Wanita Saksi Suami Nikahi Bekas Kekasih Tenat Di Hospital
Satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahwin kali kedua menjadi tular di laman sosial Indonesia, lapor Suara.com, semalam.Video yang dimuat naik oleh instagram PalembangTerkini itu memaparkan seorang wanita berdiri di sebelah suaminya yang sedang menjalani proses ijab kabul di sebuah hospital.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/02/174348ye02za3eu7emusz3.pngKredit foto: TikTok/rumahpelangi_
Menurut keterangan video, suami wanita itu bernikah kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana bakal madunya itu sakit tenat dan memerlukan penjaga.
“Hari ini, berlangsungnya perkahwinan kali kedua suamiku dengan bekas kekasihnya. Saya reda kerana Allah.
“Namun, air mata ini menitis juga saat kalimah sah dilafazkan sebaik akad selesai. Saya harap anda bahagia, wahai suami,” tulis wanita itu.
Video yang sudah diulang tayang hampir 40,000 kali itu menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.
Ada diantaranya beranggapan isteri pertama sebenarnya tidak reda dengan pernikahan kali kedua dan oleh sebab itu, dia menangis.
https://www.tiktok.com/@rumahpelangi_/video/6990955913419001115
“Saya rasa seperti sedang lihat drama di kaca televisyen. Isteri pertama ikhlas atau tidak sebenarnya?” komen seorang pengguna media sosial.
Sumber: Kosmo! Oh. Ini terinspirasi dr crite Ayat-ayat Cinta bercerita tu keh.. sure yg laki fefeeling mcm Fahri gitew... Pastu kluar plak lagu Melly Goeslaw.. drama sgt Walau apa pun dia masih seorang wanita sedikit sebanyak pasti hatinya terluka walau dalam keadaan dia macam tu Tetibe pas nikah nnt sihat walafiat... Hahahahja... Mean laki dia nikah utk tolong jaga ex gelfren tengah tenat la kan...aku ingatkan bini dia yg tenat....
Opkos la kuat mana pun redha, mesti sedih kot nk kena share suami Dah sakit tenat pun sibuk nak jugak kahwin laki org dah kenapa??? Lunchbox: Oh. Ini terinspirasi dr crite Ayat-ayat Cinta bercerita tu keh.. sure yg laki fefeeling mcm Fahri gitew... Pastu kluar plak lagu Melly Goeslaw.. drama ...
Hahaha. Iols benci betul citer tu walaupon lagu melly sedap gitew. Ade je akal laki klo nak menikh satu lagi Dah tu..ko kna jaga madu ko ke...bodo :lol: Iols tak tgk ayat2 cinta.. tapi suka giler rossa nyanyi lagu nih..
2zigf4LhZ1g pastu tak jadi mati kan.
hah tipikal misuke: Mean laki dia nikah utk tolong jaga ex gelfren tengah tenat la kan...aku ingatkan bini dia yg tenat....Opkos la kuat mana pun redha, mesti sedih kot n ...
Mungkin jugak terpaksa menjaga madu yang sakit..
Macam cerita Syurga Yang Tak Dirindukan. tu memang kehendak pt keeee lakinya ada soft spot?
laki aku jugakkkk khenzzzz.
pandaiiii ko nokkkk Ni la orang perempuan.
Yang selalu disia-siakan si jantan.
Hmm. Adik kak ipar aku penah mcmni..
Adiknya lelaki. Keluarga sebelah pompuan mintak kawen dengan anaknya walaupun dah sakit tenat. Alasannya kesian. Biarla gembira kalau anaknya kawen. 2 bulan nikah meninggal bekas istrinya. Jadilah duda muda
Tapi sekarang dia dah kawen lain la. Anak pon dah bederet2 Esok elok tegak je madunya..sihat walafiat
:lol: ikhlas ka dak dlm hti ja tau...tp nk hbaq klau jd mcm ni,mmg mnitik ayaq mta gak la...nature perempuan..automatik.. miznora replied at 2-8-2021 08:25 PM
Adik kak ipar aku penah mcmni..
Adiknya lelaki. Keluarga sebelah pompuan mintak kawen dengan anak ...
serupa mcm kes yg budak perempuan kena kanser tu kan?cuma dlm kes tu,lelaki tu sdri yg usaha nk kwen dgn budak tu...kesian...duda muda...in shaa Allah bertemu di syurga becir replied at 2-8-2021 08:27 PM
Esok elok tegak je madunya..sihat walafiat
I dah tengok sambungan tiktok tu… betul apa yg u cakap ni…hihihiiiii…. Macam2 sekarang org sanggup create content just for fame. I don’t think this is real… Tuhan je tau niat dia. Moga yg baik2 buat beliau. Tp kalau madu tiba2 sihat walafiat kena berlapang dada la na hg yg izinkan