CARI-MAL Publish time 11-8-2021 04:34 PM

Imam Ni Guna Sabit Je Hasilkan Potret Ronaldo!

Edited by CARI-MAL at 11-8-2021 04:36 PM

Alat seperti sabit, parang dan penyodok sering digunakan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan rumah dan kebun.


Namun siapa sangka, pemuda ini menggunakan alat tersebut untuk menghasilkan sebuat potret dengan begitu mudah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/11/163325yt2ytimmvx9o2qmg.pngKredit foto: TikTok/mStar




Video yang dimuat naik oleh Jefriddin Suliman, 37, berjaya mengagumkan pengguna di TikTok untuk menghasilkan sebuah potret pemain bola terkenal iaitu Ronaldo.


Mesra disapa Jefri, dia mula memuat naik videonya menghasilkan lukisan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu atas dorongan isterinya Dwi Susantie Sumbogo, 31.


Kerana mahukan kelainan, dia menggunakan peralatan seperti sabit, gunting, spanar, playar, garfu, sudu dan macam-macam lagi untuk melukis.




6992912302152453403


"Saya mula buat channel YouTube dan menggunakan alat seperti sabit, gunting, spanar, pelayar, garfu, sudu dan macam-macam lagi, tetapi saya tidak tunjuk wajah sendiri, cuma bahagian kertas sahaja.


"Bila PKP fasa ketiga tu saya cubalah guna alat-alat tadi, tak sangka pula dapat sambutan. Isteri saya kata sayang kalau tak muat naik hasil lukisan di media sosial, jadi dialah yang tolong daftarkan akaun TikTok.


"Memang dari dulu lagi saya terfikir nak buat sebab nampak di YouTube orang luar negara guna teknik melukis sebegitu. Kadang-kadang tu tak berapa nak menjadi, tetapi saya tak pernah putus ada dan berlatih bersungguh-sungguh selama tiga bulan sampailah dapat hasilkan lukisan seperti sekarang," katanya yang menetap di rumah keluarganya bersama isteri di Kampung Rancangan Klias, Beaufort, Sabah.


Jefri yang bekerja sebagai seorang imam Rawatib Kampung Tebuk, Beaufort, memberitahu dia minat melukis sejak sekolah rendah lagi kerana terikut dua abangnya iaitu Mat Jari, 51 dan Mat Nazri, 39, yang suka melukis.




6994712554878553370


Sebelum mencuba melukis potret dengan teknik yang agak luar biasa ini, Jefri pernah melukis mural, pemandangan, landskap, kartun, anime dan doodle art.


"Masa yang diambil untuk menghasilkan lukisan seperti di TikTok itu bergantung kepada saiz kertas dan warna yang digunakan. Selalunya dalam satu hingga tiga jam dan boleh siap, tapi kalau ada guna warna tu dalam empat hari baru siap.


"Saya campak-campak dahulu bahan yang hendak digunakan pada kertas, kemudian bila dah kering baru saya buat draft lukisan di atas kertas tersebut untuk menghasilkan satu potret.


"Bagi saya, setiap lukisan yang dihasilkan itu mempunyai cabarannya tersendiri. Waktu nak campak-campak bahan tu memang kena jadi kreatif dan gunakan imaginasi sendiri," ujarnya yang juga guru agama di Sekolah Agama Negeri Kampung Kelias, Sabah.


Anak ketujuh daripada lapan beradik itu memberitahu lukisan yang dihasilkannya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang, namun dia juga ada mengambil tempahan lukisan dan menjualnya pada harga yang bersesuaian dengan saiz yang ditempah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/11/163323vcwvf66fsgw6m6fz.jpgKredit foto: mStar




"Harganya pula bergantung kepada saiz dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan lukisan tersebut.


"Ada juga yang buat tempahan termasuk rakaman sewaktu proses melakukan lukisan tersebut. Kalau saiz A4 harganya dalam RM100, bagi lukisan sebesar A3 pula antara RM100 hingga RM200 dan untuk saiz A2 adalah dalam lingkungan RM200 hingga RM300.


"Selepas ini saya merancang untuk membuat sesi live bagi mereka yang mahu melihat dan belajar bagaimana untuk melukis seperti saya. Sebenarnya semua pandai melukis, tetapi kena ada minat dan selalu berlatih melukis pelbagai benda.


"Kalau boleh kita gunakan kreativiti dan imaginasi sendiri dan elak meniru hasil lukisan orang lain. Sebaliknya, gunakan kebolehan yang Allah telah berikan kepada kita sebaik mungkin," katanya.




Sumber: mStar

Skuau Publish time 11-8-2021 04:47 PM

nma bini cm dr indon jer..

any42 Publish time 11-8-2021 06:13 PM

kreatifnya

Kurex Publish time 11-8-2021 07:59 PM

Baguslah......

Ayda89 Publish time 11-8-2021 08:04 PM

Wow hebatttt. Sangat kreatif ya

acikhan Publish time 11-8-2021 08:45 PM

Skuau replied at 11-8-2021 04:47 PM
nma bini cm dr indon jer..

org jowo malaysia kot uu

Olumis Publish time 5-9-2021 11:47 PM

Ingatkan dkt Indon tadi... rupa2nya kita2 juga baini. Nama bini tu menyebabkan I terpedaya.

JohnyEnglish Publish time 6-9-2021 01:33 PM

x sangka Jepridin hebat melukis dan menyanyi

dua_chzy Publish time 6-9-2021 04:58 PM

Dunia ni ramai bad ass unsung heroes sebegini.

Tapi bbnu pujq sapa? Tik tokers tahi takda talent lansung tapi berjuta tololwers. Pfffttttt

dua_chzy Publish time 6-9-2021 05:00 PM

Skuau replied at 11-8-2021 04:47 PM
nma bini cm dr indon jer..

Memang ndon tu.

iminidin Publish time 7-9-2021 12:05 PM

wow. anda memang haibatt...
Pages: [1]
View full version: Imam Ni Guna Sabit Je Hasilkan Potret Ronaldo!


ADVERTISEMENT