xpdckelate Publish time 11-8-2021 08:41 AM

Manfaat teknologi, proses serta kepakaran Cisco

CISCO Systems Malaysia (Cisco), peneraju teknologi dalam keselamatan siber dan rangkaian internet memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CyberSecurity Malaysia (CSM), agensi pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

MoU itu bagi menyemarakkan kerjasama dalam penyelidikan, kemajuan serta perkongsian maklumat dan pengetahuan antara Cisco dan CSM, sekali gus memperkukuhkan kemampuan keselamatan siber di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, menerusi kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia, Malaysia dapat memanfaatkan teknologi, proses dan kepakaran Cisco.

"MoU ini akan melengkapkan usaha strategik kami dalam menaik taraf keupayaan keselamatan siber bagi mempersiapkan Malaysia ke arah ekonomi digital yang boleh dipercayai, terjamin dan berdaya tahan," katanya dalam satu kenyataan.

MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Ts Dr Haji Amirudin Abdul Wahab dan Pengarah Urusan Cisco, Hana Raja.

Hadir sama, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D McFeeters dan Presiden Cisco Systems Asia Tenggara, Naveen Menon.

Inisiatif yang bakal dilancarkan menerusi perjanjian berkenaan termasuk komitmen untuk mengembangkan perisikan ancaman global dan perkongsian pengetahuan, selain memacu kemahiran dan kemajuan tenaga kerja keselamatan siber di Malaysia.

Sementara itu, Hana Raja berkata, sebagai rakan kongsi yang komited kepada negara, pihaknya akan terus memainkan peranan untuk menyokong perjalanan digital Malaysia dan pelbagai aspek pendigitan termasuk keselamatan siber.

"Pengumuman hari ini menegaskan komitmen jangka panjang Cisco untuk memacu Malaysia sebagai ekosistem yang selamat, bagi meningkatkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi serta peluang sosial yang lebih inklusif.

"Kami teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dan kerajaan Malaysia untuk berkongsi kepakaran kami dalam bidang ini," katanya.

sumber : HMetro

xpdckelate Publish time 11-8-2021 08:42 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/10hm27zuuu_1628549715.jpg
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Pages: [1]
View full version: Manfaat teknologi, proses serta kepakaran Cisco


ADVERTISEMENT