CARI-MAL Publish time 12-8-2021 09:16 AM

Macam Mana Boleh Lupa Sampai Terperangkap Dalam Kereta Tu?

Hanya kerana sifat ‘pelupa’, seorang pengguna TikTok terkurung dalam keretanya sendiri selama satu jam 30 minit.


Kejadian itu berlaku di sebuah bengkel ketika lelaki berkenaan, Mark Perpose mahu menukar tayar kereta miliknya, lapor Mirror.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/12/091436uzffa34b6z2pbm3f.pngKredit foto: Mirror




Ketika kejadian, Perpose terperangkap dalam kereta sendiri sambil mekanik bertugas langsung tidak menyedarinya.


“Saya terlupa untuk keluar daripada kereta ketika berada di bengkel untuk menukar tayar. Apa boleh buat?” katanya dalam kapsyen video TikTok berkenaan.


Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Perpose akui yang dia perlu keluar daripada keretanya sebelum diangkat mesin hidraulik untuk kerja menukar tayar dibuat.


“Saya patut tukar tayar pada hari berkenaan kerana saya sudah pun kenal mekanik itu. Dia beritahu saya supaya ke kedainya dan sejurus sampai, mekanik berkenaan terus ke kerata saya dan bawa ke tempat penukaran tayar.


“Mekanik berkenaan sudah pun beritahu saya yang saya tidak dibenarkan berada dalam kereta ketika mereka menukar tayar. Tetapi disebabkan saya kurang beri perhatian, saya terlupa apa yang diberitahu.


“Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Kalau terjun, ia akan mematahkan kaki saya. Jadi saya kekal di tempat duduk kerana ketika itu situasinya agak memalukan.”




https://www.tiktok.com/@markperfs/video/6990507903018994950?


Video yang dimuat naik Perpose berjaya menarik ribuan tanda suka dan komen.


“Ia agak kelakar dan begitu menjanggalkan.


“Saya tidak akan tunjuk muka saya di sana lagi,” antara komen pengguna lain di video yang dimuat naik Perpose.




Sumber: mStar

Kurex Publish time 12-8-2021 09:46 AM

Pondan+tiktok=proparina

awekjepun Publish time 12-8-2021 09:53 AM

Masa mekanik nak drive, dia kat sebelah ke? Pelik.. biasanya, terus keluar. Mekanik yg drive. So ni contents punya pasal la kan.. sggup nmpk bodo

nakkomenjugak Publish time 12-8-2021 10:31 AM

bau ikan sungguh

Cik_jantung Publish time 12-8-2021 10:43 AM

Cuba lagi dikk.. yg logik sikit ya

Ayda89 Publish time 12-8-2021 10:58 AM

Yelatuhhhhhhh. Yg yer nya da bepakat dgn pomen sbb nak buat content

MsKathryn Publish time 12-8-2021 11:01 AM

Tipu la ;P

Buritan Publish time 12-8-2021 11:31 AM

nakkomenjugak: bau ikan sungguh[/quote

Sbb cite pondan.. tuko bau air kencing petai

grouper Publish time 12-8-2021 11:53 AM

Bagus la creative sikit content ni...jgn asyik pegi tolong org buat2 sedih

RatuDunia94 Publish time 12-8-2021 01:43 PM

Sebenarnya setiap kali mekanik nk lifting hidraulik jack tu bomeh je nampak dr tepi ada org ke tak dlm kereta.. Then pondan ni sempat je bgtau mekanik tu to stop. so sah2 PROPARIZATIONNNNN

depresio Publish time 12-8-2021 01:52 PM

Propa nak mampus
Orgbyg tak onh mausk bengkel je percaya

LadyCarefree Publish time 12-8-2021 03:02 PM

Demi konten. Siapa percaya sama bodoh.

OyenLemas Publish time 12-8-2021 05:27 PM

content semata2

Belibis Publish time 12-8-2021 07:30 PM

awekjepun: Masa mekanik nak drive, dia kat sebelah ke? Pelik.. biasanya, terus keluar. Mekanik yg drive. So ni contents punya pasal la kan.. sggup nmpk bodo
Kalau terbodo pun kenapa nak rekod?? Nak bagitau rakyat jelata tentang kebodoan diri sendiri??

any42 Publish time 12-8-2021 09:05 PM

tipu eaaaaa
tunjal kepala bru tau

che-cikL Publish time 13-8-2021 02:22 AM

Berita drp negara mana pulak ni?

swimswim Publish time 13-8-2021 12:31 PM

Nak tipu org yg xpernah pergi tukar tayar boleh lah

Burong_Hantuk Publish time 15-8-2021 10:08 AM

Buat content murahennnn kah?
Pages: [1]
View full version: Macam Mana Boleh Lupa Sampai Terperangkap Dalam Kereta Tu?


ADVERTISEMENT