bukannasigoreng Publish time 12-8-2021 11:09 AM

Solat taubat

Sebenarnya kan, solat taubat boleh je kan baca surah apa-apa je?

sebab pernah terbaca bila google kena macam itu macam ni rasa jadi susah semua tu.

makadek Publish time 12-8-2021 11:39 AM

Mana ada susah
Baca surah lazim dn al fatehah

Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi

Laa ilaaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzoliminbaca ni

Pastu istigfar ..

Kena tidur dulu 2/3 malam
Tgh malam sunyi jam 2 3 4 pagi paling syok
Kau akn rasa damai tenteram
Klu ko betul2 insaf ko akn nangis..

Rilex weh tk susah pn yg susah
Bila nk mulakan dn istiqomah
Mcm ku selalu bangun terkejut bkn nk tahajud:lol:

Solat dhuha /solat sunat siang hari
Mod dia lain macam..kalau sunyi ko tenanglaa

Bagusla kalau ada niat nk taubat


Sekian
Mode setajah
3maal hijrah
Solluallanabi:$

makadek Publish time 12-8-2021 11:45 AM

Aku pn mencari kekuatan utk menahan jari dn hati tk menghencap isu2 kt porem
Tp hati aku masih hitam
Aku taubat tang dosa2 lain dulu
Semoga allah mengampuni dosa silamku

makneng Publish time 12-8-2021 11:45 AM

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-taubat/
Nah ni panduan lengkap. Pi study. Bacaan surah lazim yg mudah.

edayildiz Publish time 13-8-2021 02:11 AM

kaka aritu i ada gugel jgk la cara solat sunat taubat..sempat la buat..still dlm process gituh.sbb i selalu xbgn
jam selalu kunci tp cmnp nk bgn sbb tdo lambert...rasa byk dosa..dah la musim covid..rasa manusia sgt fragile skrg ni..

bukannasigoreng Publish time 13-8-2021 08:55 AM

makadek replied at 12-8-2021 11:39 AM
Mana ada susah
Baca surah lazim dn al fatehah



Thanks. At least ni nampak simple. Bila google macam-macam siap ada surah specific, baru nak bertaubat belum hafal macam-macam surah lagi.

aLieNzDaToR Publish time 13-8-2021 09:20 AM

edayildiz replied at 13-8-2021 02:11 AM
kaka aritu i ada gugel jgk la cara solat sunat taubat..sempat la buat..still dlm process gituh.sbb i ...

ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3 MALAM SAHAJA?

Assalamualaikum ustaz..sy nk tny..benar k solat taubat hanya boleh dilakukan pd sepertiga mlm shj?..boleh kah dibuat lepas solat fardhu?..

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Abu Bakar al-Siddiq radiallahu 'anhu meriwayatkan, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏"‏ ‏.‏ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏:‏ ‏(‏وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ ‏)‏ ‏.‏
Tidaklah seseorang melakukan dosa, kemudian dia bangun mengambil wudhu, kemudian mendirikan solat, kemudian dia memohon keampunan Allah; melainkan Allah akan mengampuninya. Kemudian baginda membaca ayat ini: Iaitu orang-orang yang apabila mereka melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka mengingati Allah lalu mereka terus memohon keampunan untuk dosa-dosa mereka. Siapakah yang dapat mengampuni dosa-dosa itu kecuali Allah? Mereka tidak berterusan melakukan apa yang telah mereka lakukan, dan mereka mengetahui.



Imam at-Tirmizi menyatakan hadis ini hasan. Shaikh Syu'aib al-Arnaouth menyatakan isnadnya sahih. Begitu jua Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih.

Hadis ini menunjukkan pensyariatan solat sunat taubat.

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk jua pada waktu yang dilarang solat. Ini kerana ia merupakan solat Dzawatul Asbab (solat yang mempunyai sebab) sebagaimana solat Tahiyatul Masjid, solat gerhana dan sebagainya.

Wallahua'lam.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

aLieNzDaToR Publish time 13-8-2021 09:27 AM

bukannasigoreng replied at 13-8-2021 08:55 AM
Thanks. At least ni nampak simple. Bila google macam-macam siap ada surah specific, baru nak berta ...

sebenarnya tak ada nas yang sahih berkaitan surah apa yg perlu dibaca untuk solat sunat taubat. Memadai membaca apa2 surah yang ingin dibaca. Walaupon hanya dengan membaca Al-Fatihah pon sudah dikira sah solat jika cukup semua Rukun solat.

Boleh cuba jadikan amalan solat ini setiap hari, bila-bila masa sahaja kerana kita makhluk yang sentiasa berdosa (pesanan untuk diri sendiri {:1_507:}).
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan mendekatkan diri kepadaNya. Amin...

makadek Publish time 13-8-2021 10:23 AM

Solat taubat bila2 masa jer bole buat
Aku buat time dhuha ..malam2 jarang
Biasa terkejut bkn tahajud.

edayildiz Publish time 13-8-2021 11:32 AM

aLieNzDaToR replied at 13-8-2021 09:20 AM
ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3 MALAM SAHAJA?

Assalamualaikum ustaz..sy nk t ...

so blh la buat solat sunat taubat anytime ye? tq ye

Catpaw Publish time 17-8-2021 06:11 AM

Jawapannya iya, solat sunat boleh ja baca apa2 surah.

mbhcsf Publish time 18-8-2021 01:29 AM

bila solat sunat ni....tarafnya sunat , ada surah yg afdhal and kalau nak ikut as read tu okay , tak nak ikut pun tak pe....

u know yg penting dalam fiqg solat ni , just tahu yg basic dulu

solat sunat
solat fardhu

bila mai tang sunat , it is okay to read any surah pun, kalau nak ikut as mentioned lebih baik

kalau rasa susah mudahkan aje ...


yg penting rukun solat kena lengkap...

Pages: [1]
View full version: Solat taubat


ADVERTISEMENT