Sup Tulang Merah Singapore
Edited by udangku at 27-7-2021 10:10 PMKorang pernah makan tak tulang merah Singapore? Makanan ni sedap dan memang ada ramai peminat tersendiri.
https://i.ibb.co/FnRKBMP/4-F18-F691-8-EF4-4-AFF-9-B8-D-FC955-AF24447.jpgKredit: Google. Gambar sendiri dah delete dah dalam album hehe.
Malam ni I rajin sikit nak share resepi dekat korang hehe. Resepi yang ori dari Singapore, because I asal orang sana, dan belajar pun dari makcik I yang asal orang sana. Kebanyakan resepi yang I nampak orang share macam tak lengkap, rasa pun mestilah tak sama kan. So nak ubati kerinduan peminat tulang merah, meh I share resepi, ikhlas and complete, tiada rahsia. Korang kena cuba okay!
Bahan-bahan2kg Tulang kambing 4 sekawan1 tin kecik tomato puri15 sudu besar rempah beefsteak2 sudu sos tomato3 biji telurKobisPewarna merah
Bahan blendBawang merahBawang putihHaliaCili kering
[*]Rebus tulang selama 2 jam. Kalau guna pressure cooker, dalam 45 minit pun dah cukup.
[*]Tumis 4 sekawan, lepas tu masukkan bahan yang dah dikisar. Masak sampai garing.
[*]Masuk tomato puri dan rempah beefsteak.
[*]Masuk tomato sos dan sambung tumis lagi.
[*]Masukkan pewarna merah, letak tulang sekali airnya.
[*]Perasakan dengan garam dan perasa.
[*]Bila kuah dah pekat, pecahkan telur dan terus gaul.
[*]Tutup api bila telur dah masak. Taburkan hiris kobis sebagai hiasan.
Nilah resepi turun-temurun tulang merah family I, cewah hahaha. I harap korang semua cuba resepi ni ya. Happy trying! Nak tanya apa-apa pun tanya je ya :$
Daging masak ok lagi, ni dah lain mcm lak rupanya Dlu tgok kt google tringin nak rasa. sekali husband bawak balik dr JB staff nye belikan. Sedap.. rasa mcm kuah acar buah pn ada.. tp nk buat sndiri tak gamak rasanya. Mcm renyah Sambalberapi replied at 27-7-2021 10:35 PM
Daging masak ok lagi, ni dah lain mcm lak rupanya
Ohh you tak pernah try lagi ya tulang merah? Because apa yang I tahu juadah ni paling famous dekat Singapore. Kalau dekat Malaysia nak cari biasa belah belah jb sana. Macam now I stay area selangor ni pun takda pun nampak sesiapa jual r_innalif replied at 27-7-2021 10:40 PM
Dlu tgok kt google tringin nak rasa. sekali husband bawak balik dr JB staff nye belikan. Sedap.. ras ...
Betul, memang agak renyah, tapi kalau you guna pressure cooker cepat sangat siap. Takpa kalau ada kerajinan nanti boleh refer resepi ni ;P udangku replied at 27-7-2021 10:42 PM
Ohh you tak pernah try lagi ya tulang merah? Because apa yang I tahu juadah ni paling famous dekat ...
pnah makan jiran masak bgi rasa. siap dgn gearbox dia bagi. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.tapi rasaaaaaaaa tuuuuu. ok la hihi matbad replied at 27-7-2021 10:52 PM
pnah makan jiran masak bgi rasa. siap dgn gearbox dia bagi. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.tapi r ...
Yelah air tangan orang berbeza kan. Rahsia resepi ni terletak dekat rempah beefsteak tu. guna rempah beefsteak ni memang rasa sebijik macam dekat beach road singapore tu Macam sedap je... mana nak dapat kat selangor ni? xastor9 replied at 27-7-2021 10:58 PM
Macam sedap je... mana nak dapat kat selangor ni?
Selangor ni memang takda langsung orang jual I tengok, tak tahulah kenapa. I pun bila husband teringin masak sendiri je sebab tak nampak pulak sesiapa menjualnya. Kalau belah belah jb tu ada sebab dah bersebelahan je dengan singapore kan Pokok igtkan udang masak merah....hehehe...apak slalu beli daging masak merah je...tp sejak pkp taun lps, kedai tu dah tutup.....huhuhuhu. Bhn2 dia cam lbh kurg apa yg tt tulis....kecuali rempah ratusan sbb tt msuk tulang kan.....nmpk cam best je color tu.... Kl ada jual ke ni? dulu iols dok johor selalu makan sup ni dgn roti perancis sekali sedut sum sum dgn straw.. ya allah nikmatnya.. tapi sejak dok selangor mmg x jumpa langsung benda ni.. sedih iols nk masak sendiri mmg x reti la.. udangku replied at 27-7-2021 11:00 PM
Selangor ni memang takda langsung orang jual I tengok, tak tahulah kenapa. I pun bila husband teri ...
Ada wak.. Kat area ampang..rasanya seller tu sedara azlita masam manis.. Cam sedap tp xsmpt nk try lg matryoshka replied at 27-7-2021 11:29 PM
Ada wak.. Kat area ampang..rasanya seller tu sedara azlita masam manis.. Cam sedap tp xsmpt nk try ...
Ade ke FB or ig... Xpnh Jupe lg org juai kt area rumah nih
Lalaluluz replied at 28-7-2021 12:24 AM
Ade ke FB or ig... Xpnh Jupe lg org juai kt area rumah nih
Cuba call no ni +60 13-678 8740.. Gerai dia kt medan selera taman kosas.
https://www.instagram.com/p/CQgOKIrjIlz/?utm_medium=copy_link namemysoul replied at 27-7-2021 11:04 PM
Pokok igtkan udang masak merah....hehehe...apak slalu beli daging masak merah je...tp sejak pkp taun ...
Ha’ah bahan simple je pokok, tapi once kita masak, sedap menjilat jari hahaha haifawehbe replied at 27-7-2021 11:25 PM
dulu iols dok johor selalu makan sup ni dgn roti perancis sekali sedut sum sum dgn straw.. ya allah...
Yaaa roti perancis yang jenis tebal and besar tu sedap kan makan dengan tulang merah ni teringin nak makan, tgkkak azlita (kot nama dia) jual. tapi kat jb je...huhu...thanks bagi resepi.
rempah beefsteak tu mmg ada jual ke? tak pernah dgr rempah ni kucingitam replied at 28-7-2021 11:19 AM
teringin nak makan, tgkkak azlita (kot nama dia) jual. tapi kat jb je...huhu...thanks bagi resepi. ...
Ya, tapi I tak pernah jumpa rempah ni orang jual dekat area selangor. I beli dekat pasaraya di jb. You tahu tak kalau pasara macam kip mart tu ada aci aci india jual rempah pakai timbang tu kan? Haa kedai macam tu ;P udangku replied at 28-7-2021 12:13 PM
Ya, tapi I tak pernah jumpa rempah ni orang jual dekat area selangor. I beli dekat pasaraya di jb. ...
Benda merah ni memang popular di spore. Retis2 msia kalau dtg spore mesti try benda ni. Kalau nk mkn, standby straw untk sedut sumsum dlm tulang tu. Nikmat but very unhealthy lah. Lebihan kuah tu, mkn cecah ngan roti memang sedap.
Mkn benda ni jgn selalu. Cepat sakit jantung nanti. Hehehe.
Pages:
[1]
2