sunat Asyura

Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.

1.Niatnya



2.Bacaan selepas Al-fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.

Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.



3.Selepas salam membaca 70 kali;


4.Membaca doa Asyura;

Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah selepas menunaikan solat:




Fadhilat Doa Asyura:

Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Moga kita sama2 dapat manfaat atas perkongsian ini. Mak bukan org yang baik, tapi mungkin asbab semua ini, kita dapat sama2 pahala dan rahmat dari Allah swt kan.


      

Kupucandy Publish time 19-8-2021 12:57 AM

Catpaw replied at 19-8-2021 12:36 AM
Lain sikit, sebab yang tu 9 Muharam, esok yang 10 muharam. yang amat dianjurkan tu 10 Muharam hari ...

In Shaa Allah, trima kasih mod… kiranya klau puasa 9 Muharam kena buat skali 10 Muharam kan? 11 Muharam kena buat jgk tak? Sorry Mod
Pages: [1] 2 3
View full version: Berbelanja Istimewa kepada Ahli Keluarga pada Hari Asyura 10 Muharam.


ADVERTISEMENT