Raline Publish time 29-7-2021 11:23 PM

Tu pun kerajaan tak nampak? Raider bawa anak sungguh menyedihkan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/07/WhatsApp-Image-2021-07-29-at-10.39.38-PM.jpeg

Gambar seorang penghantar makanan membawa anak semasa bertugas mendapat perhatian netizen.
‘Rider’ bawa anak kecil hantar makanan tular

GEORGE TOWN – Kecekalan seorang ‘rider’ sebuah syarikat penghantaran makanan popular yang mengendong anak kecilnya ketika menghantar makanan di Perumahan Pegawai Kanan Polis, Sungai Dua di sini baru-baru ini telah mendapat perhatian ribuan warganet.

Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia setahun itu mula tular apabila gambar mereka dikongsi seorang pengguna Facebook dengan nama Rohayu Mohd. Rodzi tiga hari lalu.

Dua keping gambar dan kisah mereka yang dimuat naik wanita itu telah mendapat kira-kira 7,600 perkongsian, 5,400 pelbagai reaksi dan 1,000 komen daripada pengguna laman sosial itu.

“Allahuakbar sedihnya. Saya turun dari keta (kereta) terus p (pergi) dkt (dekat) si bapa dan anak, waktu ni panas terik anak berpeluh kepanasan, anak tak dak (tiada) siapa jaga , nak hantar pengasuh nak kena bayar, anak diam ja dia dah (sudah) paham bapa dia tengah keja cari duit.

“Dalam raga ada botol susu kosong .Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantu la apa yang patut , kalau tak mampu bagi bantuan cukup la sekadar doa kalian untuk mereka selamat ketika menunggang motor menghantar pesanan pelanggan,” katanya di laman Facebook.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut meluahkan perasan sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa lelaki terbabit dan turut mendoakan kesejahteraan serta keselamatan dua beranak itu.

Kosmo! difahamkan, kisah kehidupan rider berkenaan telah mendapat perhatian ramai masyarakat termasuk yang menyumbang barangan keperluan makanan dan bantuan berupa wang. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

edayildiz Publish time 29-7-2021 11:39 PM

bapak tunggal ke ni ?

exclusive_vvip Publish time 30-7-2021 05:42 AM

I bukan la x kesian…tapi rider fp skrg agak masyuk..leh pukul smpi 4-5k jgk dengarnya..seeloknya x perlu la smpi bawak2 anak ni..kalu xde org jaga, usahakan lah hantar ke pengasuh..

Raline Publish time 30-7-2021 10:39 AM

exclusive_vvip replied at 30-7-2021 05:42 AM
I bukan la x kesian…tapi rider fp skrg agak masyuk..leh pukul smpi 4-5k jgk dengarnya..seeloknya x...

02sIl0SGu08
Pages: [1]
View full version: Tu pun kerajaan tak nampak? Raider bawa anak sungguh menyedihkan


ADVERTISEMENT