Raline Publish time 27-7-2021 09:59 PM

SAI BABA - TOKOH AGAMA, KAYA, DERMAWAN DAN PENIPU!

SAI BABA - TOKOH AGAMA, KAYA, DERMAWAN DAN PENIPU!


https://i.ytimg.com/vi/lkKKfCyVyBU/hqdefault.jpg

Diceritakan Sai Baba punya hampir 100 juta pengikut. Yang ekstrimis ada hampir 6 juta orang sanggup mati untuknya. Begitulah betapa kuat dan berpengaruhnya Sai Baba ketika itu walaupun tiada media sosial di zamannya.

Sai Baba dikenali sebagai “wali” untuk agama Hindu yang “soleh” dengan “keramat” yang boleh merawat pelbagai penyakit. Yang lebih menarik, dia mampu mengeluarkan emas dari tangan kosong dengan menggunakan silap mata.

Sai Baba juga sangat kaya. Ketika zaman hidupnya, tiada siapa yang tahu dari mana datang kekayaannya. Dia membangunan hampir 1200 pusat organisasinya, banyak rumah-rumah perlindungan, sekolah-sekolah dan hospital-hospital dia bangunkan. Dia dikenali juga sebagai seorang dermawan dan filantropis.

Popularitinya di kalangan rakyat dan orang awam menjadikan Sai Baba untouchable dan invincible. Politikus dan kerajaan terpaksa menunggang popularitinya. Walaupun mereka mendengar dan mendapat laporan tentang kecurangannya.

Ketika itu pun telah muncul beberapa pihak yang bangkit membongkarkan penipuan-penipuan Sai Baba seperti silap matanya, cuci duit dan sexual harrassment terhadap wanita-wanita. Juga terdengar dakwaan dia melakukan sex abused dekat kanak-kanak lelaki.

Tetapi semua itu dinafikannya dengan kata-kata hikmah, sedih, cerita sumbangannya selama ini dan air mata mata keramat. Pentaksubnya pula akan menyerang mana-mana individu atau pihak yang cuba mengkritik dan membongkar penyelewengan dan kecurangan Sai Baba ini.

Nama Sai Baba terlalu besar sehingga para mangsa menjadi takut hendak melaporkan salah lakunya. Bahkan pihak kerajaan juga takut nak ambil apa-apa tindakan. Sehinggalah seorang demi seorang mangsa tampil.

Akhirnya nama Sai Baba goyang. Yang mencari kebenaran meninggalkan Sai Baba. Yang taksub, masih terus menyembah Sai Baba sampai hari ini.
Setelah kematian Sai Baba, didapati sejumlah harta bernilai berbillion dijumpai. Setelah disiasat, kebanyakan punca kekayaan tersebut adalah daripada aktiviti haram yang menggunakan khidmat Sai Baba untuk disucikan.

Itu kisah Sai Baba. Sebab itu Islam melarang taksub. Melarang melampau dan memuji muja tokoh secara berlebihan. Dalam berbaik sangka, tetap kena skeptikal. Islam tidak menolak logik, Islam itu sendiri logik dan beyond logic.

Terus ber #mindaskeptikal dan amalkan #evidencebased dalam kehidupan anda. Jangan ditipu dengan karaktor-karaktor seperti Sai Baba, Ustaz Mahdi, Abuya, Ibnu Muljam, dan akhir sekali Dajjal yang boleh membawa syurga dan neraka di depan mata anda.



Kredit @aliff Ahmad lll
#peristiwansejarah


zamzam Publish time 27-7-2021 10:39 PM

Dah mati dia ni. Berlagak tuhan pun boleh mati.

MoneyMatters Publish time 27-7-2021 10:55 PM

zamzam replied at 27-7-2021 10:39 PM
Dah mati dia ni. Berlagak tuhan pun boleh mati.

I wonder adakah dia jenis yg soft spoken ke berkarisma smpi ramai sgt pentaksub

truememe Publish time 27-7-2021 10:55 PM

Kecoh pasal sai baba arini.dulu2 pernah tanya kawan i indian pasal sai baba ni.tanya dia percaya ke pasal sai baba ni.dia cakap sai baba yang baru dia tak percaya.sai baba yang lama je dia percaya.i pun confuse sai baba ni ada lebih dari sorang ke.cara kawan i cerita tu macam lepas sai baba yang 1st mati,dia ada pengganti

aiyaya2708 Publish time 27-7-2021 10:58 PM

truememe replied at 27-7-2021 10:55 PM
Kecoh pasal sai baba arini.dulu2 pernah tanya kawan i indian pasal sai baba ni.tanya dia percaya ke...

Kelahiran semula ka?

truememe Publish time 27-7-2021 11:09 PM

aiyaya2708 replied at 27-7-2021 10:58 PM
Kelahiran semula ka?

