bictoria Publish time 31-7-2021 03:30 AM

Perisytiharan Tamat Darurat



31/7/1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengisytiharkan tamatnya darurat di Tanah Melayu.Perintah darurat telah dikuatkuasakan sejak tahun 1948 dalam usaha kerajaan membendung kegiatan pengganas komunis. Sepanjang tempoh itu, kebebasan rakyat dicengkam oleh rasa bimbang, takut menjadi mangsa ugutan dan kekejaman pengganas komunis. Disamping itu, pergerakan rakyat juga menjadi terbatas kerana terpaksa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diatur oleh pihak berkuasa.Perisytiharan tamat darurat itu dianggap sebagai “hari kemenangan” bagi seluruh rakyat di Tanah Melayu. Tamatnya darurat pada hari ini, memberi makna yang besar bagi seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu untuk menempuh satu era baru dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.


Sumber : Arkib Negara Malaysia

norawestallen Publish time 1-8-2021 03:52 AM

Thanks for info. Baru tau
Pages: [1]
View full version: Perisytiharan Tamat Darurat


ADVERTISEMENT