CARI-MRO Publish time 5-8-2021 12:41 PM

Ibu Bapa Dijangkiti Covid-19, Dayah Bakar Cuba Bertenang Dari Australia

Pengacara Dayah Bakar yang kini berada di Canberra, Australia hanya mampu berdoa dan menunggu perkembangan terkini daripada ahli keluarga berhubung keadaan kedua ibu bapanya yang positif Covid-19.


Dayah berkata, dugaan yang dilalui ketika ini sememangnya tidak mudah apatah lagi berjauhan dengan ahli keluarga tercinta.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/05/124135tef6azbzvv5ab7qe.pngFoto: IG




"Memang ini adalah waktu yang sukar bila berjauhan. Tapi apa yang mampu hanyalah berdoa dan menunggu perkembangan terkini setiap hari.


"Memang sedih, rasa tak menentu memikirkan mereka sebab dah berumur dan dijangkiti wabak Covid-19.


"Tapi saya cuba untuk bertenang dan kuatkan semangat supaya saya boleh beri mereka sokongan untuk melawan penyakit ini," katanya kepada Harian Metro.




https://www.instagram.com/p/CR8bRfghcpd/


https://www.instagram.com/p/CSHKpRxlnpk/


Menurut Dayah, bapanya, Abu Bakar Johar, 68, kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Selangor dan dipantau ketat oleh doktor.


"Ayah sekarang berada di ICU dan dipantau ketat oleh pihak hospital.


"Ibu pula sudah dibenarkan pulang dari hospital dan menjalani kuarantin di rumah," katanya.




https://www.instagram.com/p/CRiIzwSLdHm/


Ditanya bagaimana kedua ibu bapanya dijangkiti wabak berkenaan, Dayah memilih untuk tidak menjawab soalan terbabit.


"Saya pilih untuk tidak jawab soalan ini ya, sebab tiada kepastian," katanya.




https://www.instagram.com/p/CQvv-ywL29A/


Terdahulu Dayah memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibu dan bapanya yang disahkan positif Covid-19 lima hari lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro

nakkomenjugak Publish time 5-8-2021 01:14 PM

moga cepat sembuh kedua2 nya

dreamcatcher Publish time 5-8-2021 01:22 PM

.. benda paling menakutkan bila kita jauh dari parent kemudian parent pulak x sihat:'(

OyenLemas Publish time 5-8-2021 01:36 PM

semoga sihat makpak nyaa. untung laaa duk sana. takyah pakai mask hhuhuhu

Whitepinkrider Publish time 5-8-2021 02:02 PM

semoga dipermudahkan

Olleo Publish time 5-8-2021 02:04 PM

Semoga dibeerikan syifa utk kedua org tua Dayah dan seluruh ummat Islam yg sedang bertarung dengan jangkitan wabak ni.
Stay safe semua.

awenda507 Publish time 5-8-2021 02:05 PM

Moga parents dayah cpt2 sht dan dipermudahkan urusan

mmett Publish time 5-8-2021 10:16 PM

Semoga cepat sembuh semula

fleurdelis Publish time 5-8-2021 10:30 PM

Semoga cepat sembuh buat kedua ibu bapa Dayah Bakar. Iols boleh imagine keresahan hati jauh dari parents bila parents sakit. Sedih betul

Nham22 Publish time 5-8-2021 11:13 PM

Iolss xnak komen pasal parent dayah.. Tp iolsss nak, komen pasal laki dayah ni... Die sejenis melayan jua dayah nak show off relationshipgoal... Ingatkan kalau askar jenis seganla nak showw off gmbr2x loving2x kat socmed... Kotla askat ade standard or polisi depa sendirik....

kuchenta_81 Publish time 6-8-2021 02:28 AM

Nham22 replied at 5-8-2021 11:13 PM
Iolss xnak komen pasal parent dayah.. Tp iolsss nak, komen pasal laki dayah ni... Die sejenis melaya ...

Demi content isteri agaknya. Tapi setakat ni masih boleh diterima jugak laa dia pun bukan jenis mesra alam, nampak akward juga.

akumak Publish time 6-8-2021 08:05 AM

Aku pun nak off topic jap. Dia ni mcm ada org ketiga yg rajin ambil gmbr dia kan? Dari 1st day dia jumpa husb lg mcm ada cameraman mengikut

biozipstar Publish time 6-8-2021 01:03 PM

tapi ramai nau nau yg mengeshipkan dayah bakar n laki sehingga menjadikan mereka idola. ingat tau idola sederhana saja. jangan taksub. silap haribulan kalau dia ada buat salah yg memang salah, kau dah tak nampak!
Pages: [1]
View full version: Ibu Bapa Dijangkiti Covid-19, Dayah Bakar Cuba Bertenang Dari Australia


ADVERTISEMENT