Maybe la kot diorang percaya camtu kot

messyjet Publish time 27-7-2021 11:15 PM

Sai baba ni byk buku kn die buat
Ade sekli die buat p trip ke Italy(6-7) years back.time nk blik dlm flight dok sebelah minah ni(dari cara ckp mcm french)
Dok ckp.pasal.sai baba ni xstop2
Last2 ak ckp no English English no hha
Tpi cara die ckp mcm diorg ikut sai baba punya trip sbb mase tu Ade pejumpaan pope
Volunteer je diorg follow,tido tepi2 jalan dek nk ikut die ni

namemysoul Publish time 27-7-2021 11:21 PM

Shirdi Sai Baba, also called Sai Baba of Shirdi, (born 1838?—died October 15, 1918), spiritual leader dear to Hindu and Muslim devotees throughout India and in diaspora communities as far flung as the United States and the Caribbean. The name Sai Baba comes from sai, a Persian word used by Muslims to denote a holy person, and baba, Hindi for father. - sumber dr britt

Ketua agama kerohanian...pktaan "sai" dr bahasa Parsi mksdnya suci... pkataan " baba" dr bahasa hindi mksdnya bapa...

Bapa suci ????...

Raline Publish time 27-7-2021 11:29 PM

apa kaitan SAI BABA dgn Ebit Liew??????

bictoria Publish time 28-7-2021 12:10 AM

Raline replied at 27-7-2021 11:29 PM
apa kaitan SAI BABA dgn Ebit Liew??????

dedua penunggang agama bertopeng

zamzam Publish time 28-7-2021 07:26 AM

MoneyMatters replied at 27-7-2021 10:55 PM
I wonder adakah dia jenis yg soft spoken ke berkarisma smpi ramai sgt pentaksub

Dia boleh buat magic hadirkan rantai emas kat pengikutnya. Mat saleh pun ternganga dpt rantai emas terus sembah dia...bodoh haha.

midori_katana Publish time 28-7-2021 12:54 PM

siapa yg membesar di era 80an dan 90an boleh related dgn citer ni.. betapa kita masa tu dok tgk dokumentari harun yahya yang menyangkal teori2 darwin di tv. buku pun ada jual... harun yahya ni macam ustaz hebat la pada mata kita.. tup2 ha amik kau kena tangkap hukuman penjara ribu2 tahun lagi.. tak terbayang level kejahatan yg dia dah buat..

midori_katana Publish time 28-7-2021 01:00 PM

zamzam replied at 28-7-2021 07:26 AM
Dia boleh buat magic hadirkan rantai emas kat pengikutnya. Mat saleh pun ternganga dpt rantai emas ...

iolss tak ingat dia ni ka atau yg lain pernah mai penang dulu.. kawan2 iols yg india dan cina semua pakat pi la ambik blessing dia.. kawan iolss kata dia ni kalau org kena kanser pun boleh sembuh.. dia pegang ja.. uiiii.. gila punya taksub

cyber_mania Publish time 28-7-2021 02:36 PM

Bila Google, ada 2 imej yang ketara utk Sai Baba
Satu lelaki yg rupa lebih tua, pakai kain di kepala. Mati kurun yg lepas.

dan satu lagi muka yg ini. Rambut afro. Yg rambut afro ni yg mati tahun 2011.Dia ni yg scammer tu kut eh

a4_paper Publish time 28-7-2021 03:12 PM

cyber_mania replied at 28-7-2021 02:36 PM
Bila Google, ada 2 imej yang ketara utk Sai Baba
Satu lelaki yg rupa lebih tua, pakai kain di kepal ...

haah yg afro tu.. dulu2 org ckp dia ni dajjal la sbb bleh kuarkan gandum dari tgn dia hahahah

indestructibleR Publish time 29-7-2021 08:43 AM

kalau perasan cerita hindi kadang ada sebut jugak sai baba..ni ke sai baba tu?

Revolver Publish time 29-7-2021 10:24 PM

Mana2 penunggang agama adakan... Moga2 kita semua jauhla dari taksub kepada manusia ataupun makhluk lain...

MFR_IN Publish time 30-7-2021 01:29 PM

Raline replied at 27-7-2021 11:29 PM
apa kaitan SAI BABA dgn Ebit Liew??????

Pendoggy ugama suci

Kakalongmu Publish time 30-7-2021 04:26 PM

Sai Baba ni mengingatkan kaka pada sosok yang tengah hangat diperkatakan sekarang. I wonder apakah heols pengikut dan pemuja Sai Baba?? Well, modus operandi lebuh kurang jer :lol:

cinemahdv2apk Publish time 30-7-2021 04:44 PM

Now you could down load the cinema apk for firestick from that web page. But, don't forget to study the guide connected beneath (simplest for firestick users). Cinema HD V2 It is virtually not possible to install apks on windows os. But through using a few 1/3 birthday party android emulators, you can easily deploy the apk record on pc.
Pages: [1] 2
View full version: SAI BABA - TOKOH AGAMA, KAYA, DERMAWAN DAN PENIPU!


ADVERTISEMENT