Tinot7 Publish time 9-8-2021 02:09 PM

Mitos Ireland: Anak2 Lir

Kisah tragis tentang anak-anak Lir. Ada beberapa versi cerita mitos ni tetapi semuanya berakhir dengan tragis.


Pada suatu ketika dahulu, Bodb Derg terpilih menjadi raja Tuatha Dé Danann. Lir bengang dan taknak bersumpah taat pada Raja yang baru. Untuk menenangkan Lir, Bodb tawar salah seorang anak perempuannya, Aoibh, untuk berkahwin dengan Lir dalam perkahwinan. Lir bersetuju dan dengan ini mengakhiri perselisihan diorg.


Aoibh melahirkan 4 orang anak dengan Lir; seorang anak perempuan (Fionnghuala) dan tiga orang anak lelaki, Aodh dan sepasang anak kembar, Fiachra and Conn. Selepas kelahiran anak kembar lelaki, Aoibh meninggal dunia, menyebabkan Lir berdukacita. Lantas, Bodb menghantar anak perempuannya, Aoife, untuk berkahwin dengan Lir.


Tidak lama kemudian, Aoife merasakan iri hati terhadap anak-anak tirinya. Lir sangat sayang kepada anak-anaknya sehinggakan timbul bibit-bibit cemburu di hati Aoife.


Aoife berpura-pura sakit selama setahun tetapi tidak dapat membuang rasa kasih sayang Lir terhadap anak-anaknya. Tanpa putus asa, Aoife membawa anak-anak tirinya ke suatu tempat untuk dibunuh oleh orang gaji tetapi tidak ada seorang pun orang gaji yang sanggup membunuh kanak-kanak tersebut. Dalam kemarahannya, Aoife menghunus pedangnya dan cuba membunuh anak-anak Lir tetapi tidak sanggup pula.


Aoife tidak kematian akal. Dia membawa anak-anak Lir ke tasik Dairbhreach. Ketika kanak-kanak tersebut bermandi-manda, Aoife menjampi mereka supaya menjadi burung swan/angsa putih. Walaupun cemburu, Aoife masih membenarkan mereka untuk mengekalkan kebolehan mereka untuk bercakap dan menyanyi. Anak-anak Lir perlu menjadi burung swan selama 300 tahun di tasik Dairbhreach, 300 tahun di Sruth na Maoilé, dan 300 tahun di Iorrus Domnann dan Inis Gluairé. Sumpahan mereka akan berakhir apabila Lairgenn (cicit raja Connacht), berkahwin dengan Deoch (cicit raja Munster).


Sejurus selepas itu, Aoife pergi ke istana ayahandanya, Bodb. Bodb meminta untuk berjumpa dengan cucu-cucunya tetapi Aoife berkata yang Lir tidak membenarkan budak-budak itu keluar istana Lir. Bodb berasa sangsi dan menghantar utusan kepada Lir.


Apabila orang utusan Bodb tiba ke istana Lir, Lir berasa dukacita kerana syak Aoife telah melakukan sesuatu kepada anak-anaknya. Dia pergi ke tasik Dairbhreach dan bertemu dengan burung-burung swan yang boleh bercakap dan menyanyi dengan suara manusia. Mereka menceritakan apa yang berlaku. Lir ke istana Bodb dan memberitahu angkara Aoife. Dengan penuh murka, Bodb menyumpah Aoife menjadi setan udara. Aoife menghilang mengikut kabus malam...


Semenjak itu, rakyat Erin diperintahkan tidak boleh membunuh burung swan. Anak-anak Lir menjalani hidup 300 tahun di tasik Dairbhreach, 300 tahun di Sruth na Maoilé, dan 300 tahun di Iorrus Domnann dan Inis Gluairé. Dalam tempoh masa itu, anak-anak Lir pulang ke istana Lir tetapi mendapati tumbuhan melata di situ. Ketika itu, barulah mereka sedar ayahanda mereka, Lir, telahpun mangkat.


Sembilan ratus tahun berlalu, burung-burung angsa tersebut kini berada di Inis Gluairé. Mereka terdengar bunyi loceng menandakan kedatangan St Patrick ke Ireland. Mereka bernyanyi dan nyanyian diorang didengari sami. sami tersebut membawa diorang pulang untuk dijaga. Berita kedatangan burung-burung swan yang boleh bercakap ini tiba ke Deoch (bini raja Connacht). Deoch nak burung-burung swan tersebut dan Lairgenn (raja Connacht) beserta hulu balang ke rumah sami tersebut. Apabila Lairgenn nak terkam burung-burung swan tersebut, gumpalan kabus menyelubungi mereka, dan apabila kabus itu beredar, tinggallah empat orang kanak-kanak di situ. Kanak-kanak tersebut bertukar menjadi tua dalam beberapa minit. Tinggallah empat orang tua (seorang perempuan tua dan 3 orang lelaki tua) di rumah sami itu, dan mereka yang bakal menempuh mati tidak lama lagi. Menyedari bahawa mereka tidak akan hidup, sami tersebut membaptis mereka.


