safriehalim Publish time 30-7-2021 01:51 PM

LELAKI MISTERI BERTONGKAT MEMASUKI LAMAN RUMAH TANPA KESAN.

Edited by safriehalim at 30-7-2021 01:53 PM

Dari rakaman cctv, sawal jam 5.20 pagi, ada proton iswara warna merah plate no PDA 2005 berlegar2 kawasan perumahan kerjiranan saya.

Kemudian, ada seorang lelaki tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran depan. Betul2 depan rumah kami.

Jiran depan rumah ni Indian, and diorang ada bela anjing banyak dan seekor anjing hitam yg besar utk jaga rumah, org tua ni boleh buka sangkar dan main dgn anjing hitam besar tu.

Anjing-anjing tu semua tak menyalak pun!

Biasa anjing kalau bau orang tak dikenali, akan menyalak.

Jiran ni tersedar sebab dia memang bangun awal masak. Isteri jiran terkejut ada lelaki tercegat dicelah2 pandangan cermin dapur.

Bila lelaki tua tu sedar ada org nampak dia, dia tak lari pun. Dia siap tenung.

Kawasan perumahan ni semua rumah mmg autogate.

Tapi wallahu'alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate.

Waktu jiran dan suami dan anak2 dia tegur dan tanya orang tua bertongkat tu waktu dia nak berjalan keluar, dia tak bercakap sangat. Macam orang buat2 bodoh, dan uncle tu macam tak sedar bila lelaki ni, keluar semula dari autogate.. dia cuba kejar. tak dapat.

Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sgt tinggi dan dia berkain. Dan bila hari cerah, tak ada langsung kesan orang panjat pagar walau pagar di cat putih.

Dari video cctv, kereta Iswara tu reverse laju tanpa lampu waktu jiran cuba kejar. Kemudian kereta tu lesap tak tau kemana.

Dan beberapa hari kebelakangan ni, memang rumah kawasan kami ni tiba2 blackout dalam 1-2 minit dan alarm saling bunyi jam 4-5 pagi.

Saya ada beberapa kali terdengar bunyi macam org kuis2 batu kerikil tepi rumah.

Mohon doakan Allah lindungi kami sekeluarga dan kejiranan ini.

Dah lodge police report, regarding officer tu katanya org gila, pihak polis tak nampak motif lain lagi.

Tapi mana ada org gila masuk rumah org pukul 5pagi tanpa kesan pecah masuk. Dan macam mana dia boleh masuk autogate, autogate ni tak ada pintu kecil buang sampah tu, takde. Misteri nusantara.

Isk.. nak pindah rumah baru, takleh pindah lagi, renovate tak gerak sebab pkp.

Seram jugak tengok muka "dia".

Sumber : Zulhafidz Yahaya
Lokasi : Taman Cengal Jaya, Sungai Petanihttps://www.facebook.com/1422465924657555/posts/3093234830913981/

orgsepang Publish time 30-7-2021 02:01 PM

Semoga kejadian seumpama ini tidak sama sekali akak lalui.:funk:

produkherba Publish time 30-7-2021 02:14 PM

teleportal:C

Skuau Publish time 30-7-2021 02:22 PM

'Time Traveller'???

CiliPadiSedap Publish time 30-7-2021 02:28 PM

kat indon kan ada perompak cmnimenyamar pengemis atau apa saja last2 bawa lari motor.

Olumis Publish time 30-7-2021 02:37 PM

Klu anjing tak menyalak maksudnya itu bukan benda ghaib

truememe Publish time 30-7-2021 02:43 PM

Orang yang post tu ada update baru.memang tu orang.maybe cubaan pukau atau pun rompakan



Belibis Publish time 30-7-2021 02:49 PM

Kira pukau tak mustajab ke caner?? Sebab lari pulak..

Skuau Publish time 30-7-2021 03:06 PM

yg ni kj@gomen dh bg dia vaksin pfizer tak???:huffy

yebit157 Publish time 30-7-2021 03:12 PM

pelik la macam mana dia boleh ada dekat laman rumah sebab tak ada kesan panjat

truememe Publish time 30-7-2021 03:12 PM

Belibis replied at 30-7-2021 02:49 PM
Kira pukau tak mustajab ke caner?? Sebab lari pulak..

Kalau tak pukau,dia saja test ilmu la kot.ada jumpa satu komen,dia pernah nampak orang yang sama.tapi location kat sabah

lavendernovella Publish time 30-7-2021 03:13 PM

Muka dia muda. Muda buat2 tua? Atau memang awet muda? Tangan dia nampak panjang.

Decoy?

truememe Publish time 30-7-2021 03:15 PM

lavendernovella replied at 30-7-2021 03:13 PM
Muka dia muda. Muda buat2 tua? Atau memang awet muda? Tangan dia nampak panjang.

Decoy?

Tukang post tu zoom gambar laki tu guna apps remini rasanya.tu yang nampak ploles.sebab daei cctv kan tak nampak muka sangat.tu dia edit nak bagi jelas muka

lavendernovella Publish time 30-7-2021 03:25 PM

truememe replied at 30-7-2021 03:15 PM
Tukang post tu zoom gambar laki tu guna apps remini rasanya.tu yang nampak ploles.sebab daei cctv...

Nope bukan pasal gambar peloles tu. Tp gambar dari tepi. Heol nampak muda. Macam orang muda berlakon jadi tua. Tu dr mata iol lah. Tak tau lah orang lain.

Zirara99 Publish time 30-7-2021 05:31 PM

Olumis replied at 30-7-2021 02:37 PM
Klu anjing tak menyalak maksudnya itu bukan benda ghaib

Tapi kalau orang tk kenal anjing akan menyalak tau

266799eMkaY Publish time 30-7-2021 05:47 PM

Nak memukau gaknye ni. Nasib baik tkde apa yg burok blaku.

Olumis Publish time 30-7-2021 09:59 PM

Zirara99 replied at 30-7-2021 05:31 PM
Tapi kalau orang tk kenal anjing akan menyalak tau

Sbnarnya anjing dia bole sense kalau org tu berniat baik or jahat. Kalau niat tak baik memang dia salak.

hyie Publish time 30-7-2021 11:42 PM

ada kat komen2 page penangkini tu kata, mungkin orang nak test ilmu yang dia baru belajar...entahlah zisss

sarahmirza Publish time 31-7-2021 09:48 AM

Olumis replied at 30-7-2021 09:59 PM
Sbnarnya anjing dia bole sense kalau org tu berniat baik or jahat. Kalau niat tak baik memang dia...

tipu la…
anjing jiran depan rumah i, jiran tetangga buka gate rumah nak buang sampah pun menyalak bagai nk gila…

Olumis Publish time 31-7-2021 10:39 AM

sarahmirza replied at 31-7-2021 09:48 AM
tipu la…
anjing jiran depan rumah i, jiran tetangga buka gate rumah nak buang sampah pun menyala ...

Jiran awk tu mst dia ada rasa mnyampah dgn anjing tu sbb tu kena salak
Pages: [1] 2
View full version: LELAKI MISTERI BERTONGKAT MEMASUKI LAMAN RUMAH TANPA KESAN.


ADVERTISEMENT