Raline Publish time 5-8-2021 06:27 PM

Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau

Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau




Ikan keli kalau makan dengan nasi panas-panas memang umphh! Lagi-lagi kalau ia digoreng garing, confirm makan licin sampai ke tulang!

Tapi jika salah teknik menyiang, ikan keli akan menjadi hanyir dan berbau ketika sedang dimasak atau ketika makan.

Rupanya ada ‘bendalah’ yang perlu dibuang pada ikan keli itu yang ramai tak tahu. Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Aris Farhan. Jom lihat perkongsian oleh beliau di bawah untuk mengelakkan ikan keli berbau hanyir.

Cara Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau
Berikut adalah perkongsian oleh Aris Farhan:

https://media.myresipi.com/2021/08/cara-elak-ikan-keli-hanyir-9-e1628146617929-210x300.jpg

Pagi ahad yang barakah ini, abang nak kongsi pada kalian khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya.

Buat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya , pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.

Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.

Jadi, kalian boleh tengok cara-cara menyiang ikan keli ini pada gambar dibawah. Tetapi ingat, jangan engkau cari bendalah hanyir tu dalam ikan yang tidak ada kena mengena seperti ikan Nun, mahu sebesar rumah bendalah hanyir tu. Kahkahkah.

Cara sebenar siang ikan keli:
Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.

https://media.myresipi.com/2021/08/cara-elak-ikan-keli-hanyir-2-e1628146412330-210x300.jpg

Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian. Hahaha.

Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.

https://media.myresipi.com/2021/08/cara-elak-ikan-keli-hanyir-3-1-e1628146691783-210x300.jpg

Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.

Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.

https://media.myresipi.com/2021/08/cara-elak-ikan-keli-hanyir-4-1-e1628146565718-210x300.jpg

Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh. Hahaha.

https://media.myresipi.com/2021/08/cara-elak-ikan-keli-hanyir-5-e1628146250615-210x300.jpg

Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.

https://media.myresipi.com/2021/08/cara-elak-ikan-keli-hanyir-7-206x300.jpg

Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya. Haha.

https://media.myresipi.com/2021/08/cara-elak-ikan-keli-hanyir-8-198x300.jpg

Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!

Kredit: Aris Farhan Yb

Lengkong Publish time 5-8-2021 06:44 PM

tq tt info {:thumbo


marla69 Publish time 6-8-2021 02:07 PM

Dulu my favorite tapi sekarang tak mkn keli sebab ikan keli mkn semua benda..

rainbowrainz Publish time 6-8-2021 02:20 PM

Tenkiu tt info.. sedapppp nyaaa masak berladoe

mrsbale Publish time 6-8-2021 03:05 PM

Wow walaupun xpnah dan xakan siang ikan ni but still informasi berguna
{:1_132:}
Tq tt

None68 Publish time 6-8-2021 03:13 PM

Dah biasa siang ikan ni..betul tu.

mclaren Publish time 6-8-2021 03:49 PM

Dalam hidup pernah dua kali beli keli segar.

First time siang keli uwekkkk bau busuk ya amat perut dia.Fikir, maybe batch ni jenis busuk kot. Bila dah masak takde bau busuk tu.

Tahun depan beli lagi. Pun same case. Loya rasa siang keli. Masa kecil memang mak ada cerita keli suka makan najis. Tapi ingatkan mak saja2 usik.
Lepas dua kali experience siang keli, tak beli dah fresh or cooked.

edayildiz Publish time 6-8-2021 03:49 PM

tak pnh mkn ikan keli ..dan i rasa xkn siang jgk ikan ni..xtau la nnti kot dh kawin laki nk mkn ikan keli..tq tt for sharing:lol:

Tinot7 Publish time 6-8-2021 04:46 PM

Iols suka mkn.. aritu beli, tak ingat dah kena siang ke belum.. nnt iols nak goreng, iols cek.. tengkiu, TT. Info berguna.

krustykrab Publish time 6-8-2021 05:14 PM

Betul ...aku suka mkn ikan keli..dulu selalubeli..mg akn bunag 2 biji darah beku tu..yg tu jgk yg buat ikan meletup2 dlm kuali

oggy Publish time 6-8-2021 05:49 PM

Ya memang begitulah yg aku buat.. tak susah pun nak tekan bagi keluar benda tu.
Biasanya kalau nak bersihkan ikan keli ni, aku akan masukkan ke dalam freezer bagi beku dulu satu malam.
Esoknya bila nak bersihkan, bila rendam air tu, dia defrost dengan lendir2 tu sekali tanggal.
So dah senang sikit, tinggal handle buang part2 hanyir je. Pastu bersihkan dengan tepung, sekejap dah settle.

grouper Publish time 6-8-2021 06:19 PM

Ikan keli afrika pun sama ke..yg saiz gerabak tu

meisapoya Publish time 6-8-2021 07:16 PM

Edited by meisapoya at 6-8-2021 07:19 PM

Rindu pulak dulu bila balik kampung mesti beli keli bendang hidup berkilo2. Pastu bapak2 sedara siang. Nenek masak 2, 3 menu ikan tu. Heaven gila masa tu.

Sekarang haram tak makan sebab tahu keli kolam. Masak sendiri x rajin :lol:

Wek_omeh Publish time 19-8-2021 08:05 PM

Terima kasih info..tapi biasa beli ikan keli dah siap siang n cuci bersih,setakat ni mmg xde bau n rasa hanyir

kitmal9545 Publish time 30-8-2021 09:32 PM

TQ...sedap masak berlada....

ghalibboy Publish time 5-9-2021 04:03 PM

We all ada bela ikan keli sikit di dalam tangki air lama, so memang makananya terjaga dan air dlm container tu selalu diganti. Kalau bersihkan ikan keli, atau apa2 ikan pun memang I akan buang semua darah beku dan darah hitam. Kemudian rendam dgn air limau supaya hilang hanyir. Kemudian tos hingga kering, baru simpan dlm freezer

klutzyturtle Publish time 8-9-2021 12:52 PM

Terima kasih atas perkongsian ilmu

Guli Publish time 21-9-2021 12:13 AM

Sedap makan ikan Keli ni tapi tula makan kat kedai jer nak masak tak berapa pandai sangat.
Pages: [1]
View full version: Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau


ADVERTISEMENT