xpdckelate Publish time 11-8-2021 06:42 PM

MotoGP hilang seri tanpa Rossi

London: Juara dunia enam kali Marc Marquez mengakui MotoGP bakal kehilangan seri selepas musuh ketatnya, Valentino Rossi bakal bersara selepas tamat musim 2021.

Minggu lalu legenda MotoGP, Rossi mengumumkan musim ini yang terakhirnya di MotoGP sekali gus mengakhiri 26 kempen kariernya dalam perlumbaan grand prix.

Semalam Marquez berkongsi pandangan mengenai keputusan Rossi itu ketika ditanya Autosport.

"Saya fikir dia mahu terus berlumba setahun lagi bersama pasukannya. Bagi saya ia seperti kami kehilangan sesuatu, kami hilang sebahagian besar daripada MotoGP kerana Valentino menjadi daya tarikan untuk ramai penonton menyaksikan perlumbaan.

''Dia melakukan banyak perkara yang baik di atas trek mahupun di luar trek. Semua orang tahu hubungan peribadi saya dengannya bukanlah yang terbaik kerana masing-masing ada cara sendiri. Tapi kami tiada masalah dan saya akui kami akan kehilangan sesuatu yang besar di MotoGP.

"Sangat bertuah buat MotoGP jika dia masih kekal tetapi jika kita menilai kariernya yang menjangkau 25 tahun ia sangat istimewa, unik dan dia memang legenda.

"Saya ucap tahniah di atas kariernya dan saya harap dia mendapat yang terbaik di masa depan.''

Persaraan Rossi meninggalkan Marquez sebagai tarikan utama di MotoGP menjelang musim 2022 tetapi dia berkata "Saya tidak berasakan tanggungjawab mengambil alihnya daripada Rossi.''

sumber : HMetro

xpdckelate Publish time 11-8-2021 06:44 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rs_1628654095.jpg
MARQUEZ (kiri) akui Rossi (kanan) mempunyai aura tersendiri. FOTO Agensi

honeyvanilla Publish time 12-8-2021 01:20 AM

rajin gk tgk motogp ni sbb abg iolls tgk, kenal yg top 4 je. marquez ni kn yg tolak rossi jatuh masa motogp malaysia tk silap. kelakar dgr rossi speaking. anyway warna mata rossi cantik

adelea Publish time 17-11-2021 01:34 PM

honeyvanilla replied at 12-8-2021 01:20 AM
rajin gk tgk motogp ni sbb abg iolls tgk, kenal yg top 4 je. marquez ni kn yg tolak rossi jatuh masa ...

masa kat sepang yg rossi jatuh tu dah kira part balas dendam :P

punca masa 2015 lagi diorg ni tak ok ...

Tgk ni Rossi tendang marquez sbb marquez dok himpit dia sepanjang race.
MAsa ni rossi tuduh marquez pakat dgn lorenzo tak nak kasi rosi menang title yg ke 10

is-dTkyRejs

adelea Publish time 17-11-2021 01:35 PM

@xpdckelate

lain kali bukak thread motogp, please tag iols ok
selalu terlepas thread

adelea Publish time 17-11-2021 01:38 PM

xpdckelate replied at 11-8-2021 06:44 PM
MARQUEZ (kiri) akui Rossi (kanan) mempunyai aura tersendiri. FOTO Agensi

sebenarnya dua dua sama sama ego , sbb dua dua champion .. iols tak rs rossi tu kisah klu marc break record dia ..

dia macam masalah heart to heart pon ada ;P

honeyvanilla Publish time 18-11-2021 01:45 AM

adelea replied at 17-11-2021 01:34 PM
masa kat sepang yg rossi jatuh tu dah kira part balas dendam

punca masa 2015 lagi diorg ni tak ...

terkejut dapat reply thread lama, lama dah tak tengok motogp sebab dah terminate astro huhu
Pages: [1]
View full version: MotoGP hilang seri tanpa Rossi


ADVERTISEMENT