Raline Publish time 27-7-2021 09:26 PM

Wanita Pergi Gym Tak Semestinya Jadi Sado

Wanita Pergi Gym Tak Semestinya Jadi Sado

https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/03/1-9.png
JIKA sebelum ini trend ke gym lebih popular dalam kalangan golongan lelaki, namun kini golongan wanita juga dilihat semakin ramai ke gym. Memang bagus kerana wanita juga boleh mendapat banyak manfaat.

Sekiranya ditanya pada mana-mana wanita sekali pun, pasti semua mahukan bentuk badan yang kurus, langsing dan cantik.


Namun, tak semua wanita ke gym hanya untuk miliki badan cantik sahaja, ia lebih kepada menjaga kesihatan dalam masa sama menjalani gaya hidup sihat.

SH: Bagaimana wanita boleh kelihatan lebih cantik?

Untuk mencapai matlamat mendapatkan badan yang lebih cantik,golongan wanita perlu membina otot dan membakar lemak. Bagi mendapatkan kedua-dua komponen ini, mereka perlu berlatih dengan bebanan.

Tiada beza dengan latihan yang dilakukan oleh golongan lelaki. Mungkin yang berbeza hanyalah beban yang digunakan atau intensiti latihan.

Jenis latihan dan senaman yang perlu dilakukan sama sahaja. Anda perlu berlatih dengan intensiti yang bersesuaian untuk satu tujuan iaitu menjadi lebih kuat secara tidak langsung mampu membina otot dan membakar lemak.


Takut kelihatan besar

Melakukan senaman dengan mengangkat beban tidak menjadikan anda besar atau sado seperti ahli bina badan. Anda tidak akan menjadi besar seperti lelaki kerana struktur fisiologi wanita dan lelaki juga berbeza.

Profil rembesan hormon turut berlainan. Hormon yang penting untuk membina otot adalah testosteron manakala wanita mempunyai profil rembesan testosteron yang rendah, bukan seperti lelaki.

Bukan itu sahaja, untuk menjadi besar, anda perlu makan banyak. Kebanyakan daripada anda berasa anda sudah makan banyak tetapi lihat ahli bina badan yang besar-besar dan cara mereka makan, itu sebenarnya definisi makan banyak! Sehari mencecah 7000-8000kcal sehari dan mungkin lebih. Anda yang makan bawah 2000kcal tiada apa yang perlu dirisaukan.

Makan banyak haruslah juga berada dalam perimeter yang betul dan mengikut panduan pemakanan sihat. Untuk membina otot, anda perlu makan banyak tetapi bukan sebegitu banyak seperti ahli bina badan profesional.

Selalu yang kurang dimakan oleh golongan wanita ialah protein. Protein sebenarnya sangat penting untuk bina otot dan bakar lemak.

Belajar asas pemakanan yang betul dan cara untuk membina otot. Pemakanan anda tidak jauh berbeza dengan pecahan pemakanan ahli bina badan, cuma kurang dari segi kuantiti sahaja.

Kalau mereka makan tinggi protein, anda juga begitu. Karbohidrat turut berperanan untuk membekalkan tenaga supaya anda boleh bekerja berat dalam gym nanti.

Jadi saranan Sinar Plus, buat persediaan awal untuk jaga badan dan juga kesihatan. Jangan tunggu sakit, baru nak workout atau berlari. Persepsi itu silap. Jadikan workout sebagai gaya hidup anda. Jangan sesekali amalkan pengambilan ubat kurus yang dijual di laman sosial, kita tak tahu kesan sampingan dan kandungannya.

Bagi Sinar Plus, lebih baik kesannya lambat asalkan kita sihat dan selamat. Jaga badan sangat penting. Buat wanita yang sudah berumah tangga pula, suami mesti nak tengok anda dalam keadaan cantik sentiasa. Jadi sayangi badan anda dan jaga kesihatan demi hidup yang lebih baik.

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my

kyozsamurai Publish time 27-7-2021 10:47 PM

org pompuan main gym xkan sado yg macm bina badan besar2 tu..yg tu mmg dah cucuk

aezvogue Publish time 28-7-2021 02:21 AM

Teringin nak pegi gym tp anak kecik takde org nak tolong jaga..dok exercise mengemas rumah je la dr pagi samp malam {:sigho

mizzerinz Publish time 28-7-2021 04:02 PM

ye..pmpn pergi gym tak kan jadi sado punya. tu biasa yang sado2 ada ambil ubat tu. dulu kaki gym jgk.badan akan jadi tone je

achinto Publish time 19-1-2022 01:28 PM

Jangan takut buat weight training ya sisturs, takkan jadi sado punya walaupun u ambik protein sekalipun. sebab badan perempuan tak cukup hormon testosterone nak bina otot besar-besar macam lelaki.

Yang perempuan sado bapak besar tu, sah-sah ada ambik benda lain sisss.

Weight training ni penting ye kalau nak bina bontot mantap ke nak tone badan bagi tak lembik.

denvelsamit23 Publish time 9-9-2023 07:46 PM

Wanita pergi gym tak semestinya jadi sado, and similarly, at Pilates Studio Brooklyn, it's about embracing fitness on your terms. Fitness isn't just about building bulk; it's about finding strength, balance, and overall well-being. Pilates Studio Brooklyn offers a welcoming and inclusive space for women to explore their fitness journey, focusing on core strength, flexibility, and mental wellness. It's a place where individuals can sculpt their bodies while honoring their unique goals and preferences, proving that fitness can be empowering, enjoyable, and tailored to individual needs. So, whether you're looking to build strength, improve flexibility, or simply enhance your overall health, Pilates Studio Brooklyn provides a supportive and empowering environment for women to achieve their fitness aspirations.

aciksenah Publish time 11-9-2023 01:46 PM

Perempuan ni bila makin bertambah umur..memang kena sentiasa angkat berat. Sebab otot makin lama makin menghilang. Badan akan jadi semakin lemah. Penambahan otot akan menguatkan tubuh kita. Akan jadi lebih awet muda dan bertenaga. Metabolisma pun akan meningkat.

Tapi semua jenis senaman pun penting. Kardio, yoga..strength training, campur ketiga2 jenis senaman ni lagi bagus.

green~tea Publish time 13-9-2023 12:43 AM

I gym every week, 2-4X a week, ikut kesempatan lah.. tp wajib workout every week.. i tka workout everyday sbb kena ada rest day..

Sejak 2011 i workout ni... semua buat.. cardio, weight training, yoga... so far body toned and maintain aje lah walau dah cecah 42... alhamdulillah masih di beri nikmat kesihatan dan kecergasan

aciksenah Publish time 20-12-2023 03:04 PM

Weight training ni bagus, nak2 kita ni bila dah cecah umur 30an ni. Otot makin lama dah makin hilang. Tulang pun dah jadi tak kuat. Badan makin lama makin letih dan lemah.
Kena tambah otot..baru tulang makin kuat. Metabolisma pun akan improved.

Kipaskiok Publish time 26-1-2024 10:26 PM

more on fitness..
Pages: [1]
View full version: Wanita Pergi Gym Tak Semestinya Jadi Sado


ADVERTISEMENT