CARI-MAL Publish time 6-8-2021 12:07 PM

Makanan Manis Seperti Madu, Nutella Tak Dapat Sambutan Di Restoran Semut

Edited by CARI-MAL at 6-8-2021 12:30 PM

Seorang pemilik akaun di laman TikTok menarik perhatian umum apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang dibina di atas sebuah kadbod, lapor Suara.com.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/06/120558ram6u0zekvmjexm6.png



Menerusi akaun @antrestaurants, rakaman video memaparkan sekeping kadbod yang diletak di atas tanah tertera tulisan ‘Restoran Semut’ dan lapan jenis makanan yang biasa dikerumuni serangga itu.


Antara makanan yang diletak pada kadbod itu adalah keju, madu, sirap, coklat Nutella dan agar-agar manis.


“Ternyata menu paling popular di restoran ini adalah keju kerana ia paling banyak dikerumuni ‘pelanggan’.


“Makanan manis seperti madu dan Nutella seperti tidak mendapat sambutan hangat,” tulis keterangan video.




6990983529010105601


6991271926740143361


Idea kreatif pemilik akaun itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pelbagai idea untuk pembukaan ‘cawangan’ baharu.


“Jangan lupa buka restoran untuk buaya ya. Nanti saya suruh bekas kekasih (buaya merujuk kaki perempuan) datang makan di situ,” tulis seorang pengguna media sosial.




Sumber: Kosmo

uori Publish time 6-8-2021 12:13 PM

Kreatipppp

{:smile

nakkomenjugak Publish time 6-8-2021 12:31 PM

hahaahhaha macam2 hal

Tinot7 Publish time 6-8-2021 12:36 PM

Tingat kat anak buah yg kaki main game. Kecik2 dia suka main game bina kafe.. haha

LH76 Publish time 6-8-2021 12:42 PM

Bestnya semut dpt mkn free direstoran :lol:

Gomea Publish time 6-8-2021 12:54 PM

Kalau madu asli memang semut tak makan kan?

OyenLemas Publish time 6-8-2021 01:01 PM

ade je semut tuu. tp masa semut tu makan madu & nutella tu. time tu. camera dah off.

doubleharmonic Publish time 6-8-2021 01:02 PM

semut tak nak order air ke? tak tercekik ke melantak nutella madu keju bagai?

LadyCarefree Publish time 6-8-2021 01:15 PM

Madu tu asli lahtu semut xmakan.

Zaien Publish time 6-8-2021 01:37 PM

hHHAHAHAHahaha.. restoran semut eyy

any42 Publish time 6-8-2021 02:17 PM

klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. klau mkn gula2 nmpak semut mesti bg sikit kt semut. kje bdk2 ni la ttiba jd byk semut kt rumah. :L

xastor9 Publish time 6-8-2021 04:41 PM

ada jenis-jenis semut memang tak suka gula sangat. kadang-kadang tu bahan-bahan lain macam kekacang, biskut yang diorang kerumun..

komotthecat Publish time 6-8-2021 04:46 PM

Salah eja ke?

MissyMolly Publish time 6-8-2021 06:47 PM

any42 replied at 6-8-2021 02:17 PM
klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. k ...

Hahaa lawak weh.. kena bina resto semut jugak la mcm ni

MissyMolly Publish time 6-8-2021 06:49 PM

xastor9 replied at 6-8-2021 04:41 PM
ada jenis-jenis semut memang tak suka gula sangat. kadang-kadang tu bahan-bahan lain macam kekacang, ...

Kena tukar la pepatah. Mati semut kerana kejuuuuu

Artemesiaa Publish time 6-8-2021 07:01 PM

Semut pun dah mula bimbang akan pengambilan gula mungkin

Itzy Publish time 6-8-2021 07:19 PM

any42: klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. klau mkn gula2 nmpak semut mesti bg sikit kt semut. ...

hahahh aku nak tergelak baca ayat last ko.

bintangct Publish time 6-8-2021 08:31 PM

Semut kat umah aku ni suka benor air kosong.. pg2 nk masak air mesti ada semut mati dalam cerek tu.. pelik iols

jas7512 Publish time 6-8-2021 08:41 PM

bintangct replied at 6-8-2021 08:31 PM
Semut kat umah aku ni suka benor air kosong.. pg2 nk masak air mesti ada semut mati dalam cerek tu.. ...

Btl. Sama mcm i..adakah air suam yg dikerjakan..geram btl...org nak.minum air pun x sng

cyber_mania Publish time 6-8-2021 10:50 PM

Lain jenis semut akan suka makanan yg lain.
Hahahaha
Dulu pun aku pernah buat ujikaji mcm ni. Tapi xde la buat serentak mcm dia ni, siap namakan ants restaurant.

Eh mat salleh pun salah eja restaurant?
Pages: [1] 2
View full version: Makanan Manis Seperti Madu, Nutella Tak Dapat Sambutan Di Restoran Semut


ADVERTISEMENT