Itzy Publish time 15-8-2021 01:45 PM

‘Lelaki Gua’ Di Serbia Terima Vaksin Covid-19, Gesa Orang Ramai Dapatkan Suntika

Sumber: https://lobakmerah.com/lelaki-gua-di-serbia-terima-vaksin-covid-19-gesa-orang-ramai-dapatkan-suntikan-segera/
Penulis: Fahmy Rosly

Seorang lelaki yang memilih tinggal di dalam gua di Pirot, Serbia selama 20 tahun telah mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

Panta Petrovic telah mengambil keputusan untuk tinggal di dalam gua bagi mengelakkan mempunyai hubungan dengan dunia luar dan masyarakat sekeliling.

Pada tahun lepas, ketika Petrovic keluar mendapatkan barangan keperluan di pekan berdekatan, beliau dapat tahu yang dunia sedang dilanda wabak pandemik Covid-19 yang boleh membawa maut. Walaupun tinggal jauh dari komuniti, beliau dengan pantasnya mendapatkan suntikan vaksin sebaik sahaja Serbia mengedarkannya kerana takut akan virus pembunuh itu.
"Virus ini tidak memilih. Virus ni mungkin boleh sampai ke gua saya”

Jelas lelaki berumur 70 tahun itu kepada sumber AFP dalam laporanThe Straits Times. Gua Petrovic boleh diakses selepas mendaki sebuah bukit yang curam dalam hutan Stara Planina di selatan Serbia.

Menjelaskan tentang kenapa beliau memilih untuk menerima vaksin, Petrovic tidak memahami mengapa ada individu yang skeptik terhadap vaksin. Tambah beliau lagi, beliau percaya vaksinasi boleh membendung penularan wabak yang bahaya ini dari terus merebak.

Petrovic juga berkata yang beliau berhasrat untuk mengambil tiga dos suntikan vaksin termasukboosterseperti yang diwar-warkan media. Beliau juga mengesa orang ramai untuk mengambil vaksin secepat mungkin.

sharlenetexas Publish time 15-8-2021 01:57 PM

Mmg betul ke? Takut hoax mcm puak tasaday kat filipina.

Supersirap Publish time 15-8-2021 03:03 PM

Macam-macam hal mereka ni, tinggal di gua dan sebagainya

edayildiz Publish time 15-8-2021 03:13 PM

bgs la..tp nape atuk tgl kt gua..sayang la..serbia ni jiran agfhanistan ke?

_blackbird Publish time 15-8-2021 03:28 PM

Edited by _blackbird at 15-8-2021 03:50 PM

edayildiz replied at 15-8-2021 03:13 PM
bgs la..tp nape atuk tgl kt gua..sayang la..serbia ni jiran agfhanistan ke?
tak. serbia kat southeast europe. kedudukan dia kat tengah2 berjiran dengan romania, bosnia, montenegro, bulgary

edayildiz Publish time 15-8-2021 03:37 PM

_blackbird replied at 15-8-2021 03:28 PM
tak. serbia kat southeast europe. kedudukan dia kat tengah2 berjiran dengan romania, bosnia, monte ...

la geng2 balkan jugak la kiranya..

_blackbird Publish time 15-8-2021 03:49 PM

edayildiz replied at 15-8-2021 03:37 PM
la geng2 balkan jugak la kiranya..

ko maksudkan balkan peninsula ke balkan mountain? kalau mountain tu bulgaria. kalau peninsula tu area south east europe la

edayildiz Publish time 15-8-2021 03:51 PM

_blackbird replied at 15-8-2021 03:49 PM
ko maksudkan balkan peninsula ke balkan mountain? kalau mountain tu bulgaria. kalau peninsula tu a ...

balkan peninsula :lol:

_blackbird Publish time 15-8-2021 03:53 PM

edayildiz replied at 15-8-2021 03:51 PM
balkan peninsula

tapi tak silap aku balkan peninsula tu mcm gabungan beberapa negara. kalau tak silap lah. mungkin ko boleh google utk lebih kepastian

edayildiz Publish time 15-8-2021 04:10 PM

_blackbird replied at 15-8-2021 03:53 PM
tapi tak silap aku balkan peninsula tu mcm gabungan beberapa negara. kalau tak silap lah. mungkin...

aah betul balkan terdiri drp beberapa negara..albania,montenegro,bosnia greece dan beberapa lg..
Pages: [1]
View full version: ‘Lelaki Gua’ Di Serbia Terima Vaksin Covid-19, Gesa Orang Ramai Dapatkan Suntika


ADVERTISEMENT