lonso Publish time 9-8-2021 04:12 PM

Wahai Pemimpin


Wahai pemimpin adakah kau tahu di kala ini rakyatmu serba ketidakcukupan,
Wahai pemimpin adakah kau tahu di kala ini rakyatmu menderita kelaparan mengumpul sen dijalanan,
Wahai pemimpin tidakkah kau malu bercakaran seperti kera yang lapar makanan,
Wahai pemimpin turunlah kebawah melihat masalah..
rakyatmu sakit, rakyatmu tidak makan, rakyatmu tidak ada duit nak bayar keperluan,
Adakah kami perlu merayu, melutut kepadamu pemerintah untuk peduli nasib kami.
Atau adakah kami perlu menadah tangan ke langit supaya dirikau dibolak dan digolek-golek,
Mahukah kalian digulingkan dek kerana kesabaran kami yang tiada lagi,
Sanggupkah kamu menjawab disana apa yang kau perlakukan kepada kamu di sini,

Pekakkah, butakah mata dan hati kamu,
Atau kamu lena dan dibodoh-bodohkan oleh kuasa dan harta,
Pemimpin ada antara mahraen ini tak mampu bayar sewa rumah, tak mampu bayar mobil,
Dah berbulan tidak bekerja... apa yang kami ingin makan apa yang kalian dapat bagi.
Sanggupkan kalian memperjudikan harta kalian..
Pemimpin jangan sampai kamu tidak sempat meminta maaf kepada kami dek kerana ke bodoh sombongan kalian yang hanya melepaskan diri sendiri..

Pages: [1]
View full version: Wahai Pemimpin


ADVERTISEMENT