xpdckelate Publish time 16-8-2021 07:09 AM

TLDM tunjuk 'taring' Taming Sari

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2021-08-15_at_23.27.17_1629041845.jpg
KAPAL KD Lekiu dan KD Lekir TLDM melepaskan tembakan peluru berpandu Exocet MM40. FOTO Ihsan TLDM

Kuala Lumpur: Tidak ada yang tersasar atau melencong daripada 'musuh', malah peluru berpandu Exocet MM40 dilancarkan dari kapal friget Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengenai tepat dan memusnahkan sasaran yang berada sejauh 55 kilometer.

Dua peluru berpandu antikapal itu dilancarkan kapal KD Lekiu dan KD Lekir TLDM pada Eksesais Taming Sari siri 20/21 berlangsung selama enam hari di Markas Wilayah Laut I (MAWILLA I) Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Latihan penembakan taktikal itu turut menyaksikan keupayaan kapal selam Scorpene milik TLDM, KD Tun Razak melancarkan peluru berpandu antikapal Exocet SM39 dari jarak 37 kilometer.

Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu itu yang mengenai tepat sasaran jelas membuktikan profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara.

Ujian penembakan itu turut disaksikan sendiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Eksesais Taming Sari adalah latihan peperangan maritim yang menguji aspek perancangan dan pelaksanaan oleh TLDM selain membuktikan kesiapsiagaan TLDM dalam mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh.

Objektif Eksesais Taming Sari ini adalah untuk mewujudkan suasana peperangan maritim yang sebenar selain bertujuan menguji keupayaan peralatan untuk mengesan, menjejak dan sistem pelancar peluru berpandu bagi kapal dan kapal selam TLDM.

Ia adalah latihan ketenteraan terbesar negara membabitkan 1,080 anggota TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan penggunaan sembilan kapal, lima Fast Combat Boat (FCB), sebuah kapal selam, dua helikopter Super Lynx TLDM, empat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ismail Sabri turut memaklumkan TLDM bakal menerima dua lagi kapal misi pesisir (LMS) menjelang penghujung tahun ini yang akan memantapkan lagi armada TLDM.

Menurutnya, proses perolehan aset terbaharu TLDM itu juga dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan angkatan tentera menjaga kedaulatan perairan negara.

HMetro

xpdckelate Publish time 16-8-2021 07:10 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2021-08-15_at_23.29.29_1629041848.jpg
LATIHAN peperangan maritim Eksesais Taming Sari siri 20/21 yang diadakan secara besar-besaran di Pahang. FOTO Ihsan TLDM

PristineOne Publish time 8-9-2021 02:49 AM

Sedikit sebanyak exercise ini ada kena mengena dengan isu Spratly dan Paracel Island yg dicerobohi oleh Angkatan Laut Tentera Rakyat Republik China dengan menimbulkan isu menceroboh sempadan laut denfan negara negara Indonesia, Malaysia, Filipina juga Vietnam.   Exercise ini lebih kepada konsep 'show of force' kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia kepada Angkatan Laut Tentera Rakyat China.
Pages: [1]
View full version: TLDM tunjuk 'taring' Taming Sari


ADVERTISEMENT