Raline Publish time 15-8-2021 09:28 AM

Bu7ang terbiat, Nenek dikecam pandu kereta mewah sambil main telefon

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/140821-nenek-feeling.jpg
Tindakan nenek tersebut yang memandu sambil bermain telefon dikecam netizen kerana berbahaya. - TikTok/@puteripati


Nenek dikecam pandu kereta mewah sambil main telefon

JAKARTA – Seorang nenek dari Indonesia menjadi sensasi internet kerana videonya yang memaparkan aksinya memandu sebuah kereta berjenama mewah sambil bergaya di hadapan kamera tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com semalam.

Wanita warga emas itu merakam aksinya yang memandu sambil bergaya dan sesekali menoleh ke arah kamera sambil mengikuti irama muzik yang dimainkan radio.

Dia kemudiannya berhenti di lampu isyarat sebelum bergaya dengan meletakkan jari di bawah dagunya serta mengenyit mata.

Wanita itu kemudiannya menunjukkan dua bentuk cincin serta pakaian yang dipakainya.

Video yang dimuat naik di TikTok itu menjadi bualan netizen dengan ramai yang menyelar cara nenek tersebut memandu secara berbahaya iaitu sambil bermain telefon bimbit.

“Fokus bawa kereta sahaja wahai nenek, nanti terkejut lampu hijau terus terlanggar orang,” tulis seorang netizen.

“Sekadar nasihat, kalau memandu, perlu fokus dan berhati-hati kerana ia boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain,” komen seorang lagi. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

_blackbird Publish time 15-8-2021 10:08 AM

amboii.. kalau tak dikawal cougar makin berleluasa

sukacactus Publish time 15-8-2021 10:45 AM

Mewah ke kalau takat bw mazda?

Buritan Publish time 15-8-2021 10:50 AM

sukacactus replied at 15-8-2021 10:45 AM
Mewah ke kalau takat bw mazda?

Mewah la tuu.. indonkann.. indon ade beskal ade moto pun dah kira sederhana.. dpt mkn pakai pun alhmdlh.. yg merepat tepi jln pun selsmbak.. mcm bik abg ipar aku.. rumah pun kandang lembu

little_sis Publish time 15-8-2021 10:54 AM

Demi content gak ke ni

nakkomenjugak Publish time 15-8-2021 11:09 AM

smh
ko dah kenapa fooki tua oiii

sukacactus Publish time 15-8-2021 11:19 AM

Buritan replied at 15-8-2021 10:50 AM
Mewah la tuu.. indonkann.. indon ade beskal ade moto pun dah kira sederhana.. dpt mkn pakai pun al ...

Hahaha...lupa!
Rumah pun lantai tanah
Diorang pelik sungguh tgk kita kat sini parking keta sampai ke luar gate
Murah ke mahal, biasa je kat sini

aderaderker Publish time 15-8-2021 11:27 AM

Si Vida gi indon ke?
Kembaq ka?

Artemesiaa Publish time 15-8-2021 11:28 AM

Buruk bila orang tua gila tik tok ni

tikusmontok Publish time 15-8-2021 11:28 AM

sukacactus replied at 15-8-2021 10:45 AM
Mewah ke kalau takat bw mazda?

Level indon kira mewah la tu

Buritan Publish time 15-8-2021 12:02 PM

sukacactus replied at 15-8-2021 11:19 AM
Hahaha...lupa!
Rumah pun lantai tanah
Diorang pelik sungguh tgk kita kat sini parking keta samp ...

Mmg laa sian tgk depa. Nasib baik aku tak dilahirkan jd indon bangla.. nangis aku

prettyuglybabe Publish time 15-8-2021 12:59 PM

i tak faham sungguh orang bawak kete stering sampai ke perut ni :dizzy:

Supersirap Publish time 15-8-2021 03:05 PM

Macam-macam hal mereka ni

gideoncross Publish time 16-8-2021 12:37 AM

prettyuglybabe replied at 15-8-2021 12:59 PM
i tak faham sungguh orang bawak kete stering sampai ke perut ni

Komen uol lgi klakar dri the entire story & smua komen2 kat cni:lol::lol::lol::lol:.

mijot Publish time 16-8-2021 08:20 AM

prettyuglybabe replied at 15-8-2021 12:59 PM
i tak faham sungguh orang bawak kete stering sampai ke perut ni

aku scroll balik nak tgk gambar bila baca post hang :lol:
Pages: [1]
View full version: Bu7ang terbiat, Nenek dikecam pandu kereta mewah sambil main telefon


ADVERTISEMENT