Tinot7 Publish time 30-7-2021 06:12 AM

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia

Pertandingan ini mula dijalankan sejak tahun 70-an lagi sebagai salah satu aktiviti Persatuan Sejarah Malaysia. Ia pernah menjadi sebahagian aktiviti Kementerian Pelajaran khususnya Bahagian Sekolah yang menjadi urus setianya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia. Walaupun demikian pertandingan ini ada masanya terhenti disebabkan ketiadaan sumber kewangan.

Pada awal 1990-an Persatuan Sejarah Malaysia diberi peruntukan khusus oleh Jabatan Perdana Menteri hinggalah sekarang. Sejak itu pertandingan ini dapat dijalankan setiap tahun. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, PSM menguruskan pertandingan ini dengan menghantar terus brosur pertandingan ke sekolah, menerima hasil karya dan menguruskan pemeriksaan serta menyediakan laporan berkaitan pertandingan ini. Brosur pertandingan akan diedar pada awal bulan April. Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah pemenang dari seluruh negara dijemput hadir menerima hadiah yang disampaikan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia.

Tinot7 Publish time 30-7-2021 06:14 AM

Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh didapati di capaian:

http://www.psm.org.my/index.php/aktiviti/pertandingan-sejarah/pertandingan-sejarah-malaysia

Selamat menyertai!
Pages: [1]
View full version: Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia


ADVERTISEMENT