Raline Publish time 14-8-2021 01:44 PM

David, Elizabeth nama popular untuk bayi berpotensi jadi bilionair

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/baby-rich-name.jpg
Nama mempengaruhi keperibadian bayi dan perlu dititikberatkan semasa proses kehamilan. - Getty

David, Elizabeth nama popular untuk bayi berpotensi jadi bilionair

LONDON – Satu kajian yang dijalankan mendapati nama bayi paling popular dalam kalangan bilionair adalah nama-nama ‘biasa’, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Laman HushHush.com membuat kajian berdasarkan senarai majalah Sunday Times Rich dan data dalaman pelanggannya bagi mendapatkan 10 nama lelaki dan perempuan yang popular dalam golongan individu kaya.

Nama paling popular ialah David diikuti Alex, John, James dan Mark.

Bagi nama perempuan pula, nama paling popular ialah Elizabeth diikuti dengan Jasmine, Ruth, Leonie dan Sofia.

Nama popular bagi bilionair dan multi-bilioniar adalah David iaitu sebanyak 74 kali diikuti dengan Alex sebanyak 67 kali, manakala Elizabeth muncul sebanyak 43 kali diikuti Jasmine, 32 kali dan Ruth 31 kali.

Penyelidik berkata, nama mempunyai kaitan dengan karakter, sikap dan rupa paras sekaligus menjadikan pemilihan nama sesuatu yang sangat penting kepada semua ibu bapa.

“Pemilihan nama bayi merupakan saat-saat yang istimewa bagi ibu bapa di seluruh dunia dan kami fikir memberikan anak anda nama yang secara statistiknya menunjukkan mereka akan berjaya tentu sekali merupakan apa yang anak anda impikan.

“Terdapat sekitar 2,000 bilionair di dunia dan biarpun nama mereka berbeza, terdapat beberapa bilionair ini yang berkongsi nama yang sama. Ini bersama data dalaman yang diperoleh membolehkan kami menyediakan senarai nama bilionair yang paling popular,,” kata pengasas HushHush.com, Aaron Harper. -Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

kakikuDibibirmu Publish time 14-8-2021 01:51 PM

Elisheva ialah bini Zakaria (Happy cock):$

ellejo Publish time 14-8-2021 02:23 PM

nama2 fancy akan membuat org syak kau dari ghetto.
contoh nama anak elon yang bongsu. dia ada 7 anak. anak yg lain nama elok saja. tang bongsu nampak cheap dan ghetto.

mclaren Publish time 14-8-2021 02:40 PM

Jangan jadi scammer billionaire macam Elizabeth Theranos sudahlah

apam Publish time 14-8-2021 02:53 PM

Kuin E pun namanya elizebet...

dua_chzy Publish time 14-8-2021 02:58 PM

Biasanya orang nama Elizabeth ni feisty.

dua_chzy Publish time 14-8-2021 02:59 PM

David pula, biasanya determine. Dan gigih kuat kerja.

che-cikL Publish time 14-8-2021 03:18 PM

Lagi banyak org guna nama tu, tak kiralah nama apa, lagi banyak peluang utk org yg ada nama tu jadi kaya.

I think it as simple as that. David dan Elizabeth mmg 2 common names, jadi kebarangkaliannya tinggilah.

edayildiz Publish time 14-8-2021 03:20 PM

kolig i melayu..nama manja dia elizabeth..dia mmg disayangi boss..ada kaitan tak:lol:

TOPwind Publish time 14-8-2021 05:34 PM

kakikuDibibirmu replied at 14-8-2021 01:51 PM
Elisheva ialah bini Zakaria (Happy cock)

boleh berkawan dgn Apamria

samperit Publish time 14-8-2021 06:27 PM

Tipu. ada 1 lagi nama deorg x mention. Najib :lol:

becir Publish time 14-8-2021 06:51 PM

ellejo replied at 14-8-2021 02:23 PM
nama2 fancy akan membuat org syak kau dari ghetto.
contoh nama anak elon yang bongsu. dia ada 7 an ...

Tengokla maknya camne..anak2 dulu maknya orang normal educated kan..lol

azimodin Publish time 15-8-2021 10:58 PM

mclaren replied at 14-8-2021 02:40 PM
Jangan jadi scammer billionaire macam Elizabeth Theranos sudahlah

Baru nak cakap pasal steve job wannabe ni. Dengar citer dia mengandung. Saje je la tu nak tagih simpati sebab ada kemungkinan nak kena penjara kan

mclaren Publish time 15-8-2021 11:01 PM

azimodin replied at 15-8-2021 10:58 PM
Baru nak cakap pasal steve job wannabe ni. Dengar citer dia mengandung. Saje je la tu nak tagih si ...

Last baca yang dia kahwin tu (surprised jugak ada nak kat scammer). Lepas tu tak ikut dah kisah dia. Pregnant ye. Hmm. Ramai je women prisoners delivered behind bars.

gideoncross Publish time 16-8-2021 12:40 AM

TOPwind replied at 14-8-2021 05:34 PM
boleh berkawan dgn Apamria

Nma Apamria tu dh mcm jnama tpung dri Msia thun awl 90an:lol::lol::lol::lol:.

gideoncross Publish time 16-8-2021 12:43 AM

edayildiz replied at 14-8-2021 03:20 PM
kolig i melayu..nama manja dia elizabeth..dia mmg disayangi boss..ada kaitan tak

Hamboi, Mulayu gigih nma Kokesen hahahaha:lol::lol::lol::lol:.

cmf_premierleag Publish time 16-8-2021 07:35 PM

ingatkan nama Lilibet yg femes ;P;P
Pages: [1]
View full version: David, Elizabeth nama popular untuk bayi berpotensi jadi bilionair


ADVERTISEMENT