R2D2 Publish time 5-8-2021 12:18 PM

Buat barang kraf tangan guna garfu ja

mstar.com.my
Semak mata tengok sudu, garfu tak cuci... sekali muncul gah ‘burung besi’, harga paling kurang 4 angka – “Kalau ratus-ratus simpan dulu”
Khamis, 05 Ogos 2021 12:00 PM
4-5 minutes

SIAPA sangka terperap lama berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membuahkan hasil yang sangat kreatif.

Begitulah yang dikongsi seorang pemuda selepas video dirinya menghasilkan replika 'burung helang' yang diperbuat daripada besi, meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Jika meneliti video berdurasi 23 saat itu, replika tersebut sebenarnya dibentuk daripada sudu dan garfu yang disusun cantik dan kemas, sungguh luar biasa!

Pemuda berkenaan, Mohd Iqbal Muqri Mohd Noor berkata, lokasi kediamannya di mukim Kuala Dungun di Terengganu dikenakan PKPD sejak 21 Julai hingga 3 Ogos, dan kini dilanjutkan selama dua minggu lalu sehingga 16 Ogos.

Sepanjang tempoh PKPD, dia yang mengusahakan bisnes kimpalan (welding) terpaksa menutup bengkelnya yang baru beroperasi lebih setahun lalu.

"Tak ada buat untuk sesiapa pun, sekadar suka-suka. Sekarang tempat saya dikenakan PKPD, tak boleh nak bergerak, tak boleh buat kerja... tak boleh nak bergerak ke mana-mana.

"Boring duduk saja di rumah tak ada kerja, carilah kerja... maka jadilah sekor burung tu yang diperbuat daripada sudu dan garfu. 100 peratus welding, tak pakai gam," katanya kepada mStar.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/08/05/1244566.jpg
Dihasilkan menggunakan kira-kira 90 batang sudu dan garfu.

Anak muda berusia 24 tahun itu berkata, dianggarkan kira-kira 90 campuran sudu dan garfu digunakan untuk menghasilkan burung besi tersebut.

"Saya guna sudu dan garfu baru dan terpakai. Saya mengambil masa antara empat hingga lima hari kerana saya melakukannya seorang diri.

Sekarang tempat saya dikenakan PKPD. Boring duduk saja di rumah tak ada kerja, carilah kerja... maka jadilah sekor burung tu yang diperbuat daripada sudu dan garfu. 100 peratus welding, tak pakai gam.
    IQBAL

"Paling mencabar nak buat di bahagian mulut dan paruh. Bahagian tu je dah ambil masa dua hari. Sebab nak bagi nampak paruh burung realistik.

"Sebab benda tu kecil, tambah pula besi memang mencabar nak kena ketuk. Nanti silap buat tak jadi," katanya yang lebih dikenali sebagai Keba.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/08/05/1244567.jpg
Berpengalaman dalam bidang kimpalan selama lima tahun.

Menurut anak kelahiran Dungun itu, idea untuk menghasilkan replika burung itu juga tercetus selepas melihat timbunan sudu dan garfu di sinki di dapur.

"Saya tinggal dengan famili. Idea tu datang bila nampak sudu dan garfu bersepah dalam sinki. Semuanya belum basuh," ujarnya secara berseloroh.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/08/05/1244569.jpg
Antara yang dihasilkan oleh Iqbal menggunakan besi terpakai.

Iqbal yang berpengalaman dalam bidang kimpalan selama lima tahun berkata, dia pernah menghasilkan produk kreatif menggunakan besi terpakai dan besi sekerap sebelum ini.

"Saya pernah buat pelbagai bentuk seperti pistol dan hiasan termasuk hadiah untuk isteri. Tapi menggunakan sudu dan garfu ini yang pertama saya hasilkan.

"Burung helang ni tak ada membawa apa-apa maksud pun. Tak ada nama khas untuk replika burung ni, setakat ini helang saja," tambahnya.

Jelas Iqbal, menjadi satu kepuasan apabila melihat hasil kreativitinya itu berjaya disempurnakan dari rumah dalam tempoh PKPD.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/08/05/1244565.jpg
Hasil kreativiti Iqbal sebagai hadiah buat isteri.

Dalam pada itu katanya, dia sedia untuk menjual replika burung helang itu sekiranya menerima tawaran harga yang menarik daripada mana-mana individu.

"Kalau ada orang tawarkan harga menarik dan saya rasa sepadan dengan barang tu, saya jual je. Memang tengok harga yang orang tawarkan dulu.

"Saya akan jual serendah empat angka atau lebih sebab hasil kreativiti tu.

"Tawaran beribu baru jual, kalau ratus-ratus... saya tak jual lagi, simpan dulu," ujar Iqbal.


otai_g Publish time 5-8-2021 12:37 PM

Biasa pihak kuil yg suka beli patung2 haiwan ni. Tp dorang prefer yg buat dr emas.

Cornell5 Publish time 5-8-2021 12:41 PM

Have your kids make crafts using a fork from the kitchen! All you need is paint, a fork, and paper to make some awesome art projects.

makneng Publish time 5-8-2021 01:11 PM

Ejaan yang betul ialah GARPU.
Sekian.

R2D2 Publish time 5-8-2021 01:15 PM

makneng replied at 5-8-2021 01:11 PM
Ejaan yang betul ialah GARPU.
Sekian.

betul
terima kasih atas info


R2D2 Publish time 5-8-2021 01:17 PM


nakkomenjugak Publish time 5-8-2021 01:20 PM

Wow kreatif!!

Whitepinkrider Publish time 5-8-2021 02:08 PM

oooo br tau garpu.. dah 40 thn panggil garfu

any42 Publish time 5-8-2021 05:01 PM

kreatif {:thumbo

Artemesiaa Publish time 5-8-2021 06:07 PM

Wah cantik hasilnya

Zirara99 Publish time 5-8-2021 08:05 PM

Banyak betholl ya garpu dgn sudu kt rumah dia. 90 ya

Cornell5 Publish time 6-8-2021 11:39 AM

Burong_Hantuk Publish time 10-8-2021 05:53 AM

Kretif....trbaek....

DGmode Publish time 27-1-2022 08:20 PM

mygroundmode Publish time 21-2-2022 06:14 PM

quickmode Publish time 23-2-2022 07:19 PM

quickpayportal Publish time 27-2-2022 03:26 AM

quickpayportal Publish time 27-2-2022 03:27 AM

myaccountmode Publish time 28-2-2022 03:41 PM

mycardmode Publish time 12-3-2022 07:36 PM

Thanks for the information, I will try to figure it out for more. Keep sharing such informative post keep suggesting such post.
MyCardStatement
Pages: [1] 2
View full version: Buat barang kraf tangan guna garfu ja


ADVERTISEMENT