truememe Publish time 2-8-2021 01:00 AM

Apa yang pertama di Malaysia

Edited by truememe at 2-8-2021 01:02 AM

Pertama di Malaysia?
____________________

Felda pertama
-----------------------
Felda Lurah Bilut
Lokasi: Bentong, Pahang
Mula dibuka pada tahun 1958
Individu di sebalik penubuhan: Tun Abdul Razak Hussein




Sekolah pertama
----------------------------
Penang Free School
Lokasi: Church Street, Pulau Pinang
Dibuka secara rasmi pada 20 Oktober 1816
Individu di sebalik penubuhan: paderi Inggeris, R.S Hutchings




Masjid pertama
--------------------------
Masjid Kampung Laut
Lokasi: Nilam Puri, Kelantan
Dibina pada awal abad ke 18
Individu di sebalik pembinaan: pendakwah-pendakwah Islam yang berulang-alik antara Champa dan Jawa dengan bantuan penduduk tempatan




Bank Melayu pertama
-----------------------------------
Malay National Bank (Bank Melayu Kebangsaan)
Tarikh: 12 Mei 1947
Individu di sebalik penubuhan: Maarof Zakaria




Penjara pertama
---------------------------
Penjara Taiping
Lokasi: Jalan Taming Sari, Taiping
Tahun: 1879
Individu di sebalik penubuhan: pegawai penjajah Inggeris





Siapa ada lagi list boleh tambah...





Zack8hunter Publish time 2-8-2021 01:52 AM

tang sekolah dan masjid tu mcm diragui skit.. or maybe ni just considered yg formally registered kot.

miszclassique Publish time 2-8-2021 05:11 AM

Edited by miszclassique at 2-8-2021 05:30 AM

Kereta nasional pertama Malaysia
Proton Saga
Tarikh dilancarkan: Julai 1985
Individu di sebalik pelancaran: Tun Dr Mahathir Mohamad yg memperkenalkan konsep Malaysian car

miszclassique Publish time 2-8-2021 05:29 AM

Bangunan MARA pertama
Lokasi: Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL

truememe Publish time 2-8-2021 08:33 AM

Edited by truememe at 2-8-2021 08:40 AM

Zack8hunter replied at 2-8-2021 01:52 AM
tang sekolah dan masjid tu mcm diragui skit.. or maybe ni just considered yg formally registered kot ...

Mungkin jugak ni.setakat ni yang diiktiraf sebagai yang pertama yang dalam list tu.

Ada jumpa artikel lain,ada penemuan baru tahun lepas,masjid lama di kampung belimbing dalam,durian tunggal,melaka.mungkin dibina pada abad ke 15.cuma kesahihan masih tak dapat dipastikan.maybe nanti dah cukup bukti,masjid pertama bertukar ke masjid yang baru jumpa ni

truememe Publish time 2-8-2021 08:40 AM

Edited by truememe at 2-8-2021 08:43 AM

miszclassique replied at 2-8-2021 05:11 AM
Kereta nasional pertama Malaysia
Proton Saga
Tarikh dilancarkan: Julai 1985


FAKTA MENARIK!

KERETA PERTAMA MALAYSIA

Kalau Raja di jalan raya sekarang ini ialah Perodua Myvi,
Dulu, Raja di jalan raya yang sebenarnya ialah Proton Saga!
Kerana ia merupakan kereta pertama Malaysia

Bukan untuk reka bentuk bendera Malaysia je ada pertandingan tapi nak cari nama untuk model pertama Proton pun ada!
Seramai 102,823 orang menyertai dan akhirnya dan 3 buah nama menjadi penentu.

-Apakah nama-nama tersebut ?
Saga, Perdana dan Gagah! Saga dipilih
11 orang telah menamakan Saga dan Sarjan Ismail Jaafar dipilih sebagai pemenang!

-Macam mana dapat idea?
Ceritanya bermula apabila beliau sedang bermain 'Scrabble' dan membuat perkataan Saga. Lepastu beliau pun menterjemahkan maksud setiap huruf dalam frasa 'saga' itu:

S - Safety, Stability (keselamatan, kestabilan)
A - Achievement (pencapaian)
G - Greatness (keagungan)
A - Ability (kebolehan)

Bukan biji saga ya!

kucingitam Publish time 2-8-2021 11:54 AM

thank you TT. best topik ni

_blackbird Publish time 2-8-2021 01:50 PM

Edited by _blackbird at 2-8-2021 01:52 PM

fast food pertama malaysia tahun 1963. A&W jalan tunku abdul rahman

Tinot7 Publish time 2-8-2021 10:46 PM

truememe replied at 2-8-2021 08:40 AM
FAKTA MENARIK!

KERETA PERTAMA MALAYSIA


Selama ni iols ingatkan biji saga.

Yang merah saga,
yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
yang baik budi.

Tinot7 Publish time 2-8-2021 10:49 PM

Memandangkan iols suka mkn kepci, cawangan kepci pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1973, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan terus berkembang sehingga kini.

Tinot7 Publish time 2-8-2021 10:50 PM

Sapa dok KL? Kepci masih ada ke tak kat situ? Ke dah bungkus?

Wek_omeh Publish time 5-8-2021 07:49 PM

Edisi kemerdekaan kah ini..bagus utk menambah ilmu

fatinandreanna Publish time 5-8-2021 11:27 PM

Tinot7 replied at 2-8-2021 10:50 PM
Sapa dok KL? Kepci masih ada ke tak kat situ? Ke dah bungkus?

Rasanya dah takdelah. Saya pernah jalan kaki dari chow kit ke dataran Melalui Jalan TAR xde pun nampak KFC yg kedudukannya seperti dlm gambar diatas..Klu KFC kat Pertama Kompleks lot tepi tu adalah.

Tinot7 Publish time 6-8-2021 07:46 AM

fatinandreanna replied at 5-8-2021 11:27 PM
Rasanya dah takdelah. Saya pernah jalan kaki dari chow kit ke dataran Melalui Jalan TAR xde pun na ...

Ye ke?
Iols dah lama tak pi KL.. tak tau kabor sana..

fatinandreanna Publish time 10-9-2021 05:50 PM

_blackbird replied at 2-8-2021 01:50 PM
fast food pertama malaysia tahun 1963. A&W jalan tunku abdul rahman

Masih Ada lagi A&W Jalan TAR sampai sekarang.

_blackbird Publish time 10-9-2021 08:44 PM

fatinandreanna replied at 10-9-2021 05:50 PM
Masih Ada lagi A&W Jalan TAR sampai sekarang.

A&W jalan tar ada lagi. yg drive thru pj tu je dah tutup. Hehehe

fatinandreanna Publish time 10-9-2021 08:58 PM

_blackbird replied at 10-9-2021 08:44 PM
A&W jalan tar ada lagi. yg drive thru pj tu je dah tutup. Hehehe

Sedih nye yg kat PJ tu tutup. Dulu tahun 80/90an klu lepas pukul 3 pagi penuh la dgn org baru balik DV8.
Pages: [1]
View full version: Apa yang pertama di Malaysia


ADVERTISEMENT