Raline Publish time 16-8-2021 07:23 PM

Wanita dikecam rakam suami basuh tuala wanita kotor

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/BDF640E3-8FD0-4471-B4DE-B1FDD6FCFDB4.jpeg
Rakaman seorang suami membasuh tuala wanita yang sudah kotor milik isterinya. - TikTok

Wanita dikecam rakam suami basuh tuala wanita kotor

JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki membasuh tuala wanita yang sudah digunakan oleh isterinya menjadi bahan bualan di media sosial, lapor portal berita Suara.com, semalam.

Menerusi paparan video tersebut, lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh mencuci kotoran darah haid yang melekat pada tuala wanita isterinya.

“Saya tidak tahu betapa beruntungnya diri sebagai isteri apabila memiliki suami yang merendah diri seperti anda.

“Saya malu kerana sebagai wanita tidak secermat ini dalam mengendalikan barang buangan dan kotoran peribadi,” tulis keterangan pada klipvideo itu.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman netizen yang menganggap wanita itu pemalas, pengotor dan menjatuhkan maruah suami apabila memuat naik rakaman yang kurang sopan seperti itu.

“Malu tetapi tetap dimuat naik ke media sosial untuk tatapan orang ramai. Isteri tidak kenang budi,” komen seorang pengguna media sosial.

“Saya tidak akan mengizinkan suami membasuh tuala wanita walaupun jika dia mahu melakukannya. Ia bukan perbuatan yang membanggakan,” tulis seorang lagi pengguna media soal. – Agensi



Sumber:https://www.kosmo.com.my

gorjeous Publish time 16-8-2021 07:26 PM

speachleeess....

dani-rox Publish time 16-8-2021 07:30 PM

akak syak somi dia ada humiliation fetish, makin memalukan sesuatu benda tu dia terpaksa buat, makin lah dia turn on.
sbb tu la bisnes dominatrix/rubber domination sgt menguntungkan:lol:

makadek Publish time 16-8-2021 07:48 PM

Fuh lah mati hidop blik laki aku tk akn basuh
Kutip pn tk ....dia suh amik sendiri..

Kurex Publish time 16-8-2021 08:02 PM

Dah aku agak dekat negara mana

nakkomenjugak Publish time 16-8-2021 08:18 PM

Ni mungkin salah sorang yang ada IQ gorilla?

miznora Publish time 16-8-2021 08:21 PM

sepatutnya bini yang malu pengotor pastu pi rakam konon bangga
eh apada :dizzy:

Supersirap Publish time 16-8-2021 08:47 PM

Tiada video lain yang boleh kita tengok dapat pahala? Ini kerja gila la

Catpaw Publish time 16-8-2021 09:34 PM

Jijiknya :I

che-cikL Publish time 17-8-2021 01:14 AM

Advance level ni.

Ada lelaki nak lalu kat aisle jual pad pun malu.
Perempuan lak, kalau terbocor, selagi boleh tak nak bagi orang nampak stain tu, let alone bagi org lain pegang dan basuh pad!!!

Burong_Hantuk Publish time 17-8-2021 02:07 AM

Ewwwwww...

mijot Publish time 17-8-2021 04:42 AM

demi content, skrg ramai yg buat benda bodoh dan memalukan.

midori_katana Publish time 17-8-2021 08:21 AM

aduhai.. dah kenapa sampai macam ni sekali.. cukup la takat suami tu pi beli pad kat kedai jinjit dalam plastik hitam... sampai pad kotor pun kau mintak dia basuhkan!:o
Pages: [1]
View full version: Wanita dikecam rakam suami basuh tuala wanita kotor


ADVERTISEMENT