CARI-MAL Publish time 13-8-2021 10:58 AM

Amboi! Angsa Pun Reti Menunjuk-nunjuk Ya?

Beberapa pakar mendakwa bahawa fotomenunjukkan seekor angsa terbang dalam keadaan terbalik adalah kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada angsa lain, lapor laman metro UK semalam.


Foto angsa tersebut yang dirakam jurugambar amatur, Vincent Cornelissen menunjukkan angsa ituterbang dalam keadaan terbalik di Arnhem, Belanda pada Mac lalu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/13/105737cw5m6eg55oga600j.pngKredit foto: Mirror




Foto tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.


Cornelissen meyakinkan orang ramai bahawa angsa berwarna kelabu gelap itu berada dalam keadaan baik dan hanya cuba membuat kawanannya kagum dengan muslihat yang baru dipelajarinya.


Pergerakan angsa itudikenali sebagai whiffling apabila ia cuba turun dengan cepat dalam pergerakan zig-zag.


Pergerakan itu juga dikatakan merupakan kaedah mempertahankan diri daripada haiwan pemangsa.


“Angsa itu melakukan gaya terbang tersebut untuk mengagumkan kawanannya, seolah-olah ingin berkata ‘Hei, lihatlah saya’.


“Seorang profesor dari Universiti Istanbul turut menyunting gambar saya dengan meletakkan anak panah padanya bagi mengajar pelajarnya tentang aerodinamik,” kata Cornelissen.




Sumber: Kosmo

nakkomenjugak Publish time 13-8-2021 11:05 AM

Riak dan angkuh yachhh angsa ni
Nasib comel so iol maafkan
:P:P:P:P:P:P

krustykrab Publish time 13-8-2021 11:18 AM

Binatang pun dh pandai tiru sifat angkuh manusia...

KIM.K Publish time 13-8-2021 11:18 AM

Hebat la leher dia menten 180 darjah tak goyang pun :D

ahlisihircute Publish time 13-8-2021 11:33 AM

Dahsyat angsa nie....

MissyMolly Publish time 13-8-2021 12:07 PM

Ni tektik nk mengorat nih.. mesti nk show off kat awek kan?? semuga berjaya yach{:run

Fortiori02 Publish time 13-8-2021 12:49 PM

Wah hebatnya, buat backflip sambil pusing kepala

Ayda89 Publish time 13-8-2021 12:50 PM

Disebabkan dia angsa maka boleh dimaafkan perbuatan angkuh beliau haha

MsPercy Publish time 13-8-2021 01:23 PM

"Lihatlah wahai makhluk bumi, aku sekor je boleh buat cenggini. Ko ado? Hahahahaha"

ikanmasin Publish time 13-8-2021 01:33 PM

angsa pun pandai menunjuk2 yer..hehehe

any42 Publish time 14-8-2021 01:50 AM

wahhh mnunjuk2 sape hebat utk pilih siapa lyak jd ketua angsa ke ni.

Burong_Hantuk Publish time 14-8-2021 03:15 AM

Bila angsa naik angin ..better lari jauh2...

Lengkong Publish time 14-8-2021 08:50 AM

mau yang lain jeles ni

pearl.silver Publish time 14-8-2021 01:14 PM

Kucing bw balik khazanah mcm cicak, lipas, burung, pun iols rasa dia nk menunjuk kt kita dan kucing lain kat umh..

Bkn nya nk bg hadiah. Sapa ntah punya teori kata kucing bw balik tu as hadiah kt org.

bebba Publish time 14-8-2021 02:16 PM

Kagum:lol:

gideoncross Publish time 30-9-2021 11:20 AM

Binatang klau show off mmg cute haha, klau mnusia show off mmg iol kahakkn je.

noorhairiahma Publish time 30-9-2021 10:14 PM

Binatang pun ada sifat angkuh.

Orang kalau bersifat angkuh, rasa benci rasa nak tumbuk je.

Tapi kalau binatang angkuh, nampak omelangat
Pages: [1]
View full version: Amboi! Angsa Pun Reti Menunjuk-nunjuk Ya?


ADVERTISEMENT