lanesra Publish time 17-8-2021 04:31 PM

Rumah PPR buruk kerana mentaliti kelas ketiga? Rumah buruk pun salah rakyat juga


https://www.facebook.com/ahmadkhairul.sabirin/posts/10226173212098105

RUMAH BURUK SALAH RAKYAT JUGA?

Baru-baru ini rakyat dipersalahkan lagi angkara gambar edit ini. Walaupun gambar ni gambar edit, tapi realitinya memang terjadi kat Malaysia.

So kenapa public housing di Malaysia ni lebih buruk rupanya berbanding public housing di Eropah?

Ada beberapa sebab.

Yang pertama, sebab design yang tak memenuhi keperluan rakyat. Rakyat dah basuh baju, ada tak kita sediakan ruang khas untuk sidai baju? Kalau takde, jangan salahkan rakyat bila mereka sidai baju di merata-rata tempat.

Ada tak kita sediakan awning di setiap unit memandangkan cuaca Malaysia yang panas terik dan hujan lebat?

Kadang arkitek design dah cun. Eh kena buang pasal nak potong kos projek. Apa boleh buat.

Yang kedua, kadar jenayah yang tinggi. Memandangkan majoriti public housing terletak di bandar, normal lah kadar jenayah di kawasan sekitarnya tinggi.

Tapi ada tak kita sediakan kawalan sekuriti yang optimum di kawasan public housing? Bila tak ada, jangan salahkan rakyat bila mereka kena pasang grill bars sendiri.

Yang ketiga, akses pengangkutan awam yang teruk. Patutnya public housing la kena buat dekat-dekat dengan akses pengangkutan awam. Tapi kita di Malaysia ni terbalik. Rumah mahal-mahal yang tak berpenghuni yang dekat-dekat dengan stesen MRT.

So jangan salahkan rakyat bila kereta parking bersepah-sepah di kawasan public housing Malaysia. Jangankan public housing, apartmen yang sewa beribu-ribu sebulan pun banyak yang pemiliknya parking bersepah-sepah.

Yang keempat, governance dan law enforcement yang sangat-sangat perlu diperbaiki.

Di public housing di Eropah, tiada kereta parking bersepah-sepah kerana mereka boleh berjalan sahaja untuk beli barang, pergi dan balik kerja.

Di public housing di Eropah, tiada pakaian bersidai merata-rata tempat kerana rakyatnya mampu beli dryer dengan gaji minimum.

Di public housing di Eropah, tiada poster along bertampal-tampal di dinding bangunan rumah kerana rakyatnya boleh hidup bermaruah dengan gaji minimum.

Di public housing di Eropah, tiada penghuni tanam cili dan serai dalam pasu kerana ada kawasan khas untuk kebun komuniti.

Di public housing di Eropah, tiada compressor aircond terjojol di luar rumah kerana dah siap buit-in dan kerajaan dia tahu aircond adalah keperluan asas rumah.

Di public housing di Eropah, tiada security grill kerana kadar jenayahnya rendah.

“Rumah PPR buruk kerana mentaliti kelas ketiga” adalah penipuan oleh orang berkuasa untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka layak dapat rumah buruk sebab mereka sendiri.

Mentaliti 'dunia ketiga’ yang kita kecam ini tak wujud secara tiba-tiba. Ia wujud hasil bad house design yang diluluskan kerajaan, polisi ekonomi yang pro T20 dan penguatkuasaan undang-undang yang reaktif berbandingproaktif.

Rumah mampu milik sepatutnya adalah rumah mampu hidup. Berhentilah menyalahkan rakyat untuk menutup kelemahan pembuat dasar.

Ar.Ahmadkhairul Sabirin

sharlenetexas Publish time 17-8-2021 04:39 PM

Kalau pakai dryer melambung2 lah bil. Kita dapat cahaya matahari hampir sepanjang tahun. Gunakan sebaiknya.

Rockafella Publish time 17-8-2021 05:31 PM

Kalau cakap pasal rumah, jangan compare dengan Eropah. Diorang displin lain macam, Asia punya disiplin kita semua tahu. Pokoknya tetap berbalik kepada perangai pemilik rumah itu sendiri. Kalau jenis yang 'asal boleh', maka akan terlihatlah konsep 'asal boleh' di luar rumahnya. Kalau jenis yang 'ah biarkanlah', maka hasilnya pun kita boleh teka macam mana.

Nak cerita pasal parking? Tak perlu. Kalau boleh, semua nak parking dekat dengan pintu utama. Sedangkan berlambak petak parking telah disediakan, tetapi jauh punya pasal, terus tak nak park kat situ. Sanggup park tepi jalan utama. Sudahnya menyusahkan orang.

Pendek kata, apa pun point yang kau keluarkan, kau tetap tak boleh terima teguran dan mula menyalahkan orang yang tak sebulu dengan kau. Patutnya ambil pendekatan untuk berubah bermula dari diri kita. Kalau berterusan tuding menuding jari, sampai bila pun takkan selesai.

Divoc Publish time 26-8-2021 03:42 PM

Otomatik senang.
Pages: [1]
View full version: Rumah PPR buruk kerana mentaliti kelas ketiga? Rumah buruk pun salah rakyat juga


ADVERTISEMENT