Raline Publish time 12-8-2021 08:20 PM

Inilah dia RAMLY BURGER berasal dari Perak rupanya

RAMLY RAJA BURGER



Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly Burger.


Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.


Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.


Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak....beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.




Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.

Ramly Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi apabila berkaitan dengan burger.


Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi, Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.


Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.




Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari.

Pada tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.


Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka.

Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.



sumber orangperak
=AZWNI26QGBG8LCf1gFz0yF7g2JS22L-PborjRTBrqsVMuhjPSm68hZH9qP8K4BBhRRn1FJf6hAkvIySK6lrSbJ0zllSHIF5xdIoa4AGLoWzAtwHj-rBXC-bgCFqsyWbgBz5U3Mk9f6vdoF2Yv6YdLwLUc1WqcsQ8JjproKEaQ7-8hHOTOzu2xi7JInbp9grIWFA&__tn__=*NK-R]#PeristiwaNSejarah


KIM.K Publish time 12-8-2021 08:32 PM

Forumer bgtau royal belum resort kat gerik diorg punya

Ayda89 Publish time 12-8-2021 09:36 PM

Burger ramly tetap di hati, puas makan berbanding burger mcd

pengumpulemas Publish time 12-8-2021 10:47 PM

Rindunya nk makan fast food Ramly dkt R&R Gurun :'(burger, fries, lamb chop, wedges, cheesecake dia smua sedappp :'(

awenda507 Publish time 12-8-2021 10:56 PM

Baru siang td mkn burger daging. Yummehh

starzbites00 Publish time 12-8-2021 10:58 PM

Makin byk ramly kuarkan produk termasuklah karipap, samosa, lasagna malah kek pun ada...wah macam2 maju betul...

dua_chzy Publish time 12-8-2021 11:04 PM

Go Ramly Go!

ninnamina Publish time 12-8-2021 11:12 PM

Beger ramly memang best tapi tengok jugak pada tukang buat tu..

delia3003 Publish time 12-8-2021 11:25 PM

Humble sebab dia pernah merasa susah dan perit menapak daripada bawah.

Rindu nak makan burger Ramly gerai tepi jalan.

pomponggurlz14 Publish time 12-8-2021 11:26 PM

KIM.K replied at 12-8-2021 08:32 PM
Forumer bgtau royal belum resort kat gerik diorg punya

perghhh selalu lalu masa nak balik kelantan

pomponggurlz14 Publish time 12-8-2021 11:27 PM

pengumpulemas replied at 12-8-2021 10:47 PM
Rindunya nk makan fast food Ramly dkt R&R Gurun   burger, fries, lamb chop, wedges, cheesecake di ...

tak pernah try sedap semua ke nnti nk singgah

edayildiz Publish time 12-8-2021 11:36 PM

my favourite burger..i lg suka burger ramly tepi jalan dr mcd..btw resto ramly burger nape xbkk byk2 kt bandar bsr..i pernah singgah kat rnr seremban kalau xsilap..sdp sgt beli set ada fries..kt kl ni belah mana la..xpnh nmpak.

sabundettol Publish time 12-8-2021 11:51 PM

Ramly punya produk mmg bagus

Safirania Publish time 12-8-2021 11:58 PM

Burger stall lah best

lasagnaklcc Publish time 13-8-2021 12:17 AM

Selalu beli daging burger dgn minced meat ramly. Tadi ada beli samosa jgk, nak try.

TomyamPuteh Publish time 13-8-2021 12:29 AM

Kedai Ramly kt Bdr Tun Razak tu servis dia hauk.
Berjanggut tggu order. Sedap pnya psl, aku hadap je la.

cucutokwan89 Publish time 13-8-2021 12:34 AM

ninnamina replied at 12-8-2021 11:12 PM
Beger ramly memang best tapi tengok jugak pada tukang buat tu..

Dulu opis lama daku dekat kedai Ramly. Tgk org keluar masuk je especially peniaga2 burger. Stok sentiasa ada. Cuma bab servis menu fast-food yg tak boleh blah, rasa nak cekau je sudip kt tangan diorg tu.. Lemah gemalai

AnnaSendin Publish time 13-8-2021 12:38 AM

Ramly bukan cam vidaloka. Setiap produk nak tempel ropa sheols, setiap iklan nak konker, setiap kompetisyen nak berceramah dengan crown murahan. Produk Ramly tetap masyuk. Tapi iols nak pesan kepada peniaga burger di luar sana, please jangan bubuh sos sampai banjir lembik roti bege iols.

Mulotkoyak Publish time 13-8-2021 12:52 AM

Ayda89 replied at 12-8-2021 09:36 PM
Burger ramly tetap di hati, puas makan berbanding burger mcd

Iols setuju sgt

Normabaru Publish time 13-8-2021 01:01 AM

Banyak pahala dia ni.. Bg org makan.Kaya gila pon xblagak n angkuh mcm certain vip kayangan bodow tu..

Semoga dimurahkan rezeki selalu:$amin
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Inilah dia RAMLY BURGER berasal dari Perak rupanya


ADVERTISEMENT