xpdckelate Publish time 31-7-2021 08:14 AM

‘Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan’

SHAH ALAM - Mana-mana pihak yang mempromosi penjualan ubat Ivermectin sebagai penawar Covid-19 boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Racun 1952.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang berkata, kesalahan itu berdasarkan Akta Racun 1952 mengenai penjualan ubat tersebut.

“Apabila tidak mengikut undang-undang, sesiapa yang membuat perkara ini telah menyalahi undang-undang dan boleh dihukum. Tidak kira sama ada doktor, ahli farmasi atau sesiapa sahaja.

“Ahli farmasi atau doktor perlu memaklumkan kepada pesakit mengenai ubat ini tidak boleh digunakan untuk merawat Covid-19,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off label untuk kajian klinikal sahaja.

Dalam pada itu, Amrahi turut membidas tentang penjualan ubat tersebut secara berleluasa termasuk menerusi dalam talian.

“Ubat ini boleh didapati menerusi dalam talian dan jika diimport, ia boleh melepasi pelbagai peringkat seperti kastam.

“Sedangkan ubat berkenaan belum diluluskan penggunaannya bagi rawatan Covid-19 di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Amrahi berkata, pihaknya turut berasa bimbang dengan pembelian Ivermectin oleh pengguna sama ada di luar negara atau dalam talian adalah ubat yang palsu.

“Macam mana seseorang itu boleh tahu itu bukan ubat palsu? Sebab ia tidak didaftarkan di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/152899/BERITA/Nasional/Penjual-ubat-Ivermectin-berdepan-tindakan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

xpdckelate Publish time 31-7-2021 08:14 AM

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/07/31/1150631.jpg
Pil Ivermectin yang dijual secara dalam talian diragui keasliannya.

xpdckelate Publish time 31-7-2021 08:16 AM

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/07/31/1150630.jpg

noor2 Publish time 31-7-2021 08:19 AM

Beli senyap2 udahla

blastoff Publish time 31-7-2021 08:21 AM

ubat dgn racun punggg tak reti beza kaaa ? :laugh3: Punya nak salah guna akta racun sampai camtu sekali... KKM bangang


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[

Mana-mana pihak yang mempromosi penjualan ubat Ivermectin sebagai penawar Covid-19 boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Racun 1952.

Samerosie Publish time 31-7-2021 08:22 AM

Eh mana ada palsu tengok tu kotak dia siap ada tulis no. tel customer service dia ok, menurut sumber forum cari yg boleh dipercayai.

Eaok2 akan keluar logo halal pula kat kotak :)

blastoff Publish time 31-7-2021 08:24 AM

Samerosie replied at 31-7-2021 08:22 AM
Eh mana ada palsu tengok tu kotak dia siap ada tulis no. tel customer service dia ok, menurut sumber ...
penjilat KKM macam kau nih tak reti fikir dah sebab ada nanoparticles dalam sel otak so akan sentiasa menyokong apa saja yg KKM buat hatta kalau KKM nak kau telan racun tikus pungg kau akan anggap ia boleh menyembuhkan :laugh3: sebab tu yg akta racun boleh di guna kat ubat kekdahnyaaa sebab racun tikus KKM boleh plak guna akta ubat utk halalkannya ...tukarr tukarrr akta gitu org yg tak reti fikir je akan sokong

xpdckelate Publish time 31-7-2021 08:25 AM

blastoff replied at 31-7-2021 08:21 AM
ubat dgn racun punggg tak reti beza kaaa ?Punya nak salah guna akta racun sampai camtu sek ...

ketum pun dibawah akta racun juga :lol:

Samerosie Publish time 31-7-2021 08:25 AM

Edited by Samerosie at 31-7-2021 08:30 AM

blastoff replied at 31-7-2021 08:24 AM
penjilat KKM macam kau nih tak reti fikir dah sebab ada nanoparticles dalam sel otak so akan senti ...

Wow itu saja kau dapat balas.Sekarang ni ke apa kau nak terasa melainkan kau sendiri rasa ivermectin tu racun.Kalau kau rasa bukan racun kau telan senyap2 sudahlah kenapa nak ckp orang ni salah orang tu salah.

Tu thread sebelah dah keluar side effects ivermectin.Kenapa kau tak masuk sana?

blastoff Publish time 31-7-2021 08:26 AM

xpdckelate replied at 31-7-2021 08:25 AM
ketum pun dibawah akta racun juga

yg bertuhankan KKM dan WHO akan terima walau racun tikus di letakkan dalam akta ubat sekalipungg janji KKM dan WHO yg order camtu .

