Raline Publish time 16-8-2021 06:06 PM

Lepas Ekor Buaya, Peserta Masterchef Thailand Kena Masak Lidah Pula!

Lepas Ekor Buaya, Peserta Masterchef Thailand Kena Masak Lidah Pula!

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/08/Lepas-Ekor-Buaya-main.jpg

Dalam satu perkongsian sebelum ini dipaparkan peserta Masterchef Thailand perlu masak menu ekor buaya. Pelbagai reaksi peserta yang geli melihatkan seketul ekor buaya yang masih belum dipotong dan diletakkan di atas meja telah mencuri perhatian ramai.

Namun begitu selepas episod tersebut, satu bahan masakan utama diperkenalkan membuatkan peserta terkejut sekali lagi. Bahan yang diperkenalkan itu adalah sejenis lidah haiwan yang tidak dipastikan apakah ia. Berikut adalah perkongsian bahan masakan baru yang diperkenalkan itu:

https://www.tiktok.com/@_makrifatcinta_?referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F&referer_video_id=6994314319039188250&refer=embed

Bukan peserta sahaja terkejut, penonton yang menyaksikannya juga turut tergamam! Agaknya apalah bahan masakan utama itu. Lepas ekor buaya apa pula yang disuruh masaknya itu ya? Perkongsian rakaman episod Masterchef Thailand yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna akaun dengan nama @_makrifatcinta_ ini telah meraih ratusan ribu tontonan dan dua ribu lebih likes.

Di ruangan komen ada warganet yang memberitahu bahan utama masakan yang diperkenalkan itu adalah lidah lembu. Apa-apa pun berikut adalah reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Kalau lidah lembu…Sedap weyhhh..Aishhh wat masak merah pulak…Aduiii mantap…”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/08/Lepas-Ekor-Buaya-3.jpg
“Hahahaha..Setakat lidah lembu..Ekor buaya tu memang dasat”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/08/Lepas-Ekor-Buaya-2.jpg
“Lidah lembu kowt sebab nak sama macam ayah aku masak dulu sedap uuu”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/08/Lepas-Ekor-Buaya-1.jpg
Sumber:
_MAKRIFATCINTA_

sharlenetexas Publish time 16-8-2021 06:17 PM

Buaya ni kira eksotik. Tak jadi kesalahan ke masak?

xpdckelate Publish time 16-8-2021 06:18 PM

Edited by xpdckelate at 16-8-2021 06:22 PM

sup lidah pon sodap :lol:

cha-cha Publish time 16-8-2021 06:20 PM

sharlenetexas replied at 16-8-2021 10:17 AM
Buaya ni kira eksotik. Tak jadi kesalahan ke masak?

Buaya kat sarawak tu dah overpopulation dah, dah kurang jalan sungai.. eloklah dimakan goreng kicap

Burong_Hantuk Publish time 17-8-2021 02:16 AM

Aku bayangkan lidah buaya tuh berbau busuk..:I

mijot Publish time 17-8-2021 04:45 AM

makanan kt thai mmg pelik2

midori_katana Publish time 17-8-2021 08:19 AM

macam2 la produser buat untuk tarik penonton. teringat dulu2 tgk american's next top model kot... tiap2 minggu ada ja cabaran bergambar dgn labah2 la, ulaq la...

nakkomenjugak Publish time 17-8-2021 09:44 AM

fitammmmmm dengan kepanjangan iaaa

bihunsiam Publish time 17-8-2021 09:07 PM

kental lah juri nak rasa semua masakan tu. eh pelik2. ke diorang dh biasa makan gitu

xastor9 Publish time 17-8-2021 09:36 PM

MasterChef selebriti Thailand ni kan?

serinegara Publish time 18-8-2021 02:06 PM

Gelilah pulak.
Pages: [1]
View full version: Lepas Ekor Buaya, Peserta Masterchef Thailand Kena Masak Lidah Pula!


ADVERTISEMENT