Raline Publish time 28-7-2021 07:54 PM

Tip Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Anda

Tip Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Anda

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/3-21.png

SELAIN penampilan yang menawan, semburan wangian juga boleh menjadi salah satu daya tarikan dan mampu meningkatkan keyakinan seseorang. Justeru penting untuk kita membuat pemilihan minyak wangi yang betul.

Jom lihat bagaimana cara untuk memilih minyak wangi yang sesuai dengan diri anda.


1.Buat pilihan apa yang anda suka
Pertama sekali apabila ingin membeli atau memilih minyak wangi, adalah sangat penting untuk mengutamakan bau apa yang anda suka.

Jangan terpengaruh dengan iklan, bungkusan botol yang cantik atau apa yang rakan anda cakap tentang minyak wangi itu. Sebab setiap orang ada tarikan yang berbeza terhadap setiap bau.

Apa yang anda suka mungkin berbeza dengan rakan anda. Jadi pilih berdasarkan apa yang anda suka kerana anda yang akan memakai minyak wangi ini nanti.

2.Sembur wangian pada kulit sebelum beli
Ini sangat penting. Sebelum membuat pilihan minyak wangi anda perlu dan wajib sembur pada kulit anda dahulu. Jangan hanya cuba bau daripada tester kertas sahaja atau bau daripada semburan pada rakan anda.

Ini kerana setiap minyak wangi yang dihasilkan apabila kena pada kulit akan bertindak balas dengan kelembapan dan pH pada kulit. Setiap orang mempunyai kelembapan dan pH yang berbeza. Jadi dengan pastinya setiap minyak wangi akan menghasilkan bau yang berbeza untuk setiap orang yang berbeza.

Contohnya, jika minyak wangi itu berbau floral dengan rakan anda mungkin apabila anda yang mencubanya ia akan berbau fruity. Jadi pastikan anda mencubanya sendiri okay.

3.Aktiviti harian
Untuk memilih minyak wangi yang tepat juga anda perlu memilih mengikut kesesuaian aktiviti harian kerana setiap bauan ini akan mendatangkan mood yang berbeza-beza untuk anda.

Contohnya, jika anda ingin melakukan aktiviti sukan anda lebih sesuai memakai wangian yang memberi kesegaran seperti bau sitrus. Manakala, jika anda sedang bekerja di dalam pejabat pastinya anda memerlukan wangian yang kurang kepekatannya dan tidak memberi bau yang semerbak.

4.Peribadi diri anda
Kenal pasti peribadi anda. Pastikan anda memilih minyak wangi yang betul kerana setiap wangian ini melambangkan si pemakainya. Kebiasaannya, bau bunga dan “light” lebih dikategorikan untuk wanita yang lemah lembut dan pemalu. Jika wanita itu bersikap dominan pula lebih kepada bau yang kuat. Manakala wanita muda yang ceria pula sukakan bau yang floral dan fruity.

Inilah sedikit tip yang boleh anda ikut dalam pemilihan minyak wangi. Pastikan anda teliti dahulu sebelum beli supaya hari-hari anda sentiasa ceria dengan wangian yang menenangkan jiwa.

Penulis : SUHAILA ALI

Pages: [1]
View full version: Tip Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Anda


ADVERTISEMENT