xpdckelate Publish time 17-8-2021 09:09 PM

Fomca terima aduan susu formula beri kesan cirit-birit berdarah

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menerima beberapa aduan berhubung keselamatan susu formula bayi dan kanak-kanak yang didakwa mempunyai kesan sampingan terhadap beberapa kes cirit-birit termasuk cirit-birit berdarah.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Dr Saravanan Thambirajah berkata, Fomca memberi amaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga syarikat susu formula untuk memeriksa sebarang insiden yang berkaitan dengan keselamatan dan juga menarik balik produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, Fomca khuatir terhadap keselamatan semua jenama susu formula dan pihak KKM bertanggungjawab melakukan ujian makmal dan memeriksa bahan yang boleh membahayakan nyawa.

“Kebanyakan kes aduan berlaku ketika ibu bapa menukar susu berdasarkan umur dan pertumbuhan kanak-kanak menyedari anak-anak mereka mengalami kes cirit-birit yang teruk selepas minum susu tersebut.

“Justeru, Fomca menasihati ibu bapa supaya memantau perubahan pergerakan bayi mereka sejurus selepas menukar susu formula.

"Satu dekad lalu terdapat insiden susu formula yang dicemari melamin berbahaya yang terjual di pasaran di mana pemerintah perlu campur tangan untuk menyekat pengimportan susu formula tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pengguna disarankan untuk membuat kajian dan membaca pengalaman serta reaksi yang dikongsikan oleh ibu bapa yang sudah melalui pengalaman buruk dengan jenama susu formula terbabit.

Tambahnya, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang berguna dan boleh menghalang kejadian tidak diingini berlaku.

“Sekiranya anak-anak mengalami kesan sampingan disebabkan susu formula, mereka disarankan untuk menghubungi Bahagian Pemakanan KKM di talian 03 8892 4503/ 4556.

“Pengguna juga disarankan untuk tidak menyerahkan bukti kepada syarikat formula sebaliknya bukti tersebut perlu diserahkan kepada pihak kementerian supaya produk terbabit boleh disiasat," ujarnya.

Beliau berkata, Fomca menyokong penyusuan susu ibu kerana mengandungi nutrien yang sempurna dan merupakan sumber makanan paling selamat dan semula jadi.

Katanya, bayi sebaiknya diberi susu ibu secara eksklusif selama enam bulan hingga dua tahun.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/156149/BERITA/Nasional/Fomca-terima-aduan-susu-formula-beri-kesan-cirit-birit-berdarah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

xpdckelate Publish time 17-8-2021 09:11 PM

biasa susu kedai sensei dijual lebih murah dari pasaran...hati2 la semua :laugh3:

isseliparjepun Publish time 17-8-2021 10:17 PM

Kedai sensei jual memang lebih murah. Tapi tidaklah terlalu murah. I dulu beli sama ada dekat farmasi atau kedai sensei juga, sebab situ je pun yang jualnya.

xpdckelate Publish time 17-8-2021 10:24 PM

isseliparjepun replied at 17-8-2021 10:17 PM
Kedai sensei jual memang lebih murah. Tapi tidaklah terlalu murah. I dulu beli sama ada dekat farmas ...

dulu ada kes susu tiruan dijual di kedai sensei..ramai yg terkena dh la jenama branded,rega plak bleh tahan cuma murah skit dari pasaran...so bila rega murah dari pasaran ni hati2 la..bukan nak tuduh :laugh3:

lurve82 Publish time 26-8-2021 06:06 AM

Brand apa ni? Riso plak…
Pages: [1]
View full version: Fomca terima aduan susu formula beri kesan cirit-birit berdarah


ADVERTISEMENT