R2D2 Publish time 27-7-2021 03:57 PM

Anak dedah mak ada 400 novel-novel Melayu dlm aplikasi TikTok, dpt 200,000 views

mstar.com.my
Awas jika satu novel ibu hilang, boleh ‘bergegar’ rumah! Anak dedah kenapa mak tak layan drama Melayu, drama Korea OK pula
Selasa, 27 Julai 2021 3:30 PM
4-5 minutes

IBARAT syurga buku apabila menonton sebuah video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, sebuah almari besar dilihat penuh dengan novel-novel Melayu, barangkali beratus naskhah jumlah semuanya!

Siapa sangka koleksi novel tersebut adalah milik seorang ibu kepada empat anak, sehingga ia menjadi perhatian netizen dengan lebih 200,000 tontonan.

Salah seorang anaknya, Nordiyanah Mazlan berkata, video yang dirakamkan itu hanya menunjukkan sebahagian daripada koleksi novel milik ibunya yang berusia 51 tahun.

Namun kata wanita berusia 26 tahun itu, ibunya mempunyai sebahagian lagi koleksi yang masih disimpan di dalam kotak kerana tiada ruang untuk menyusunnya.

"Dianggarkan ada lebih 400 novel dalam koleksi dari zaman mak sebelum kahwin. Sebenarnya lebih banyak, tapi malangnya sejumlah novel hilang sewaktu berpindah ke rumah sekarang.

"Kebanyakannya adalah novel-novel cinta. Mak memang suka baca kisah-kisah cinta. Itulah aktiviti masa lapang mak sebagai suri rumah," katanya kepada mStar.

Lebih dikenali sebagai Diyana, katanya, dia menyokong penuh hobi ibunya yang disifatkan sebagai menarik meskipun dia sendiri tidak gemar membaca novel.

Malah katanya, dia juga sering menemaninya ibunya pergi ke kedai buku yang mana wanita itu akan membeli sekurang-kurangnya lima naskhah novel.

"Saya teringat masa zaman sekolah, kawan-kawan datang ke rumah akan kagum dengan koleksi novel mak saya yang banyak tu. Mereka nak pinjam, tapi saya tak berani bagi.

"Pertamanya mak memang jaga elok novel-novel dia walaupun disimpan bertahun-tahun. Kalau mak perasan ada hilang satu, memang 'bergegar' rumah dengar suara mak bising," katanya sambil menambah ibunya menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang.

    Mak kata dia dah baca novel, buat apa nak tengok drama lagi. Mak dah tahu jalan cerita semuanya dari A sampai Z
    DIYANA

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, ibunya menggemari novel karya Siti Rozaimah dan kebanyakan buku penulis tersebut dibaca berulang kali.

"Selain itu, buat masa ini mak suka baca novel berjudul Tercipta Untukku karya Marissa dan Isteri Mr.Troublemaker oleh Zany Ezatie yang juga dibaca berulang kali sebab ceritanya best.

"Hampir kesemua novel mak baca berulang kali. Mak pernah beritahu ada satu novel tu dia baca berulang lebih 10 kali," katanya yang kagum dengan hobi ibunya itu.

Bagaimanapun, timbul persoalan dalam dirinya mengapa almari yang dipenuhi koleksi novel itu diletakkan di bilik tidur ibunya, bukan di ruangan lain di rumah.

"Tak letak kat ruang tamu tu saya fahamlah sebab dah penuh hiasan dan dekorasi mak. Tapi anak-anak ada yang dah kahwin dan tinggal di rumah sendiri.

"Jadi sebenarnya ada tiga bilik kosong yang boleh menempatkan almari novel-novel mak tu. Sampai sekarang tak berani tanya mak kenapa tak pindahkan almari tu ke tempat lain.

"Sama ada mudah untuk mak nak ambil novel dan baca di bilik, atau mudah dia pantau setiap novel-novelnya agar tak hilang, saya tak tahu. Takut nak tanya," ujarnya secara berseloroh.

Dalam pada itu, Diyana yang mengusahakan bisnes dalam talian menjelaskan ibunya kurang berminat untuk menonton drama-drama Melayu berikutan kebanyakannya cerita yang ditayangkan di TV adaptasi atau inspirasi daripada novel-novel tempatan.

"Sebab tu Mak kurang minat tengok drama Melayu. Mak kata dia dah baca novel, buat apa nak tengok drama lagi.

"Mak dah tahu jalan cerita semuanya dari A sampai Z. Sudahnya mak layan drama-drama Korea," katanya.

R2D2 Publish time 27-7-2021 04:22 PM


sharlenetexas Publish time 27-7-2021 04:43 PM

Siti rozaimah tu yg mana? Mcm tak pernah dengar nama tu.

kakakgarang Publish time 27-7-2021 04:51 PM

aku ada sorg kawan.. mak dia da arwah da.. ada 1bilik kat rumah dia.. khas utk mak dia membaca.. bnyk gila novel..

aku pun pencinta buku.. tapi aku tak minat sgt novel.. kalau novel cinta2 ni biasa aku baca sekadar ikut kawan je.. sbb aku tak berapa kepada novel cinta.. sbb aku cepat emosi

aku sejenis pencinta buku ilmiah & fakta.. kiranya dlm rumah aku mmg ada 1spot utk aku membaca n buku2 kesayangan...

