Raline Publish time 28-7-2021 08:01 PM

Jom Layan Filem Seram Secara Online

Jom Layan Filem Seram Secara Online

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/3-7.jpg
PERINTAH Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April depan. Jadi bagi anda yang sudah tidak tahu nak buat apa itu, Sinar Plus cadangkan untuk tonton filem secara online bagi ubah selera.

Filem yang dicadangkan ini boleh ditonton di Netflix atau Iflix.


In the the tall grasas (2019)

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/3-8.jpg
Netflix mengadaptasi karya penulis novel seram iaitu Stephen King yang bertajuk In The Tall Grass.

Filem ini mengisahkan tentang keluarga yang terjebak di dalam rumput yang tinggi dan mempunyai roh di dalamnya. Mereka mendengar ada suara roh yang memangil meminta tolong di dalam rumput tinggi tersebut.

Sesiapa yang memasuki ke dalam rumput tersebut pasti tidak dapat jumpa keluar. Ingin tahu lebih lanjut, anda boleh tonton cerita ni!

Forgotten (2017)

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/3-9.jpg

Filem Korea gabungan misteri, thriller dan seram ini mengisahkan tentang dua orang adik-beradik, Jin-seok dan Yoo-seok yang baru saja berpindah ke rumah baru bersama ibu bapa mereka.

Pada malam hari pertama mereka pindah, Yoo-seok diculik di hadapan mata Jin-seok.

Walaupun keluarganya cuba untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala, Jin-seok yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena tentang abangnya.

Terdapat juga sesuatu yang pelik yang menambahkan lagi perasaan ingin tahu dengan pelbagai peristiwa aneh yang berlaku di sekeliling Jin-seok iaitu terdapat bilik misteri yang dilarang masuk oleh ayahnya. Boleh tonton filem ni di Netflix!

Resurrected Victims (2017)

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/3-10.jpg

Mengisahkan mangsa yang mati, yang dikenali dengan nama RV (Ressurected Victims), kembali ke dunia untuk membalas dendam terhadap pembunuhnya yang tidak dihukum. Filem ini ditayangkan di Netflix!

Villa Nabila (2015)

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/3-11.jpg

Peristiwa misteri kehilangan seorang remaja di Villa Nabila pernah menjadi bualan di kalangan masyarakat dan ianya difilemkan di layar perak hasil usaha pengarah muda Syafiq Yusof. Nak tahu apa terjadi pada remaja yang hilang dalam villa tu boleh tonton dekat Iflix.

Kuntilanak 2 (2019)

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/3-12.jpg

Dinda bersama adik-adiknya ingin bertemu dengan ibu kandung mereka tanpa mendapat izin daripada ibu saudara yang menjaga selama ini.

Dalam perjalanan ke rumah ibunya, dia dan adik-beradik mengalami banyak perkara yang pelik. Dinda sekali lagi terpaksa berhadapan dengan Kuntilanak, tetapi ia berbeza. Kuntilanak 2 merupakan cerita sambungan daripada filem Kuntilanak pada tahun 2006. Boleh tengok cerita ni di Iflix, memang cukup seram.

Banyak lagi sebenarnya cerita yang menarik, namun ini sekadar cadangan Sinar Plus yang anda boleh tonton.

Selamat menonton.

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif

Foto: Netflix dan Iflix

Skuau Publish time 28-7-2021 08:14 PM

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkam sehingga 14 April depan???Mana hang dapat info ni???{:1_515:}
Pages: [1]
View full version: Jom Layan Filem Seram Secara Online


ADVERTISEMENT