Raline Publish time 29-7-2021 10:55 PM

Sumbat belut dalam anu mahu ubati sembelit


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/07/eel-e1627550094821.jpg
Belut yang disumbat dalam anu mangsa telah berenang ke abdomen dan menggigit usus besarnya. - Irish Sun

Sumbat belut dalam anu mahu ubati sembelit

BEIJING – Seorang lelaki di Xianghua, wilayah Jiangsu, telah memasukkan seekor belut berukuran 20 sentimeter ke dalam alat sulitnya bagi mengubati masalah sembelit yang dialaminya, lapor Globaltimes, baru-baru ini.

Tindakan nekad lelaki itu akibat terlalu mempercayai cara perubatan tradisional yang kononnya belut dalam anu boleh melegakan masalah sembelit.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mangsa yang bertarung dengan kesakitan serius apabila belut tersebut berenang ke bahagian abdomennya dan mula menggigit usus di dalam.

Mangsa menahan sakit selama 24 jam sebelum ke hospital kerana terlalu malu untuk mengakui tindakannya kepada kepada doktor.

Doktor menjalankan pembedahan ke atas mangsa memberitahu dia hampir kehilangan nyawakerana kerana bakteria yang dibawa oleh belut di usus besar boleh menyebabkan hemolisis ketika sampai ke rongga perut.

Belut tersebut masih hidup ketika dikeluarkan oleh doktor. Kes ini bukanlah kali pertama berlaku dalam kalangan penduduk China yang sangat mempercayai perubatan tradisional seperti ini. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my


Pages: [1]
View full version: Sumbat belut dalam anu mahu ubati sembelit


ADVERTISEMENT