xpdckelate Publish time 15-8-2021 10:30 PM

Pelan internet belia Digi tawar akses tanpa had ke TikTok, IG

Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menambah baik pelan internet pelajarnya yang kini dikenali sebagai Pakej Data Khas Belia dengan memberikan akses tanpa had ke dua aplikasi media sosial popular, TikTok dan Instagram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Digi berkata, pelan yang sebelum ini hanya dibuka kepada pelajar kini boleh dilanggani oleh semua belia berusia antara 12 hingga 24 tahun.

Dengan Pakej Data Khas Belia ini, pelanggan boleh mendapat sambungan internet berkelajuan tinggi 15GB, akses tanpa had selama 30 hari ke TikTok dan Instagram dengan hanya RM20 sebulan.

Pelan itu kini tersedia untuk masa terhad sehingga 31 Oktober, 2021 dan pelanggan Digi sedia ada boleh membelinya dengan mudah melalui aplikasi MyDigi atau dengan mendail *123#.

Pelanggan baharu pula boleh mendaftar untuk pelan berkenaan melalui Digi Store, Digi Store Online atau daripada mana-mana pengedar sah Digi.

Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh didapati di https://www.digi.com.my/shop/prepaid-plans/pakej-data-khas-belia/.

HMetro

xpdckelate Publish time 15-8-2021 10:31 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hiasan-tiktok_1628916678.jpg
FOTO HIASAN

supernadrew Publish time 21-8-2021 05:35 PM


Halo, jika anda berminat dalam bidang IT dan terlibat dalam reka bentuk antara muka, anda adalah pembangun web, anda mungkin berminat dengan perisian ini, yang merupakan penyelesaian yang kompleks untuk tugas anda.akveo.com
Pages: [1]
View full version: Pelan internet belia Digi tawar akses tanpa had ke TikTok, IG


ADVERTISEMENT