dek_ya Publish time 15-8-2021 02:08 PM

Aku tak suka call atau balas mesej. Adakah aku introvet?

Hai korang. Just nak share perasaan aku. Aku tak suka cakap di telephone atau berbalas mesej. Selalu kalau dapat msj or wasap aku balas 1,2x je lps tu aku akan abaikan.

Musim pendemik ni dah lama tak jumpa sedara mara dan family angkat aku. Suami suruh call tanya khabar tp aku taknak. Mak mertua call pun selalu aku tak angkat. Aku tak tau nak cakap apa masalahnya. Biasa aku akan bagi ke anak2 aku biar diorang yg cakap dengan atuk nenek. Aku dengar je kat sebelah.

Aku ada bff 4 orang. Tp aku jarang contact diorg. Just follow kat fb berita2 terbaru. Kalau ada good news or bad news diorang share kat fb baru aku contact diorg wish apa2 yg patut. Tp bila diorg balas, aku akan abaikan mesej diorang. Tp bila kitorg ada peluang berkumpul boleh je sembang berjam jam.

Dengan family aku, family mertua pun macam tu jugak. Bila berjumpa boleh je bersembang macam2. Lagi 1, aku jenis tak suka bertanya secara detail atau panjang lebar bila ada sesuatu perkara. Misalnya dapat berita kawan bersalin. Aku just wish tahniah je. Tak terpikir nak tanya dapat baby apa, lahir normal ke ceaser, pantang kat mana, bersalin kat mana.

APelik ke perangai aku atau ni semua normal?Korang boleh related tak dengan cerita aku? Meh la share pandangan korang kat aku.

miss_perfect Publish time 15-8-2021 02:23 PM

Perangai ko sikit2 macam aku... aku tak suka cakap tepon, aku prefer mesej. Tapi aku selalu delay balas mesej. Tapi tengoklahhh... kalau dgn family aku cepat je. Kalau dgn kawan2 aku selalu lambat2 jawab.Malas nak berbasa basi, orang kata.

ezacbee Publish time 15-8-2021 02:35 PM

Samalah.
Anti social pun ada.
{:smileo

Kurex Publish time 15-8-2021 02:47 PM

Sama weh... Byk komen dekat sini aku ignore je.. kalau call pun aku malas angkat melainkan family aku & kawan baik aku

CiliPadiSedap Publish time 15-8-2021 02:58 PM

:lol: be yourself. u masa kat university tak ramai kawan ye? ibarat se ekor angsa hilang dalam kawanan angsa?

ramai je successfull person introvert. introvert bertempat ok je , me time, focus time, work time.

jgn jadikan introvert untuk alasan self esteem down. check and balance.

introvert and low self confident two different things. kaka selalu confuse benda ni.

edayildiz Publish time 15-8-2021 03:10 PM

ada sikit2 perangai uol dlm diri i..i jenis cakap pun takkan tnya detail..kalau makcik skt or apa..my dad akan wssp suruh i call bebuat tnya..pastu i call la..tnya jer..pastu bila org explain mcmtu mcmni i mcm xmnt nk tau..
tp mulut i kalau nk bergosip xbrenti ckp jgk..ikut mood gamaknya..pasal call i pun xberapa suka sgt..selalu video call ngn family member almost everyday..kalau kwn jrg..adakah iols introvert?

nakkomenjugak Publish time 15-8-2021 03:20 PM

sama la hahaha
kalau ada yang ngecall, biar sampai habis pastu sambung balik tengok youtube.

Meiizu Publish time 15-8-2021 09:55 PM

Edited by Meiizu at 15-8-2021 10:00 PM

Kalau dah terang2 u ckp..org call takmo jwb hemmm
Tu alasan apakah?
Maybe 1day kwn2 buat gitu..u akan paham apa rasa.Skrg ni 4org tu blum buat lagi

dek_ya Publish time 15-8-2021 11:18 PM

miss_perfect replied at 15-8-2021 02:23 PM
Perangai ko sikit2 macam aku... aku tak suka cakap tepon, aku prefer mesej. Tapi aku selalu delay ba ...

Kan....malas betul nak jawab call.Aku ada la buat bisnes makanan kecik2 dari rumah. Bila nak cod or deal apa2 pun aku prefer wasap.Laki aku selalu bising suh call je terus senang kata dia. Masalahnya aku tak suka call.

dek_ya Publish time 15-8-2021 11:21 PM

ezacbee replied at 15-8-2021 02:35 PM
Samalah.
Anti social pun ada.

Aku tak tau lah aku ni anti sosial ke apa tapi aku tak suka pergi tempat ramai orang. Mcm tempat makan, aku rela pergi tempat yg biasa2 walaupun ada tempat makan yang best tapi ramai orang memang tak lah aku nak pergi.

dek_ya Publish time 15-8-2021 11:22 PM

Kurex replied at 15-8-2021 02:47 PM
Sama weh... Byk komen dekat sini aku ignore je.. kalau call pun aku malas angkat melainkan family ak ...

Tu lah, aku bukak thread tapi aku sendiri malas balas.

dek_ya Publish time 15-8-2021 11:28 PM

CiliPadiSedap replied at 15-8-2021 02:58 PM
be yourself. u masa kat university tak ramai kawan ye? ibarat se ekor angsa hilang dalam kawan ...

Haha..mana kaka tau ni. Iolss kat U mmg tak ramai kawan. Selalu habiskan masa dalam dorm or library.Bilik tv pun tak pernah jejak.Better iolss tido dari pergi beramas mesra dgn senior/junior.Lagipun course iolss perempuan 1 batch ada 5 ketul je. Tu jelah kawan sembang.
Kalau kawan tak available iolss ok je makan sorang2 kat cafeteria

dek_ya Publish time 15-8-2021 11:30 PM

edayildiz replied at 15-8-2021 03:10 PM
ada sikit2 perangai uol dlm diri i..i jenis cakap pun takkan tnya detail..kalau makcik skt or apa..m ...