blastoff Publish time 31-7-2021 08:28 AM

Samerosie replied at 31-7-2021 08:25 AM
Wow itu saja kau dapat balas.Tu thread sebelah dah keluar side effects ivermectin.Kenapa kau t ...
aku dah buat banyak thread mengenai keberkesanan ivermectin dan segala bukti yg aku telah bagi tu kau rasa dgn satu thread penipuan side effect ivermectin yg dirancang KKM tu akan boleh hapuskan semua bukti2 dalam berbagai thread yg aku dah bagi ke ? Hanya penjilat tegar macam kau je yg akan anggap camtu ...slurp slurp terus jilat walau air kencing tikus yg di hidang kat kau oleh KKM , pasti kau akan anggap ia ubat yg menyembuhkan

xpdckelate Publish time 31-7-2021 08:30 AM

blastoff replied at 31-7-2021 08:26 AM
yg bertuhankan KKM dan WHO akan terima walau racun tikus di letakkan dalam akta ubat sekalipungg j ...

who ni pun pening..masa awal2 kobid dulu,dia wat tak tahu je...xnak umum pandemik sebab yg kena negara asia je masa tu..bila dh melarat ke europe baru gopoh nak umum pandemik..pastu kalut baru nak atur strategi,benda dh merebak :lol:

Samerosie Publish time 31-7-2021 08:37 AM

blastoff replied at 31-7-2021 08:28 AM
aku dah buat banyak thread mengenai keberkesanan ivermectin dan segala bukti yg aku telah bagi tu...

Uttar pardesh yg kau kata beratus juta sembuh tu sebab makan ivermectin.

Kau faham tak baca data.Uttar padesh tu kes dia hanya 1.7 juta orang je mana datang beratus juta?Macamana orang nak percaya kau bila terang2 belit tipu?Cuba kau ckp itu bukan satu penipuan bila kau cakap beratus juta sembuh?Bila kau ckp UP lepas dari pandemik dgn menunjukkan satu hari kes sana 3 saja padahal last 2 weeks average kes dia 800 lebih.Bukan satu penipuan ke supaya org percaya ubat yg kau promote tu boleh sembuhkan org.

Teringat aku cerita p ramlee jual ubat tepi jalan.

Inilah obat hai sungguh istimewa
Kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa
Obat batuk kering batuk basah demam selsema
Mari beli
Obat ini
Gerenti puas hati
Hai obat hai obat
Mari beli obat
Kalaulah terlambat tak dapat
Hai obat hai obat
Mari beli obat
Kalau salah obat melompat

blastoff Publish time 31-7-2021 08:39 AM

Edited by blastoff at 31-7-2021 08:41 AM

xpdckelate replied at 31-7-2021 08:30 AM
who ni pun pening..masa awal2 kobid dulu,dia wat tak tahu je...xnak umum pandemik sebab yg kena ne ...
WHO dan KKM merancang membunuh ramai rakyat di wad2 sesambil menghalang rakyat dari dapat ubat mujarab dalam masa yg sama DG hidung kembang dok rasa tak ada siapa boleh stop dia   ...... tungguuuu , teruskan dgn penipuan demi penipuan sampai datang azab Tuhan nanti jgn merayu hiba waktu tu macam victim udahhhh ok.

Allah wujud, dan doa2 manusia yg teraniaya yg ramai tuuuu takkan dipersia2 kan Allah .....masa aje yg memisahkan antara azab dgn pembunuh2 kejam itteww dan para penyokong serta penjilat depa, azab akan berlaku dalam keadaan tak disedari ler, tak di jangka2 laaa, gitu lah cara tentera Allah bertindak yg sekarang nih kerajaan china tu pungg dah terbongkang di buatnya .

Samerosie Publish time 31-7-2021 08:42 AM

Edited by Samerosie at 31-7-2021 09:06 AM

Ok berapa dose kena makan ivermectin ni dan berapa hari baru bebas covid?

noor2 Publish time 31-7-2021 08:51 AM

blastoff replied at 31-7-2021 08:28 AM
aku dah buat banyak thread mengenai keberkesanan ivermectin dan segala bukti yg aku telah bagi tu...

Title tu pentingblast....hehe

xpdckelate Publish time 31-7-2021 08:57 AM

noor2 replied at 31-7-2021 08:51 AM
Title tu pentingblast....hehe

title apa noor?? :lol:

noor2 Publish time 31-7-2021 08:58 AM

xpdckelate replied at 31-7-2021 08:57 AM
title apa noor??

Kalau blast tu doktor atau DG....dgn segera orang percaya..hehe

Samerosie Publish time 31-7-2021 09:08 AM

noor2 replied at 31-7-2021 08:58 AM
Kalau blast tu doktor atau DG....dgn segera orang percaya..hehe

Kalau ada title doctor pun tapi dok cerita pasal UP yg beratus juta kononnya sembuh sebab makan ivermection padahal kes dia 2 juta pun x sampai, boleh percaya ke doctor macam ni?Kena ada credibility juga, ada jugak doctor yg drug pusher, raba rogol patients, etc

cikmouse Publish time 31-7-2021 09:09 AM

Samerosie replied at 31-7-2021 08:42 AM
Ok berapa dose kena makan ivermectin ni dan berapa hari baru bebas covid?

Kena call tanyaaa doktor apaa tah tuuu..adaa diaa share no contact nyaaaa...
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: ‘Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan’


ADVERTISEMENT