Dulu sebelum aku suka pada cerita ilmiah & fakta.. aku suka cerita unsul hantu n sex.. kiranya skrg da bertukar since ada ank.. aku kurang kang bende2 yg mengarut.. skrg banyk kepada fakta sejarah dan ilmiah punya buku.. mmg rumah aku penuh buku.. smp aku terpaksa simpan 1/2 dari buku di rumah mak aku.. hahahahahaa

dulu masa zaman belajar .. aku bnyk la buku graphic.. layout, font dll

skrg bnyk buka yg membaca n membaca ilmu utk aku masa akan dtg..

since aku bnyk baca sejarah n fakta, slowly diri aku berubah jadi yg lebih baik.. aku da kurang nk carutz, aku ckp pun da sopan dari dulu.. sbb kan ilmu yg dianugerahkan dgn membaca.>>


so aku nak sgt selain dari kita membaca cari porem.. bole je kita didik diri kita utk membaca buku.. sekiannnn

kuzaime Publish time 27-7-2021 04:53 PM

Dulu2 aku pun suka kumpul novel, tp x lah bnyak mcm acik ni. Anak2 mmg takut memandai2 bagi kawan dorang pinjam. Sbb dah kena marah sekali, senyap2 aje bg pinjam, bila dapat balik kulit depan terlipat, bhgn dlm pun bnyk kesan lipat :curse:

R2D2 Publish time 27-7-2021 04:55 PM

baca buku jenis yg kita tak minat
silap2 kita terlelap
tu la ubat tidur paling mujarab

xtinkerbellx Publish time 27-7-2021 05:00 PM

Aku plak banyak simpan buku FIXI. Sayangnya dah kena telan dek banjir :'(

midori_katana Publish time 27-7-2021 05:04 PM

akak tak minat novel cinta. bukan la tak baca langsung.. minat novel mistik, fantasi, biografi pun suka...buku penuh la almari.. belum sampai penuh bilik lagi.. skrg ni minat beli ebook pulak sbb murah..

KIM.K Publish time 27-7-2021 05:04 PM

Mak aku ada 2 lemari kitab agama. Dia selalu baca buku2 dia.
Selain tu mak aku suka tulis diari dan buku kira2 harian. Dari zmn anak dara, junal kira2 1973 pun masih ada lengkap every year ada.
Diari dia zmn bujang dia bakar takmo sapa2 baca. Mak aku jg byk hantar puisi kat sokabar dulu. Now tak kasi kami baca or republished. Sebab sheol org susah dan banyak pengorbanan pahit

AvengersPanther Publish time 27-7-2021 05:06 PM

Banyaaaaak nya.

heythere123 Publish time 31-7-2021 05:32 PM

ibu & makcik iols pon suka jugak baca novel melayu. Banyak jugak diorang ada, tapi sebab selalu sangat beli novel, kalau yang dah tak baca atau kurang minat tu, diorang begi dekat orang. Dekat library pon ada jugak.

Respek la jugak siapa yg rajin nak simpan semua tu. Ibu iols tak larat nak maintain banyak2

heythere123 Publish time 31-7-2021 05:33 PM

sekarang ni iols nak start mengumpul sebab baru merasa ada duit sendiri

heythere123 Publish time 31-7-2021 05:34 PM

midori_katana replied at 27-7-2021 05:04 PM
akak tak minat novel cinta. bukan la tak baca langsung.. minat novel mistik, fantasi, biografi pun s ...

bagi akak ebook ni berbaloi tak? sebab kalau pembaca buku mesti suka pegang buku kan? ke akak okay je hadap fon/komputer?

acikhan Publish time 31-7-2021 05:39 PM

rumah haku mcm2 buku ado, sbb haku la design buku + haku keje kilang perecetakan tp buku haku kebanyakkan haku ambik buku2 yg reject la...ado buku agama, novel x byk sgt n most buku traveller satu negara tu...kebanyakkan nyer customer dari overseas

midori_katana Publish time 31-7-2021 06:35 PM

heythere123 replied at 31-7-2021 05:34 PM
bagi akak ebook ni berbaloi tak? sebab kalau pembaca buku mesti suka pegang buku kan? ke akak okay ...

Pegang buku lagi best berbanding baca ebook.. tapi akak baca juga ebook kalau tak sabar sangat nak baca..

heythere123 Publish time 31-7-2021 07:12 PM

midori_katana replied at 31-7-2021 06:35 PM
Pegang buku lagi best berbanding baca ebook.. tapi akak baca juga ebook kalau tak sabar sangat nak ...

ooo, faham2. Mesti tak boleh tinggal jugak kan physical book :P

midori_katana Publish time 31-7-2021 07:58 PM

heythere123 replied at 31-7-2021 07:12 PM
ooo, faham2. Mesti tak boleh tinggal jugak kan physical book

Terutamanya kalau tulisan idola.. dah beli ebook sbb tak sabar punya pasal.. lepas tu pi cari buku pula sbb nak buat koleksi.

heythere123 Publish time 31-7-2021 08:03 PM

midori_katana replied at 31-7-2021 07:58 PM
Terutamanya kalau tulisan idola.. dah beli ebook sbb tak sabar punya pasal.. lepas tu pi cari buku ...

kalau dah minat, rela kan spend untuk dapat jugak physical book tu

gorjeous Publish time 31-7-2021 08:32 PM

Banyaknya novel mak dia..

hasniey Publish time 31-7-2021 08:32 PM

Sama dgn arwah mak ai...suka sgt baca novel.majalah...byk kumpul.penuh 2 almari.yg selit2 lg..smpai kami adik beradik pon suka membaca.. kecik2 baca komik.bsr sikit layan novel mak...dah tua2 ni baca novel senaskah pon mkn hari...xboleh fokus.byk sgt gangguan
Pages: [1] 2
View full version: Anak dedah mak ada 400 novel-novel Melayu dlm aplikasi TikTok, dpt 200,000 views


ADVERTISEMENT