Samalah. kalau ada terima berita apa2 tak reti aku nak tanya banyak2. Iyekan jelah..

dek_ya Publish time 15-8-2021 11:33 PM

Meiizu replied at 15-8-2021 09:55 PM
Kalau dah terang2 u ckp..org call takmo jwb hemmm
Tu alasan apakah?
Maybe 1day kwn2 buat gitu..u...

Ntah la uolss..Aku tak suka angkat sebab aku tak tau nak tanya@cerita apa.
Dengan bff buat masa ni dah lebih 20tahun kitorg berkawan belum ada apa2 isu lagi.Tapi diorang mmg tau je perangai aku.

Cumikucingku Publish time 15-8-2021 11:57 PM

Selagibenda yg ko buat ni x sakitkan ati sesape ok je .

Tpnanti bila ada org yg berterus terang yg dia sakit ati dgn ko.cubalah ko ekjas sikit ...contohnya kalau ko xtau nak jawab call mcm mane ko just angkat dan bertanya khabar utk jg hati.

CiliPadiSedap Publish time 16-8-2021 12:01 AM

dek_ya replied at 15-8-2021 11:28 PM
Haha..mana kaka tau ni. Iolss kat U mmg tak ramai kawan. Selalu habiskan masa dalam dorm or librar ...

U lone ranger rite? Masa team group assigment u feel nervous takut takde team .

U happy dengan cara life u. Tapi bila tiba grouping u akan awkward nervous and berat mulut.

Ada pepatah melayu lama sebut masuk kandang harimau kena meow, masuk kandang lembu minum farm fresh.

Cmni , tengok utube dan belajar cara bercakap, cara public speaking, cara buat joke. Ada masa luangkan sedikit masa berkawan. Sbb kt mana2 politik berkawan lebih penting dari skill expertise. Kalau kureng berkawan alamat kena buli kena psiko.

Introvert ok tapi bertempat. Skill lain kena develop.depence on your scope job. Klau u entrepenuer mmg wajib tebal muka.

Org introvert ni penyayang, romantis dan menjadi tempat luahan orang lain. Atas faktor ni org introvert kalau marah dia akan jadi paling kecewa sbb pendam..

Xde pe. Ramai je top world class atlit or performer introvert. Tp skill komunikasi dgn org kenalah ada. Xde nampak cm nerd sgt. Xde lah org nak buli or palau.



dek_ya Publish time 16-8-2021 12:09 AM

CiliPadiSedap replied at 16-8-2021 12:01 AM
U lone ranger rite? Masa team group assigment u feel nervous takut takde team .

U happy dengan...

Kaka cilipadi ada telepati ke? mcm mana boleh teka betul ni perangai iolss.. Saya kalau marah mmg suka pendam sebab nak elakkan pergaduhan. Tak suka la gado2. Abis2 pun cerita kat bestie or hb yg saya tgh marah or geram dengan seseorang.

Tapi kat U saya takde masalah nak buat group assignment or presentation.Saya yg jadi rebutan adalah sebab antara yg top dalam class. Bangga jap. hahaha. Iolss pun aktif sport, join debate semua. Cuma tula, bila dgn orang yg tak kenal saya akan jadi pendiam

Ramai kawan2 U yg 1 batch tp lain course akan komen ingat saya ni sombong, tp bila dah kenal masuk air jugak perangai.

dek_ya Publish time 16-8-2021 12:12 AM

Cumikucingku replied at 15-8-2021 11:57 PM
Selagibenda yg ko buat ni x sakitkan ati sesape ok je .

Tpnanti bila ada org yg berterus tera ...

Aku kena polish cara bergaul dan berkawan aku rasa.Cara nak buat kawan baru.Baru hidup meriah sikit kot.

ezacbee Publish time 16-8-2021 12:16 AM

dek_ya replied at 15-8-2021 11:21 PM
Aku tak tau lah aku ni anti sosial ke apa tapi aku tak suka pergi tempat ramai orang. Mcm tempat m ...

Aku jenis rimas kalau ramai orang.
Suka cari port xde orang n senyap. Cth library ke popular ke haha

CiliPadiSedap Publish time 16-8-2021 01:47 AM

Edited by CiliPadiSedap at 16-8-2021 01:49 AM

dek_ya replied at 16-8-2021 12:09 AM
Kaka cilipadi ada telepati ke? mcm mana boleh teka betul ni perangai iolss.. Saya kalau marah mmg...

Yg komen sis last ye betul

U akan kamcing bila dh lama bersama.u jenis susah nak kamcing sebab introvert, not friendly manner bagi orang

Once orang kenal u, any topic blh masuk politic music anythings. But beware pastikan orang u kamcing ni positive and valuable people. Salah kamcing ,orang tu akan musuhi u one day

Kawan ni ada 3 jenis racun nasi ubat

Racun ni - rosakkan kita
Nasi - kawan tempat belajar kerja yang hari2 kita jumpa
Ubat - kawan yg selalu jd rujukan atau tempat mnta bantuan dan nasihat

Introvert ni blh jd racun dan ubat.. dia sukar jadi nasi. U akan jadi racun kalau kamcing u salah tempat . U akan jadi ubat masa buat assigment, projek kerja. Check and balance.

Kaka xde telepati. Tapi kaka ada telegram je.

Pages: [1] 2 3
View full version: Aku tak suka call atau balas mesej. Adakah aku introvet?


ADVERTISEMENT