xpdckelate Publish time 17-8-2021 08:50 PM

OPPO, Lazada bekerjasama lancar telefon pintar terbaharu di LazMall

OPPO mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Lazada Malaysia membabitkan pelancaran OPPO Reno6 Pro, edisi terbaharu siri Reno keluarannya yang ditawarkan secara tempahan awal khusus hanya menerusi platform LazMall mulai sekarang hingga 23 Ogos 2021.

Dalam kenyataan rasmi bersama pada Selasa, kedua-dua syarikat itu berkata, pelanggan boleh membuat tempahan awal telefon pintar tersebut di LazMall pada harga RM2,999 dan mendapat ganjaran dalam bentuk tiada kos penghantaran serta hadiah percuma lain bernilai sehingga RM1,099.

“Sebanyak 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan awal menerusi kedai rasmi OPPO di LazMall akan turut menikmati diskaun tambahan segera RM50 dengan memasukkan kod baucar ‘OPPO50’ pada akhir urusan mereka,” kata kenyataan itu.

Ketua LazMall Lazada Malaysia Chenxi Zhou berkata, jalinan kerjasama dengan OPPO menerusi LazMall itu akan membolehkan pelanggan telefon pintar tersebut menikmati pengalaman membeli-belah serba eksklusif kerana menyedari bahawa produk tersebut adalah tulen selain mendapat tawaran terbaik.

“LazMall berperanan penting dalam strategi keseluruhan perniagaan Lazada apabila jenama-jenama terbabit terus melaksanakan usaha pendigitalan perniagaan masing-masing menerusi pendekatan (konsep) saluran omni untuk berinteraksi dengan pelanggan selain kekal berdaya saing serta lebih menonjol dalam era digital,” katanya.

Sementara itu, Ketua E-Dagang OPPO Malaysia, Isaac Lee pula menyifatkan kerjasama sebagai cara untuk menghargai pengikut setia syarikat itu di LazMall menerusi tawaran pengalaman beli-belah yang eksklusif dan menguntungkan.

Pada masa sama, ia juga dapat memanfaatkan jumlah pelanggan Lazada yang ramai serta pendekatan pemasaran yang terbaik bagi menjangkau pelanggan baharu di serata negara.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lazada dalam usaha pelancaran inovasi terbaharu OPPO Reno6 Pro untuk pembeli dalam talian di Malaysia,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/156144/BISNES/OPPO-Lazada-bekerjasama-lancar-telefon-pintar-terbaharu-di-LazMall
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

xpdckelate Publish time 17-8-2021 08:51 PM

https://fdn2.gsmarena.com/vv/bigpic/oppo-reno6-pro-5g.jpg
OPPO Reno6 Pro
Pages: [1]
View full version: OPPO, Lazada bekerjasama lancar telefon pintar terbaharu di LazMall


ADVERTISEMENT