makiting Publish time 29-7-2021 02:14 PM

Aura Tasik Taiping masih ‘berbisa’ tarik pelawat

Edited by makiting at 29-7-2021 02:17 PM



Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM
29 Julai 2021, 12:00 pm

PEMANDANGAN indah Taman Tasik Taiping yang dihiasi landskap menghijau daripada lebih 75 spesies pokok antaranya, hujan-hujan, teratai putih, seroja dan tembusu menjadikannya lokasi wajib apabila berkunjung ke Taiping, Perak.

Taman tersebut yang merupakan tapak bekas perlombongan bijih timah lebih 130 tahun lalu di Taiping yang dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh sangat popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Selain menawarkan panorama indah, taman itu turut menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti merakam gambar, berjoging, berbasikal serta bersantai bersama keluarga.

Salah seorang pengunjung setia, Badrul Akram Badaruddin, 30, menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai lokasi penting untuk dia merakam gambar termasuk sesi fotografi bagi mengabadikan foto perkahwinan pelanggannya.



“Sepanjang bertugas sebagai jurugambar sambilan sejak sembilan tahun lalu, saya telah kunjungi pelbagai lokasi untuk melaksanakan tugasan tersebut, tetapi di sini mempunyai aura dan keistimewaan tersendiri.

“Taman Tasik Taiping bukan sahaja lokasi kegemaran saya untuk merakam gambar kenangan, tetapi turut menjadi tempat bersantai bersama keluarga serta berjoging pada hujung minggu,” katanya.

Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Majlis Perbandaran Taiping, taman tersebut telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara berdasarkan Akta 645 @ Akta Warisan Kebangsaan.

Ia antara lokasi yang aktif di Taiping dan paling banyak menerima kunjungan pelawat sejak dari awal pembukaannya lebih satu abad lalu.

Dianggarkan lebih sejuta pelawat berkunjung ke Taman Tasik Taiping saban tahun.

Taman yang berkeluasan kira-kira 64 hektar itu mempunyai pelbagai komponen landskap yang saling melengkapi antara satu sama lain, sehingga menjadikannya antara taman awam tercantik di Malaysia.

Taman Tasik Taiping yang merupakan taman awam pertama dalam sejarah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada awalnya dibangunkan mengikut konsep Rolling Meadows.

Konsep itu mengadaptasi kawasan hijau dan lapang berkontur serta pokok-pokok besar sebagai elemen utama serta tasik sebagai pelengkap landskapnya.

Catatan sejarah pernah menceritakan keindahan Taman Tasik Taiping kelihatan seolah-olah menyamai Kensington Park di London iaitu sebuah taman awam yang tersenarai dalam lapan Royal Park tercantik di London.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung setia, Ery Syazwan Mahd. Saat, 31, berkata, pokok hujan-hujan yang berusia ratusan tahun merupakan antara tarikan utama pengunjung yang datang ke Taman TasikTaiping sejak sekian lama.

Katanya, susana redup dilindungi oleh pepohonan menghijau itu akan membuatkan sesiapa sahaja berasa tenang dan relaks.

“Lokasinya strategik dan berdekatan dengan tempat tarikan lain seperti Zoo Taiping serta Bukit Larut.

“Ini membuatkan orang ramai wajib berkunjung ke taman ini apabila datang ke Taiping,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Sumber : KOSMO!

https://www.kosmo.com.my/2021/07/29/aura-tasik-taiping-masih-berbisa-tarik-pelawat/

ajinomotonosuga Publish time 29-7-2021 02:27 PM

Malam sure banyak hantu ekkk... mak limah..cik pon...pocong..jerangkong..tak lupe Shahmira..aku tgk muke dah mcm hantu!!

makiting Publish time 29-7-2021 02:29 PM

ajinomotonosuga replied at 29-7-2021 02:27 PM
Malam sure banyak hantu ekkk... mak limah..cik pon...pocong..jerangkong..tak lupe Shahmira..aku tgk...