Melihatkan burung-burung swan tidak ada lagi, Lairgenn dan hulu balangnya meninggalkan rumah sami itu.


Sejurus setelah dibaptis, anak-anak Lir semuanya meninggal dunia dan dikebumikan. Itulah kisah tragis anak-anak Lir.



Gambar The Children of Lir di Garden of Remembrance, Dublin.

Tinot7 Publish time 9-8-2021 02:09 PM

mw1gOPgDM0c

Tinot7 Publish time 9-8-2021 02:14 PM

sz_yu9zualw

Silent O Moyle or the Song of Fionnuala


Silent, oh Moyle, be the roar of thy waters
Break not ye breezes, your chains of repose
While murmuring mournfully Lir's lonely daughter
Tells to the night star her tale of woes
When shall the swan, her death note ringing
Sleep with the wings in darkness furled?
When will heav'n, its sweet bell ringing
Call my spirit from this stormy world?
Sadly, oh Moyle, to thy winter wave weeping
Fate bids me languish long ages away
Yet still in her darkness doth Erin lie sleeping
Still doth the pure light its dawning delay
When will the day star mildly springing
Warm our isle with peace and love?
When will heav'n, its sweet bell ringing
Call my spirit to the fields above?
Call my spirit to the fields above?

Tinot7 Publish time 9-8-2021 02:16 PM

hROVjj0fX84


Tinot7 Publish time 9-8-2021 02:17 PM

https://blog.eftours.com/tours/dublins-garden-of-remembrance


The Children of Lir in Dublin’s Garden of Remembrance

Dublin’s Northsiders have traditionally been the subject of jokes from their Southside neighbors. South of the River Liffey you find Trinity College, Grafton Street, the National Gallery, Museum of Ireland and much more. North of the river, there’s not quite so much. The banter between the two sides is lighthearted but the north side has some things to be rightly proud of. Possibly my favorite site to see while traveling around Dublin is the Garden of Remembrance which is located in Parnell Square just across the street from the Dublin City Gallery and the Writers Museum.Fifty years after the 1916 Easter Rising the garden was opened by three-time President Eamon De Valera in honor of all those who died in pursuit of Irish independence. As you enter the garden your eyes are immediately drawn to the large Children of Lir sculpture at the far end of the garden with the Irish Republic flag waving above it.
The sculpture was created by the artist Oisin Kelly as a sign of rebirth and resurrection. The Irish legend is the story of Lir who was outraged after Bodb Derg was elected king of the Tuatha Dé Danann. In an effort to please Lir the new king sent one of his daughters, Aoibh, to be Lir’s wife. After having four children Aoibh dies leaving her husband and children distraught. Bodb Derg sends a second daughter, Aoife, to be Lir’s new wife. Angry and jealous over the children’s love for their father and dead mother, Aoife unsuccessfully plots to kill the children. Instead she chooses to magically turn them into chained swans waiting 900 years for freedom. When the curse is finally lifted and the chains are broken the children are again human but old and withered, symbolizing Ireland’s long fight for freedom.
Left of the statue is a poem written by Liam Marc Uiarin in traditional aisling style. Titled We Saw a Vision the poem furthermore illustrates Ireland’s dream and path to successfully attaining their independence.


We Saw A VisionIn the darkness of despair we saw a vision,
We lit the light of hope and it was not extinguished.
In the desert of discouragement we saw a vision.
We planted the tree of valour and it blossomed.
In the winter of bondage we saw a vision.
We melted the snow of lethargy and the river of resurrection flowed from it.
We sent our vision aswim like a swan on the river. The vision became a reality.
Winter became summer. Bondage became freedom and this we left to you as your inheritance.
O generations of freedom remember us, the generations of the vision.

spankee_fili Publish time 23-8-2021 01:18 PM

Kabus tu mak tiri dorang ke? Ataupun kabus tu tanda berakhirnya sumpahan?
Sedihnya, cemburu seorang isteri padehal dia sendiri tak sampai hati nak sakitkan budak2

Tinot7 Publish time 23-8-2021 01:44 PM

spankee_fili replied at 23-8-2021 01:18 PM
Kabus tu mak tiri dorang ke? Ataupun kabus tu tanda berakhirnya sumpahan?
Sedihnya, cemburu seorang ...

Kabus mai menyelubungi deme sbb nak kaver aksi pertukaran dari rupa burung kepada manusia..

mjgeSxMcojc

Giteww...

spankee_fili Publish time 23-8-2021 01:54 PM

Tinot7 replied at 23-8-2021 01:44 PM
Kabus mai menyelubungi deme sbb nak kaver aksi pertukaran dari rupa burung kepada manusia..




Ahhh gitu
Thanks Tinot
Musim berkampung kat bod sini, penat baca CI ngan gosip :lol:

Tinot7 Publish time 23-8-2021 01:56 PM

spankee_fili replied at 23-8-2021 01:54 PM
Ahhh gitu
Thanks Tinot
Musim berkampung kat bod sini, penat baca CI ngan gosip

You are welkam.. kalau rajin, bukak la benang.. hehe
Pages: [1]
View full version: Mitos Ireland: Anak2 Lir


ADVERTISEMENT