izzah_mia Publish time 4-8-2021 05:06 PM

Cik Ayu Mee Sanggul



Drama bersiri 'Cik Ayu Mee Sanggul' akan bersiran di slot MegaDrama Astro Ria. Dibintangi oleh Aqasha, Amelia Henderson, Dynas Mokhtar, Fimie Don dan ramai lagi. Drama bergenre romantik komedi, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Cik Ayu Mee Sanggul bakal bersiaran mulai 27 Julai 2021 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam diAstro Ria.

JUDUL : CIK AYU MEE SANGGUL
EPISOD : 16
TARIKH : 27 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Aqasha, Amelia Henderson, Aryan Azdrin, Shiqin Kamal, Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish

WATAK PELAKON
Amelia Henderson sebagai Cik Ayu
Aqasha sebagai Akhtar
Aryan Azdrin sebagai Uwais
Iman Zulkarnain sebagai Rizman
Shiqin Kamal sebagai Mastura
Fimie Don sebagai Joe Al-Jufry
Asha Merican sebagai Icha
Nabil Aqil sebagai Hazmel/Mel
Aznah Hamid sebagai Wan Cun
Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
Izzendra sebagai Zaza
Natasha Hamzah sebagai Wan Milah
Cat Farish sebagai Hamzah
Wan Raja sebagai Faizal
Dynas Mokhtar seabagai Farhana
Rosyam Nor sebagai Tuan Baharom

SINOPSIS CIK AYU MEE SANGGUL
Mengisahkan pengorbanan seorang balu muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais, anak duda tersebut. Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kota KL. Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya. Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. Uwais pula masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. Ayu berkorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. Ayu juga didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya.

Layan jugak cerita ni

rotiban Publish time 5-8-2021 01:17 PM

ada pon benang cik ayu ni
best jugak cite dia..x mcm elsa sendu tu
tertengok dr eps 3..terus layan

izzah_mia Publish time 5-8-2021 01:29 PM

rotiban replied at 5-8-2021 01:17 PM
ada pon benang cik ayu ni
best jugak cite dia..x mcm elsa sendu tu
tertengok dr eps 3..terus layan ...

tak tengok elsa tu sebab x minat pelakonnya.

amelia banyak improvement dalam drama ni. mgkn sbb drama ni ada part lawak2x sikit...takdelah sedih je.
kita yang tengok ni pun boleh senyum2 atau gelak sekali.

LaVida Publish time 11-8-2021 04:33 PM

Best citer Ayu Sanggul ni. Crita ringan utk hilang stress. Aqasha & amelia sepadan berlakon.

Annaquinn009 Publish time 12-8-2021 10:18 AM

rotiban replied at 5-8-2021 01:17 PM
ada pon benang cik ayu ni
best jugak cite dia..x mcm elsa sendu tu
tertengok dr eps 3..terus layan ...

x tengok pun drama elsa tu...klu ikut novel macam best..tp bila dalam drama campur dengan pelakon, x de mood nk layan...heroin x lawa, pakai entah apa2

lilac85 Publish time 15-8-2021 01:25 PM

Cantik2 baju kebayanya. Sesuai sgt Amelia berlakon cerita ni

fahima80 Publish time 15-8-2021 05:29 PM

Layan jugak drama ni. Baru marathon je. Cantik2 betul kebaya amelia pakai dalam ni.

izzah_mia Publish time 16-8-2021 11:14 AM

baru dorang ni bahagia & baik semula...ada je benda jadi
rizman, ayu, si makcik kepochi tu lagi:dizzy:

Joe tu rasanya bukan pelajar mesir....acah2x je tu.

lilac85 Publish time 16-8-2021 08:18 PM

izzah_mia replied at 16-8-2021 11:14 AM
baru dorang ni bahagia & baik semula...ada je benda jadi
rizman, ayu, si makcik kepochi tu lagi:diz ...

Typical betul mas dgn makcik tu

lilac85 Publish time 16-8-2021 08:18 PM

izzah_mia replied at 16-8-2021 11:14 AM
baru dorang ni bahagia & baik semula...ada je benda jadi
rizman, ayu, si makcik kepochi tu lagi:diz ...

Mata dia mmg bercelak ye kiki

izzah_mia Publish time 17-8-2021 10:41 AM

razak tu betul2x insaf atau berlakon je tu:LAkhtar ni takut dgn byg2x sendiri, penuh syak wasangka & jenis percaya je dgn org

Nasib kwn Akhtar-Faizal tu byk sedarkan dia

Nanti Mas jumpa Ayu nak mintak izin jadi bini no2:dizzy:




rotiban Publish time 17-8-2021 04:46 PM

X lawo langsung si mas pakai baju kebaya
dgn sanggul besar pahtu cucuk sanggul pun besar dabak
nampak mcm makcik2 sgt :lol:
x mcm ayu...pakai apa pon cantek je tengok

izzah_mia Publish time 17-8-2021 05:01 PM

ada jugak org yg pikir sama:lol:

izzah_mia Publish time 19-8-2021 11:53 AM

betullah joe tu penipu...konon2x pelajar mesir.
napalah dia tak bgtau ayu pasal razak tu ye??

dah agak razak tu takkan berubah. apalah lagi dia nak buat kat ayu?

ada teaser ex wife akhtar jumpa faizal...nak cari akhtarlah tu

kesian ayu..tak habis2x dgn ujian & dugaan

rotiban Publish time 20-8-2021 10:17 AM

izzah_mia replied at 19-8-2021 11:53 AM
betullah joe tu penipu...konon2x pelajar mesir.
napalah dia tak bgtau ayu pasal razak tu ye??



rasanya uwais tu bukan anak akhtar
sbb tu ex-wife dtg tuntut blk
pastu episod smlm akhtar kata masa uwais lahir
ex-wife x bagi teman, ada la tu something fishy
kalo gitu anak dgn ayu kira anak sulong la :lol:

eh ot sat..amelia tu masih islam ke?
dlm citer ni iols pasan byk kali dia bg salam &

sebut Ya Allah laa..Insya Allah laa


izzah_mia Publish time 20-8-2021 02:28 PM

rotiban replied at 20-8-2021 10:17 AM
rasanya uwais tu bukan anak akhtar
sbb tu ex-wife dtg tuntut blk
pastu episod smlm akhtar kata m ...

tulah..rasa pun uwais bukan anak akhtar.
padan muka razak tu tp x puas hati razak tak bgtau ayu yg dia yg perangkap ayu & hamzah.
nasib rizman tu bijak..kalau tak naya je kena tangkap basah ayu & rizman


isnin depan dah episod akhir tak silap

krustykrab Publish time 22-8-2021 10:38 PM

Amelia ni lawo..tp agak terganggu dgn pergerakan tangan dia bila berckp...

Baju2 kebaya yg dia pakai tu besar2 mcm guni pulak..ada 1 scene tu masa dia tgh duduk nmpk baju kt perut tu mcm boncit pulak

izzah_mia Publish time 24-8-2021 12:33 PM

dah habis cerita ni.

sedihnyaUwais mati:'(

Annaquinn009 Publish time 24-8-2021 10:07 PM

kusam betul muka aqasha dlm ni..terbantut nak layan drama ni

heythere123 Publish time 28-11-2022 03:51 PM

cerita melayu pertama yg i marathon lepas bertahun tak layan drama melayu
Pages: [1]
View full version: Cik Ayu Mee Sanggul


ADVERTISEMENT