Khenzzzz … agak2 tpt org buang hantu pon yea gak kot

Meiizu Publish time 29-7-2021 04:53 PM

Rindunya nak balik kg
2018 ada join taiping lake garden run
Pkl7pagi mcm subuh.sejuk jaaa best

Kakalongmu Publish time 29-7-2021 05:00 PM

Rindunya nak jalan-jalan serta negeri...

ophillea Publish time 29-7-2021 05:06 PM

Rindu nak jejak taiping.. rindu karipap sayur kg expo.. rindu cucur kucai pasar kemunting. Hmmm

awenda507 Publish time 29-7-2021 05:21 PM

Rindu tepengg

rospinki Publish time 29-7-2021 05:22 PM

ajinomotonosuga replied at 29-7-2021 02:27 PM
Malam sure banyak hantu ekkk... mak limah..cik pon...pocong..jerangkong..tak lupe Shahmira..aku tgk...

Shamira tu sapa

HappyGumbira Publish time 29-7-2021 05:23 PM

rindunya nak jalan-jalan. sekali je pernah jejak sini

JohnyEnglish Publish time 29-7-2021 05:30 PM

rindu nak mkn murtabak pekan selasa.

otai_g Publish time 29-7-2021 05:33 PM

Port berkampung dulu ni. Stay kat hotel flamingo. Bnyk tmpt2 menarik kat sini, bkn takat tasik ni je. Ada bukit larut, kubur perang, zoo dan yong tau foo blkg balai bomba, slurp.

Pendek kata vibe tmpt ni mmg best.

Tinot7 Publish time 29-7-2021 05:50 PM

Naik taraf, nampaknya..

Catatan sejarah pernah menceritakan keindahan Taman Tasik Taiping kelihatan seolah-olah menyamai Kensington Park di London iaitu sebuah taman awam yang tersenarai dalam lapan Royal Park tercantik di London.

Iols pernah lalu sini sekali jahh..

bluebutter Publish time 29-7-2021 06:40 PM

Tinot7 replied at 29-7-2021 05:50 PM
Naik taraf, nampaknya..

Catatan sejarah pernah menceritakan keindahan Taman Tasik Taiping kelihat ...

I orang tepen you.

Mmg best kat lake garden ni. Skrg dah one way dah. Tapi tetap best.

ajinomotonosuga Publish time 29-7-2021 06:41 PM

rospinki replied at 29-7-2021 05:22 PM
Shamira tu sapa

Ko tak patut jadi warga mesiaaa tak kenai Shahmira tau..ko patut jadi warga Nigeria

Aku pun tatau sapa aaaaaahahaha

mama_neko Publish time 29-7-2021 06:47 PM

masa kecik2 sampai la ke remaja, abah mmg suka bawak kami mai sini, pas mandi kat burmese pool, lepak2 kat taman tasik.. hehehe.,.. maghrib chow balik penang.. mmg best taiping, especially musim2 panas ni..la ni, aku nak bawak anak pi sana, abah tak bagi.. bahahaha.. kes budak hilang kat burmese pool tu. takut dia..

Tinot7 Publish time 29-7-2021 07:46 PM

bluebutter replied at 29-7-2021 06:40 PM
I orang tepen you.

Mmg best kat lake garden ni. Skrg dah one way dah. Tapi tetap best.

Iols blajaq kat tepen selama 2 tahun. Ingat pi mkn big mac kat mekdi hampir setiap sabtu.
Pi taman tasik ni sekali jahh.. tingin naik menda alah kayuh2 kat tasik tapi sbb takde kawan, iols tak naik2 sampai la ni.

Buritan Publish time 29-7-2021 07:59 PM

bluebutter replied at 29-7-2021 06:40 PM
I orang tepen you.

Mmg best kat lake garden ni. Skrg dah one way dah. Tapi tetap best.

Rindu sgt kat tepennnnnn.... aku duk tepen since umo 3 beerak dlm spende smpai laa masuk u.. cadang nak brli rumah seketul kat sini.. tp tadak rezeki.. dpt beli rumah kek ipoh je.. rasanya laki aku prncen nanti nakduk tepen jgk kot

nowhite Publish time 29-7-2021 08:13 PM

Rindu cendol ansari

jerukkedondong Publish time 29-7-2021 08:16 PM

rospinki replied at 29-7-2021 05:22 PM
Shamira tu sapa

Shahmira?
Laki si chucky kot..Hahaha

AKAZ85 Publish time 29-7-2021 08:26 PM

Alahai.. Rindunye nak jalan2 kat Taiping... Teringat kakyung honeymoon kat sini dulu... {:shyo
Pages: [1] 2 3
View full version: Aura Tasik Taiping masih ‘berbisa’ tarik pelawat


ADVERTISEMENT