Tinot7 Publish time 31-7-2021 01:28 PM

Sejarah Hari Pahlawan

Edited by Tinot7 at 31-7-2021 01:30 PM

Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa para pahlawan yang dilihat berbakti mempertahankan tanah air kelahiran mereka di beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya.

Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaituYang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara

Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air. Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan.

Kerajaan pada 2010 telah memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya di sebuah dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar yang bakal dibina. Namun sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Rujukan

1. ^Yang Di-Pertuan Agong Berangkat Ke Majlis Santapan Seri Pahlawan, 18 November 2007, Bernama
2. ^Lokasi Hari Pahlawan berpindah ke Putrajaya, 2010/03/31, Berita Harian
3. ^Malaysia sambut Hari Pahlawan ikut fatwa Sabtu ini, 29-07-2010, The Malaysian Insider

Diceduk dari wiki



2O20MucTjDI



https://www.twitter.com/MINDEFMalaysia/status/1421093228397350915

p5njgNK2a8Q

Olumis Publish time 31-7-2021 01:30 PM

Good info...

bihunsiam Publish time 31-7-2021 09:11 PM

tanpa pengorbananmu tiada erti kemerdekaan yg dikecapi

ImpianSeroja Publish time 1-8-2021 12:45 AM

Buat semua fronliners.. Selamat Hari Pahlawan:loveliness:

lilac85 Publish time 1-8-2021 01:39 AM

Terima kasih pahlawan kami. Rakyat Malaysia sayang anda semua {:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}

SlowRunner Publish time 3-8-2021 07:19 PM

Edited by SlowRunner at 11-8-2021 06:33 PM

Namun sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.
prepaidcardstatus

Annaquinn009 Publish time 4-8-2021 12:02 AM

tanpa jasa mereka mana mungkin kita dapat hidup aman selesa sehingga sekarang

KakYien Publish time 4-8-2021 10:15 PM

Terima kasih semua pahlawan Malaysia:loveliness:
Pages: [1]
View full version: Sejarah Hari Pahlawan


ADVERTISEMENT